Bab sepuluh

367 16 9
                                    

Langkah Dahlia perlahan umpama siput babi diatas kura-kura yang dipegang oleh menteri GST. Kakinya diseret seret sehingga menimbulkan kesan retakan pada lantai simen. Rekahan-rekahan tersebut mewakili betapa rekahnya hatinya sekarang .

"Lia!"

Dahlia berhenti daripada melangkah tetapi tidak menoleh.

"Dahlia, janganlah macamni.",pujuk Peah. Dia tidak sanggup menatap wajah sahabat baiknya itu walaupun Dahlia seringkali mencuri makanannya dan sering duduk diatasnya sehingga tulang belakangnya bengkok 45°. Namun begitu, Dahlia tetap rakan baiknya sehidup semati, sesyurga dan seneraka. Tapi tidaklah sekubur kerana sudah semestinya Dahlia akan mengkongker seluruh liang lahad nanti.

"Hmm", jawab Dahlia pendek.

"Kan Cikgu Yudah Jebat kata hang tak salah, salah setan setan tulah, pesal masuk Aspuri.", kata Peah sambil menepuk bahu Dahlia.

Puk puk

Bunyi hasil daripada gegaran lemak Dahlia menarik perhatian Peah. Ditepuknya lagi sehingga membentuk irama.

Puk puk puk puk
puk puk pukkkkkk....

"Woi celaka",marah Dahlia memecah keheningan malam. Suara Dahlia bak halilintar kameha meha tersebar di seluruh bangunan. Jidin Mustapa yang sedang bermasturbasi terkejut. Jidin Mustapa terus berhenti daripada mencemarkan dinding tandas dan segera ke surau Aspura kerana disangka suara ngeri tadi merupakan sangkakala. Lily yang sedang memetik gitar memainkan lagu 'Teratai" juga terkejut dan menukarkan irama gitarnya kepada lagu "Sepohon kayu daunnya rimbun"

Peah yang berada disebelah Dahlia apatah lagi terkejutnya. Bagai hendak tercabut duktus hempedunya mendengar pekikan Dahlia. Dirasakan rahimnya yang gugur tadi telah bercantum semula membentuk ikatan silaturrahim.

Dahlia senyap. Peah hanya membiarkan Dahlia bermain dengan perasaannya sendiri. Risau bakal menganggu Dahlia , dan risau organ lainnya bakal tercabut kelak, Peah berlalu pergi.Dahlia hanya memandang kosong.

Segala kata cacian
yang telah engkau berikan
membuatku rasa kosong kosong
ohhhh

Lily yang entah dari mana berlalu didepan Dahlia. Jarinya rancak menari diatas pentas kayu gitar.

Dahlia kembali sugul. Terimbas kembali saat saat di berada didalam bilik Cikgu Yudah Jebat tadi.

"Saya tak sengaja cikgu. Tak !", kata Dahlia sambil menangis.

"Buto pakhanglah tak sengaja kejadahnya , aku nampak dengan mata kepala siku teloq aku yang hang ni saja ja langgar Muiz !", marah Mat dalam satu nafas seperti pengacara 'Semanis Musang King".

"Sabar, saya kena dengar penjelasan saksi dahulu. Jangan menyalahkan buto ,tak, maksud saya jangan salahkan Dahlia , apalagi nak salahkan buto pak dia.", kata Cikgu Yudah.

"Cikgu Yu ni nak dengar penjelasan nakharam apa lagi! Memang terang dah si anak gajah gaban merah ni dah langgaq kawan saya. Kalau cikgu tak percaya tanya 'dia'!", kata Mat sambil menghulurkan majalah Playboynya. Kependekan akalnya terserlah apabila menyuruh Cikgu Yudah menyoal siasat model cover majalah dewasa yang mampu membuat lelaki mimpi basah ini.Cikgu Yudah memandang Mat kerana menyangka Mat membuat funneh tetapi muka Mat teramatlah serius sehingga menampakkan urat di dahinya. Seksi. Gumam Cikgu Yudah sambil mengetap bibir.

"Sss..saya nampak Kak Dahlia langgar Muiz tapi Muiz dengan Mat yang salah sebab masuk kawasan Aspuri",kata junior Newboyz merangkap saksi.

"Saya putuskan bahawa Mat dan Muiz bersalah , dan Dahlia tak bersalah kerana mempertahankan wilayah Aspuri daripada diceroboh oleh dua orang setan yang sorang membawa majalah playboy keluaran tahun lepas manakala setan sorang lagi berak tak cebok", kata Peah tiba tiba yang dari tadinya diam tak bersuara. Sebenarnya dari tadi dia menyusun ayat untuk mengatakan dialog ini.

Cikgu Yudah mengangguk mendengar hujah Peah. Dia berfikir untuk mengambil Peah sebagai Pengerusi forum remaja sekolah nanti. Kes ditutup dan semuanya kembali kepada asal. Burung tetap terbang dan berkicau , laut tetap berombak merdu dan Zila Bakayen tetap seksi lagi mengancam sanubari.

Dahlia mengeluh kasar . Dia tidak kisah dijatuhkan hukuman tetapi dia sedih kerana Muiz telah dimasukkan ke hospital yang mempunyai nurse yang cantik umpama Luna Maya.Dahlia juga risau nurse itu akan ditempeleng oleh doktor lagi. Dahlia bangun dan mahu berehat . Menenangkan kepalanya yang kusut dan lemaknya yang bergumpal.

"Hang tau tak ? Si gemoklah ni lah langgaq Iz"

"Persetan punya gemuk, kalau mati crush aku tu, aku pijak pijak medula oblongata kau !"

"Woi gajah , lain kali pakai side mirror , baru tak langgar orang! kakakakaka"

"Pakai signal sekali woi, takdelah salah simpang!"

"Alamak, ada raksasalah ,Jidin call Ultraman Max cepat!"

"Muka hodoh , gemuk , penjenayah pulak tu . Mati jela"

"Besaqnya setan ni"

"Kak, tandas kat mana?Sebab muka akak buat saya nak terciritlah"

Dahlia masih diam . Segala kata cacian yang menimpanya bertubi tubi ditelannya mentah. Sakit, selama ini dia tidak peduli akan kutukan semua ini tetapi tidak hari ini . Segala yang telah terjadi memantangkannya . Dahlia tekad ! Tekad untuk kurus dan buktikan kepada semua yang dia juga boleh cantik seperti Kat yang dipuja puja.

AKUU TEKADDD !

jerit Dahlia sambil melepaskan satu tumbukan ke udara. Lily terkejut dan memetik gitar.

jika kau fikirkan kau boleh
kau pasti boleh melakukan
jika kau fikirkan ragu ragu
engkau adalah Ragunaden

GRASAWhere stories live. Discover now