Bab lapan

418 16 0
                                    

"Mat",ucap Muiz perlahan

"Padia hang? Aku tengah study ni", kata Mat sambil menyelak halaman majalah Playboy. Majalah itu dibelinya semasa keluar outing minggu lepas.

"Teman aku pergi tandas ..",kata Muiz perlahan .

"Babi apa nak pi jamban pun nak ajak , berak pun nak berduet bagai , apahal ?",marah Mat sambil menutup majalah itu. Matanya sempat memerhati idolanya Zilla Bakayen yang seksi sebagai muka depan majalah .Mat mengetap bibir.

"Sekejap je Mat, please",kata Muiz dengan muka yang penuh sayu dan mata yang bulat ibarat Puss in the boot.Tapi muka Muiz tidak menyerupai kucing oren itu , dia lebih menyerupai siput sedut masak lemak. Mat memandang ke arah jam dinding , jam menunjukkan pukul 10.30 malam . Sepatutnya waktu begini tidak ramai yang ada di dalam tandas .

"Hm, sat ja tau. Aku nak sambung study.", kata Mat kepada Muiz. Bersinar sinar mata Muiz , dipeluknya Mat sebagai tanda terima kasih. Pelukan mesra Muiz cuma dibalas dengan jari hantu oleh Mat .

"Iz, hang ada sabun buku lagi dak ?", kata Mat .

"Nak buat apa ?",jawab Muiz sambil mencapai tuala yang digantung di atas katil . Dia segera bangun dan melilit tuala tersebut di mukanya umpama membuat tutorial shawl Hana Tajima.

"Em , esok aku ada eksperimen buat sabun , jadi.. aku nak pinjam sabun untuk buat penyelidikan la.", kata Mat sambil terkemut kemut. Jangan tanya terkemut kemut tu apa .

Muiz tidak menjawab dan terus mengambil sabun buku yang berada dalam baldi di tepi kaki katilnya. Muiz menyerahkan sabun itu kepada Mat .

"Alhamdullilah, mudahlah aku nak buat eksperimen esok yedak ?", kata Mat .

"Cepatlah babi, taik dah hujung hujung dah ni". Muiz menarik tangan Mat untuk keluar .

"Hang keluar dulu, sat lagi aku mai", jawab Mat.Muiz hanya mengangguk dan segera keluar . Mat kembali ke meja tulisnya dan mencapai majalah Playboy tadi. Dikucupnya majalah itu dua kali sebelum menggulungnya dan dimasukkan ke dalam poket.

"Laknat lu mat , lu nak masturbasi pulak time ni, laknat lu mat , laknat",gumam Muiz yang sedang berdiri di sebalik daun pintu.

"Eh Iz , hang tak pi berak lagi ka?", jawab Mat. Ditangannya terpegang sabun Muiz dan sebuah lampu suluh.

"Kau bawak buku apehal? Dalam tandas tu gelap , mana boleh membaca", tanya Muiz . Sengaja.

"Hang berak dalam gelap boleh , apehei aku tak boleh membaca dalam gelap. Inilah pemikiran generasi muda sekarang. Bengap , macamana Malaysia nak maju . Tu pasal takde kete terbang , ada aiskrim pasu je, sebab orang macam hanglah . Menjadikan gelap itu sebagai satu alasan", bidas Mat panjang lebar . Mat pernah menjadi pengerusi forum remaja sekolahnya yang menyebabkan sekolah mereka kalah 4 tahun berturut turut dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan forum remaja untuk tahun seterusnya. Semua ini terjadi kerana Mat tidak sengaja mencarut kepada hakim kerana hakim memberikan soalan yang susah kepada team mereka.

"Babi anakharam betul hang ni encik juri , pi lah google jawapan dia , kitorang mana tau"

Mat terimbas kembali kenangan terindahnya mencarut di depan khalayak ramai . Oh..

"Anak haram , aku nak berak ni . Cepatlah."

Mat tersentak dan segera mengikuti langkah Muiz yang semakin menjauh.
Tangannya mengenggam erat gulungan majalah di poketnya. Senyumannya melebar .

Tandas blok mereka hanya terletak di hujung blok sahaja , tetapi kerana bilik mereka merupakan bilik di depan sekali . Jaraknya agak jauh. Dalam masa sepuluh minit , mereka sampai di depan tandas . Sebenarnya , hendak ke tandas di hujung blok tidaklah mengambil masa sehingga sepuluh minit , tetapi disebabkan mereka singgah di bilik Jais dan hisap rokok sebatang dua , mereka kembali meneruskan perjalanan yang penuh peristiwa ke tandas.

Muiz masuk ke dalam tandas di depan sekali . Mat pula hanya tunggu di depan sinki . Peluh jantannya menitik umpama menunggu melafaz akad nikad. Dia ingin membasuh mukanya dahulu sebelum meneruskan "pembacaannya" di dalam tandas. Kepala paip dipulas . Tiada. Dipulas pula kepala paip sinki sebelah , tiada air juga .

"woi Iz , aku rasa tandas blok ni takde airlah!", jerit Mat kepada Muiz yang masih di dalam tandas.

"Hah! Aku nak cebok guna apa ni sial", jawab Muiz dari dalam tandas.

Mat hanya mendiamkan diri. Dia kiciwa dan terluka . Hasratnya untuk bermasturbasi terputus . Hatinya terhiris.

"Mat! Pinjam majalah kau kejap", jerit Muiz lagi.

"Hang nak buat apa ?", tanya Mat hairan. Celaka ni nak membaca dalam jamban jugak ke ? Mat keliru , mahu diberi majalah itu kepada Muiz atau tidak .Dia menutup mata untuk berfikir , sebelum fikirannya melayang kepada Zilla Bakayen yang subur dikepala hotaknya.

GRASAWhere stories live. Discover now