Bab sembilan

395 12 2
                                    

Dahlia mengesat peluh didahinya.Dia cuba mencari udara untuk disedut. Penat rasanya tawaf mengelilingi Blok Aspuri ini. Selepas kejadian 'Facial Lintah Kat', Dahlia berjaya melarikan diri dengan menerajang pintu pink bangang bilik Kat, habislah bilik Kat tergolong dalam "bilik-bilik tiada pintu aspuri".Dahlia berlari dari bilik Kat di blok B sehingga blok F tetapi dia membuat u-turn kerana Dahlia mengajak junior race. Junior itu kebetulan melalui blok F untuk menggunakan air watercooler bagi memasak megi. Dahlia berjaya mengalah junior itu kerana junior itu berlari sambil makan megi kari yang baru dipanaskannya.

"Mak saya kata, walaupun sibuk mana kita dengan kehidupan sehari hari kita, kita haruslah makan tepat pada waktu. Jika tidak mungkin kita lebih terdedah untuk dijangkiti penyakit masuk angin,gastrik,demam kepialu dan juga sakit hati umpama dihiris sembilu tajam.",kata junior itu sambil menggigit pembalut lutsinar maggi cawan ditangannya.

Dahlia terdiam.Dia memandang junior tersebut yang sibuk mengacau maggi kerinting itu.

"Mak engkau ada kata tak makan maggi pun bahaya untuk kesihatan, mudah dijangkiti penyakit lembab dan lurus macam keris menongkah langit.",kata Dahlia sambil menggaru belakangnya tetapi tangannya tiada sampai, terpaksa Dahlia bersandar pada tiang dan menggesel badannya. Dahlia kelihatan seperti gajah yang sedang mengawan dengan labi-labi air. Luar tabii dan lucah.

Junior itu terdiam. Dia mencari sesuatu di pinggangnya dan mencapai buku nota kecil yang bergambar Tomok zaman Newboyz dulu kala.Dia mencatat sesuatu di dalam buku nota tersebut . Pen menari-nari seakan menulis 'lembab' dan 'keris menongkah'.Setelah sekian lama junior itu menulis umpama menulis serangkap puisi atau bait bait lirik lagu berunsurkan duniawi , dia membuka mulutnya.

"Thankyou wahai akak yang bersaiz XXL kerana telah menyumbangkan sedikit sebanyak pengetahuan kepada saya yang jahil lagi bangang ini. Thankyou sekali lagi.",katanya sambil menyedut perlahan maggi kerinting .
Dahlia meneguk air liur . Lapar.

"Woi budak, jom race."

"Okay bebeh."

"Tapi ada syarat noo, siapa yang kalah, kena bagi yang menang sepaket megi. Deal?"

"Perisa apa?",kata junior itu.

"Kari asam laksa ayam"

"Akak kata sepaket tadi, tu empat perisa tu, kau nak ajak aku bergaduh ke sial", kata junior itu sambil mengacau magginya . Bukan dia marah kepada Dahlia tetapi marah kepada cakcibor yang mahu menumpang sekaki magginya sekali. Setelah mereka berbincang sejam dua, mereka menandatangani perjanjian hitam putih dan menikmati secangkir kopi malam jumaat, mereka meneruskan pertandingan lagha mereka.

Setelah berjaya mengalahkan junior tersebut , Dahlia menunggu di kantin sekolah untuk menebus ganjarannya , iaitu empat paket maggi berlainan perisa.Kerana bosan dan pishang yang teramat sangat, Dahlia memetik jari sambil menyanyi sebuah lagu jiwang yang bertajuk , "Dendang Perantau". Dia juga terpengaruh dengan Peah. Kantin ini menjadi pemisah antara blok Aspura dan Aspuri. Hampir sejam Dahlia menunggu punya menunggu, junior Newboyz itu tidak muncul muncul .

"Wey bangsat cepatlah."

"Sabaqlah, majalah aku jatuh ni"

Dahlia menangkap bunyi suara manusia yang terpekik pekik. Dahlia cuba melihat siapakah gerangan musibat yang membuat onar dan bising di kawasan Aspuri ini. Tetapi kerana gelap yang teramat sangat umpama semut hitam dia atas batu hitam pada waktu malam bulan gerhana, dia tidak dapat me-scan musibat musibat itu.

"Kalau blok Aspuri tade air acane?"

"Ada punya , pi la cepat bangsat. Sejuk gedi dah ni. Kecut halkum aku."

Suara suara sumbang itu beralun lagi memecah kegelapan malam. Dahlia tidak puas hati, dia mahu tahu siapakah mereka. Dahlia bangun dari bangku kantin itu. Berkeriuk bunyinya. Dia bergerak perlahan-lahan di dalam kegelapan malam.

"Woi !", tegur Dahlia .

Dahlia mendekati mereka lagi , dekat dan semakin dekat sehingga Dahlia melanggar salah seorang daripada mereka. Orang yang dilanggar Dahlia tertolak kebelakang dan jatuh ke dalam longkang utama . "Adoi", suara terakhir yang keluar dari mulutnya.

"Muiz !" , Mat bersuara , majalah Zila Bakayennya jatuh menimpa bumi . Dia jatuh melutut , dan tangannya menutup muka menandakan kesedihan yang teramat beno.

Dahlia tergamam , Muiz ? Dia langgar Muiz sampai jatuh lagi ? AGAIN ?

Dahlia memejam mata diiringi tangisan Mat yang berlagu sayu. Di dalam fikiran Dahlia terbayang ;

"Raksasa tidak berleher mengganas di malam hari"

GRASAWhere stories live. Discover now