Bab enam

478 20 3
                                    

"Hang ketuklah cepat"

"Kau ketuklah !"

"Dia nak jumpa hang, bukan aku! Hanglah ketuk"

Dahlia dan Peah saling bertelagah didepan pintu bilik Katrina. Pintu bilik Katrina diwarnai dengan warna merah jambu, menyamai nama kumpulan bangang mereka iaitu Pinkstones.Orang gila saja yang tidak mengenali bilik Katrina kerana pintu bilik Katrina sahajalahyang berwarna eksotik sedangkan bilik lain pintunya berwarna coklat pekat ataupun tiada pintu langsung. Didepan pintu tersebut juga menpunyai tag gantung yang tertulis "Kat-tey Paeiry's Heaven"

"Apadia Kat-tey ni, bunyi macam ko...", belum sempat Peah menghabiskan ayatnya, pintu bilik itu terbuka.

"Uolls rupanya! I ingat bunyi anjing mana yang menyalak tadi, baru nak baling dengan ni", kata Saleha yang lebih gemar dipanggil Lily . Celah mana datangnya Lily , Tuhan saja yang tahu . Di tangan Lily terdapat sebuku sabun cap gajah laut yang menurutnya tadi mahu membaling anjing. Orang gila sahaja membaling sabun yang mahal begitu kepada anjing. Mungkin Lily gila ataupun dia terlalu kaya gila babas.

"Lily siapa tu ?", kedengaran suara serak serak basah dari dalam bilik . Sekali dengar seakan suara Ramli Sarip. Bila dengar sekali lagi, barulah dapat dikenalpasti bahawa itu suara katak pop yeh yeh ,Katrina.

"Uish ada Ramli Sarip ke dalam bilik hampe !", kata Peah sebaik sahaja terdengar suara seakan Ramli Sarip tadi . Dia segera menolak Lily ketepi agar dia boleh masuk. Peah kecewa apabila mendapati tiada Ramli Sarip didalam bilik itu , cuma ada katak pop yehyeh dan beberapa najis mughallazah lain.

"Ouh Peah ! Mana anak gajah ? Suruhlah dia masuk ! Kitorang tengah buat facial and manicure ni !", kata Katrina . Dimukanya tertampal mask berwarna ungu berfloral. Peah menarik muka masam . Hatinya begitu terluka setiap kali Katrina bersuara ,mengapa suara Katrina mirip dengan suara idolanya . Tanpa sedar, Peah menyanyi.

kau teratai bunga indah
engkaulah pujaan hatikuu
huhuhuhuhuhu

Peah menyanyi sambil menangis . Katrina dan rakan rakannya terpinga pinga. Dania, salah seorang rakannya mengangkat kening seakan menanya kepada Katrina. "Kenapa dia tu?" Katrina pula mengangkat bahunya seolah menjawab , "Entah, rahim gugur kot"

"Assalammualaikum , salam hamba tulus tanda ingatan . Eh , assalammulaikum ", ucap Dahlia sebaik sahaja memasuki bilik itu .

"Waalaikummussalam, my baby girl! Mari sini cepat !" , kata Katrina sambil menepuk nepuk lantai didepannya. Dahlia segera duduk dan memerhati sekeliling .

"Er.. Katrina , mana Peah ?", kata Dahlia setelah mendapati Peah tiada didalam bilik itu sedangkan dia yang masuk dahulu tadi .

"Peah ? Tu!", kata Katrina sambil jari runcingnya menunjuk ke bawah katil . Dahlia menunduk dan terlihat Peah sedang menangis dengan posisi luar tabii di bawah katil. Jika dilihat dengan mata kasar , Peah menyerupai badak air yang sedang bersenggama. Lily berbisik kepada Dahlia .

"I rasa kawan you tu kena rabbies, bawak bawaklah dia bertaubat , suruh dia masuk Dai ke, bagitahu dia jangan masuk AF ,khurafat , juri semua makan rasuah"

Dahlia memandang Lily. Disangka Lily membuat funny tetapi rupanya serious . Lagi serious daripada peragut Wan Maimunah yang seringkali iklannya di Tv3. Rupanya ada juga geng Pinkstones yang bengap seperti ini. Mungkin banyak melawati page Rani Kulup ataupun dia kecewa dengan juri Af . Hanya Tuhan yang tahu Dahlia mengangguk perlahan , tangannya diletakkan ke bahu Lily .

"Baiklah Lily , Baiklah"

"Korang ni kenapa ?", tanya Katrina . Dia begitu jijik melihat aksi Lily dan Dahlia umpama lesbian jalan keretapi.

"Okaylah , Dahlia aku panggil kau sebab nak ajak kau buat facial sekali, kita kan kawan! Tapi aku dah sediakan facial yang special gila untuk kau tau !", kata Katrina . Mulutnya disenget sengetkan .Rakan rakannya yang lain berbisik bisik sesama sendiri .

"Haa ? apa yang special tu ?",kata Dahlia perlahan . Dia terfikir timun yang disaluti sambal belacan , ataupun lemon yang diperah lalu dimasukkan ais . Yela , kata manicure special , mesti ada makan makan.

"Heh , Lily , pergi ambik barang "special" kita", arah Katrina kepada Lily. Lily umpama anjing gila terkena rabbies dengan segera menjalankan tugasnya. Dengan sepantas line magic sim, Lily kembali dengan sebuah balang yang ditutupi kain hitam .

"Diorang ni nak buat ilmu hitam ke ? Ntah ntah Pinkstones ni kumpulan Black Metal kot, takpun SkinHead , ataupun diorang ni Is", gumam Dahlia dalam hati .

"Jangan minum darah aku ! Aku bukan kambing hitam ! Lepaskan aku , aku nak tengok Af final", rayu Dahlia sambil melutut . Bergetar getar lemaknya .

"Apa ke gila kau ni ?Kau ingat kitorang black metal ? Kalau betul pun, kitorang bukan black , kitorang pink" kata Dania sambil membuat simbol love . Macam anjing.

"Dahtu ? Tu apa?", kata Dahlia sambil menunjuk ke arah balang berkain hitam. Katrina tersenyum sinis .

zzup!

Kain hitam ditarik . Mata Dahlia terbuntang melihat isi dalam balang itu .

"Ya Allah, kau selamatkanlah hamba-Mu ini"

GRASAWhere stories live. Discover now