Bab Empatbelas

350 14 2
                                    


"Aduduu.. Sakit la sial, janganlah pijak kaki aku", kata Muiz sambil dipapah oleh Mat yang ensem.

"Hang diam boleh dak? Aku penampaq satgi. Ni kira mulia aku nak jemput hang dari sepital ni. Kalau ikut hati aku ni, dahlama aku terkangkang layan hentai dalam bilik. Nasib baik aku ni ada sifat simpati dan empati yang tinggi hang tau dak? Hang tau dak aku ni baik makhluknya", Mat memegang lengan Muiz untuk memudahkan Muiz menuruni anak tangga hospital yang hampir sama kecuramannya dengan Gunung Everest yang sedang menuruni eskelator Mydin Gombak. Erat pegangan Mat memegang lengan Muiz. Terasa kemampatan biseps dan otot-otot di lengan Muiz. Naik stim Mat dibuatnya.

"Cilaka, bila masa aku ada naluri gay ni. Ni semua punca Rahim Jam la ni. Jibek", gumam Mat sendiri. Nak tau siapa Rahim Jamban dan apa punca Mat ada naluri gay? Nanti la aku cita.

Mat kembali ke situasi asal. Ditatap muka sahabatnya itu. Hodoh dan mengerikan. Terkubur semula naluri gaynya itu.

"Hang ni okay dak? Aku tengok muka hang dok kerut-kerut dari tadi macam cencerut mabuk ketum. Kenapa?", tanya Mat. Soalan yang keluar dari mulut busuk Mat itu dibiarkan oleh Muiz.

"Aku ada buat salah dengan hang ka Muiz?", tanya Mat lagi.

"......................."

"Hang terasa hati dengan aku ka?"

"......................."

"Ini mesti sebab aku tak bagi hang pinjam majalah yang ada gambaq Zila Bakayen tu kan? Mana boleh aku kasi kat hang. Aku minat dia kot. Hang kan minat Rosnah Mat Aris."

"....................."

"Babi la hang. Bab kali ni aku sorang ja ada dialog. Baik aku ja jadi watak cerita ni"

"......................"

"Cb hang Muiz. Dasar gay. Dasar takdak teloq"

"....................."

"Wei, cakaplah dengan aku."

"...................."

"Kalau hang taknak cakap dengan aku jugak. Esok aku campak semua poster Rosnah Mat Aris yang hang simpan bawah bantal tu."

"....................."

"Aku jadi gaylah. Satgi aku nak declair dengan Rahim Jam. Padan muka hang dapat rumet gay. Malam-malam nanti aku gigit puting hang."

"Babi hang Mat", kata Muiz sambil kedua tangannya melindungi dadanya yang bidang umpama petak sawah.

"Aku pikiaq hang dah jadi bisu sebab kena balasan Tuhan. Mulut hang kan takdak insurans. Bercakap macam orang takdak pedoman hidup", Mat membetulkan kopiah di atas kepala. Sempat lagi dia mengenyitkan mata kearah gadis jururawat yang sedang menolak mayat. Dibalas kenyitan mata Mat itu. Dasar.

"Habis kau bercakap macam orang berpedoman sangatlah?", balas Muiz marah.

"Ehh, mesti. Aku kalau bercakap, sampai ada orang sanggup bayaq aku untuk berhenti bercakap", kata Mat bangga sambil menendang mesin air gedegang di sudut hospital. Bengang dirinya apabila air soya cincaunya tak keluar.

"Orang bayar kau sebab orang dah meluat nak dengar suara kau. Kau dahlah hodoh, mulut busuk macam loji kumbahan tersumbat 80 ribu tahun. Haa, kau tak masuk duit mana nak keluar air tu bangsat!", kata Muiz apabila melihat Mat tiba-tiba menendang vending machine macam orang kena rasuk setan.

"La yeke, aku rasa dah letak duit. Takdak eh?"

"Yang kau letak duit tu semalam la bangsat"

"Habih, nak letak berapa kali?"

"Kau ingat vending machine ni bapak kau punya?"

"Hang bapak-bapak jangan nak main haaa. Aku peluku kepala hang satgi."

"Wei Mat. Kau rasa tak?", tanya Muiz tiba-tiba.

"Rasa. Rasa nak penyepak hang. Kalau dapat la sepak sekali dua muka Pan-Asian hang ni. Aku sanggup cuci bra makcik dewan makan", kata Mat. Dalam kepalanya jelas tergambar muka makcik dewan makan yang hampir dengan wajah Triple H. Walaupun muka beliau ganas seakan cannibal tetapi bentuk badan beliau... Pergh macam Maria Farida. Maria Farida tau bukan Maria Ozawa. Pernah Mat terlihat makcik dewan makan itu menyelak tudungnya sedikit, hampir seminggu Mat terpaksa berulang-alik dari blok ke koop untuk membeli tisu. Bila Luis (pengawas koop yang acah-acah dirinya orang putih selepas merasakan dirinya mempunyai chemistry dengan London Choco Roll) bertanya kenapa Mat kerap membeli tisu, Mat mengatakan Muiz dalam usaha menjadi pondan dan sedang belajar mengubah bunga mengguna tisu. Mat juga kata Muiz ingin membuka butik bunga pada masa hadapan. Luis berasa sungguh terharu dengan Muiz lalu menghadiahkan 3kotak tisu secara percuma. Mengalir air mata jantan Mat. Terima kasih Luis.

"Wei macibai, bukan tu lah. Kau tak rasa bergegar ke?", kata Muiz memutuskan angan Mat.

Mat melihat keadaan sekeliling hospital. Barang-barang sekelilingnya bergetar. Ya, memang ada sedikit getaran.

"Aah lah, gempa bumi ?", balas Mat serius dengan muka yang serius seperti pengacara 999.

"Bukann! Aku ada firasat tak baik ni!" kata Muiz.

"Apadia?", Mat pelik.

"Aku rasa Dahlia datang!", Muiz membuat kesimpulan. Mereka kelam kabut. Risau Muiz bakal dilanggar Dahlia lagi.

"Hang nyorok kat sini", kata Mat sambil menarik sebuah troli mayat.

" Kau gila ke? Aku bukannya mati lagi", balas Muiz. Bergetar kepala lututnya.

"Hang nak Dahlia buat hang mati? Hang pikiq, troli mayat ka Dahlia lagi seram", Mat berkata. Muiz menjadi serba salah.

"Kau tepi. Kang kau cover line aku tai kalau Dahlia cari aku", kata Muiz sambil memanjat troli mayat. Dia membaringkan dirinya sambil ditutupi dengan sehelai kain oleh Mat.

Getaran semakin hampir. Mat dan Muiz sama-sama gementar.

Tap Tap Tap

Bunyi tapak kaki mendekati arah mereka. Mat jalan ke depan sedikit dari kedudukan asalnya. Tanpa disedari seorang jururawat telah menolak troli mayat Muiz sambil menyanyikan lagu 'Knock-Knock'.

Tap tap tap.

"Dik"

"Ha?", Mat terkejut.

"Ini hospital binatang ke?", kata seorang pakcik sambil menghisap paip. Di tangannya terdapat tali yang mengikat 2 ekor gajah.

"Eh dak, hospital tu kat sebelah nun", balas Mat sambil menganalisis gajah-gajah tersebut samaada ianya betul-betul gajah atau Dahlia yang menyamar.

"La iyeke? Pakcik silap la ni? Trimas. Kbyeee", kata pakcik itu sambil menarik gajahnya. Bergegar.

"Cait, ingat Dahlia, gajah betul daa, eh Muiz?", Mat melihat troli Muiz tadi sudah hilang. Mat mendekati seorang jurarawat untuk bertanya.

"Ye?", kata nurse itu apabila disapa oleh Mat. Amagakk, cantik gila macam Zila Bakayen. Tahi lalat di bawah bibirnya membuatkan Mat berdenyut.

"Awak single ke taken? Ada wechat?", Mat lupa misi asal.








GRASAWhere stories live. Discover now