Bab lima

531 19 0
                                    

"ushh ushh semangat", kata Dahlia sambil mengurut gurut dadanya . Perjalanannya dari surau ke aspuri sungguh memenatkan .

"Cepat Lia , lembab macam menteri lah hang ni", kata Peah sambil berlari setempat di atas tangga . Berlagak kononnya staminanya kuat dan tidak mudah letih seperti Dahlia .

"Hang gila ke lari kat tangga ni , jatuh kang!"

"Aku terer kot , takkanlah jatu.. eh ", balas Peah sebelum kakinya tersadung di anak tangga teratas dan berguling jatuh ke bawah . Dahlia hanya mendiamkan diri sahaja apabila yakin bahawa Peah tidak mati lagi dan tidak perlu memanggil van jenazah .

"Tulah riak ujub takbur paramecium karipap semua ada , Kan Tuhan dah bayar cash", kata Dahlia sambil berjalan berlenggang menaiki anak tangga . Peah yang masih lagi terbaring hanya menutup mata melihat Dahlia . Bagai dugong cacat yang baru belajar berjalan lagaknya . Seram , risau mimpinya malam ini diganggu dengan lenggangan Dahlia .

Sesampai di bilik mereka , Dahlia meletakkan telekungnya di atas katil . Dia memerhati jam dinding bermotifkan bunga rafflesia yang diberikan Mamanya tahun lepas . Kenapa rafflesia , hanya Mamanya yang tahu . Jarum jam menunjukkan pukul 7.50 , masih ada 10minit sebelum pukul 8 . Dia sudah berjanji dengan Katrina untuk ke bilik gadis itu tepat pukul 8 .

kuih dan muih beraneka macam
makanlah jangan hanya dipandang
ketupat rendang sila nikmati kawan
penat memasak malam ke pagi , yahoo

Kelihatan Peah sedang berzumba di depan pintu bilik mereka . Apa motif minah ni menyanyi lagu raya pun Dahlia tidak tahu sedangkan perayaan yang semakin hampir cumalah Deepavali .

"Mungkin Peah sambut kot", gumam Dahlia yang cuba bersangka baik . Kalau dia bersangka jahat , mungkin sel otak Peah terputus semasa dia jatuh tadi atau rahimnya telah gugur dan sekarang Peah sedang meroyan . Mungkin , hanya Tuhan yang tahu.

"Ayuhlah Dahlia Rustam , ayuhlah kita berangkat ke bilik Si Katrina Katak , ayuhlah ayuh ", kata Peah sambil tangannya dilambaikan ke depan dan ke belakang .

"Sabar jap, nak pergi tandas", kata Dahlia .

"Alaa hang ni , time ni lah nak berak , berak jela dalam seluar , macam tak biasa ", kata Peah.Dia sudah duduk bersimpuh didepan muka pintu .Jika ibunya tahu Peah duduk di depan pintu , mesti dia dimarahi kerana kata ibunya nanti tiada siapa akan meminangnya . Tapi siapa yang bengap nak hantar rombongan meminang di asrama ?

"Tak mustahil Peah , tak mustahil . Hanya Tuhan yang tahu .", kata Dahlia tiba tiba . Peah terkezut , mungkinkah Dahlia telah membaca fikirannya ? Adakah Dahlia mempunyai kuasa supernatural yang membisakan dia membaca fikiran orang lain ? Ataupun , mungkin ini semua helah , mungkin ini bukan Dahlia . Jangan jangan ini saka cikgu displin , ataupun Hantu gigi jarang yang kerapkali disebut sebut . Mungkin juga ini kelebihan memiliki lemak yang banyak dan gebu ?

"Pulangkan sahabat aku ! Pulangkan ! ", kata Peah sambil memegang kepala Dahlia yang sedang mengunci pintu . Peah menumbuk perut Dahlia bagi memastikan lemak Dahlia tulen dan bukan besi seperti yang disangkanya . Seperti biasa Dahlia tetap tenang.

"Jangan beriyalah , jom cepat . Kang Katrina bising " , kata Dahlia sambil menarik tangan Peah .

"Apa bau celaka ni , hang dah cebok belum Dahlia ?" , kata Peah sambil menghidu , tak ubah seperti anjing Ah Huat yang baru sahaja dilaknat Muiz petang tadi.

"Air tade . Huhuhihhihui", balas Dahlia pendek sambil mengeratkan pegangan tangannya dengan Peah.

"Bangsat punya gemuk!"

Berhuhuhuhuhihilah Dahlia sehingga sampai di bilik Katrina .

GRASAWhere stories live. Discover now