Bab tiga

616 25 4
                                    

"Woi anak gajah!"

Dahlia memandang belakang . Sebegitu juga Peah. Kelihatan Katrina sedang berdiri bercekak pinggang .Di belakang Katrina terdapat dua tiga pelajar perenpuan yang muka mereka disaluti dengan mekap yang tebal bak nakharam .

"Geng Pinkstones" gumam Dahlia dalam hati . Geng Pinkstones ni merupakan group anak gadis yang popular di sekolah ini . Tetapi tidaklah sepopular k-pop kerana mereka tidak membuat pembedahan plastik . Group ini popular pun disebabkan ahli kumpulannya semuanya cantik umpama model Playboy terutama Katrina yang mempunyai badan 38-25-38 . Bak kerengga . Mukanya jugak bujur sireh dilengkapi dengan mata besar berwarna coklat cair dan hidung mancung . Kesempurnaan wajahnya itu dihiasi pula dengan mekap mekap haramjadah tebalnya .Tinggi Katrina juga dua kali ganda daripada Dahlia.Kepala Dahlia pun berada di paras dada Katrina yang kembang mekar . Dahlia dan Katrina sebaya tetapi mereka umpama langit dengan bumi . Tak, mungkin perumpaan langit dengan labi labi lebih sesuai .

"Woi gajah ! Kau berangan apa ? Patutlah gemuk macam anak gajah , kuat berangan rupanya !", kata Katrina disusuli dengan hilai ketawa yang hodoh benar bunyinya. Jika dibandingkan gelaknya dengan bunyi katak menyanyi lagu pop yeh yeh . Mungkin tidak dapat dibezakan mana satu katak , mana satu Katrina . Katrina mungkin salah satu penyumbang terbesar pencemaran bunyi di mukabumi ini .

"Sapa ajar kau , kuat berangan boleh buat orang jadi gemuk ni ? Sapa cikgu sains kau , bagi aku lempang dia sekali dua ." , balas Peah.

"Kau takpayah nak bekap sangat kawan gemuk kau ni , dahlah gemuk , kuat berangan , macam labi labi !" Katrina ketawa lagi . Nakharam sungguh bunyinya .

"Nak apa ? " akhirnya Dahlia bersuara . Dia tidak mahu Peah dan Katrina terus bertikam lidah . Takut Peah menjadi hulk .Bertambah hodoh dari sedia asal .

"Malam karang datang bilik aku , aku nak mintak tolong kau boleh ?" kata Katrina manja . Dahlia tahu ada helah lain , tapi Dahlia segera mengangguk . Biarlah , dia dah biasa diperlakukan begini .

"Okay , good fat girl ! Hahahha , pukul 8 tau jangan lambat anak gajah! " Tangan Katrina mengusap usap kepala Dahlia umpama anjing nampaknya . Kemudian Katrina mengelap tangannya dibaju Peah ..Hina sungguh Dahlia di matanya . Tapi takpa , Dahlia dah biasa .

"Nakharam celaka betul si Katrina ni , dia ingat dia cantik sangat ke ? Muka macam kupang . " kata Peah kemudiannya disusuli carutan berbagai bahasa .Umpama rap tetapi diiramakan dengan dosa .

"Dia memang cantik pun" balas Dahlia . Dia mengaku Katrina cantik . Dia juga mengaku Dahlia macam kupang . Heh

"Cantik haramjadah hang , mekap tebal nakharam. Haritu aku pernah nampak dia tak pakai mekap , aku ingat saka cikgu displin , baru nak histeria . Rupa dia hodoh hang tau tak , macam tu" kata Peah sambil menunjuk ke arah siput babi yang hancur dipijak. Siapalah yang begitu kejam memijak siput babi sehingga menyerupai cendol pulut sebegitu .

"Lepastu , ada haritu bedak dia hilang , dia ganti pakai baking powder . Tak ke gila ? Rupa cantik , bangang tak bertempat " sambung Peah lagi . Macam Dahlia taktahu , Peah geram dengan Katrina kerana pakwe Peah mempunyai perasaan dengan Katrina. Tetapi kerana rupa pakwe Peah macam alien dalam filem MIB , Katrina merijeknya .

"Peah , jum pergi kantin . Laparlah ! "

"Hang gila ke ? Kan baru rehat tadi ? Hang ingat ni sekolah bapak hang ke ? Sekarang waktu bm lah . Kang tak pasal kena karate dengan Cikgu Latip ." bebel peah umpama makcik makcik mesyuarat tingkap yang sedang mengumpat janda sebelah rumah.

Dahlia menarik muka menyerupai mentibang laut . Hodoh tetapi tenang .

"Yelah gendut ! jum !" kata Peah sambil menarik tangan Dahlia terus menuju ke kantin

Dahlia tersenyum gembira . Yeah makan !

GRASAWhere stories live. Discover now