Bab sebelas

343 17 4
                                    

Seusai solat subuh yang agak lewat, Dahlia menyarung jersi Kelantan bersama cardigan hitam berhoodie. Dahlia juga mengenakan tudung bawal crepe berwarna hijau katak pisang. Dahlia memang suka bermain dengan warna kerana dia telah terpengaruh dengan watak Yuhanis dalam drama bangang yang selalu diputar pada waktu maghrib. Tapi Dahlia tidak menggemari tudung satin kerana dia lebih suka kepada tudung crepe yang baginya menyerupai dengan makanan fav-nya iaitu durian crepe. Bezanya tudung untuk dipakai dan tak boleh dimakan (walaupun Dahlia boleh makan semua benda termasuk dvd player dan meja tulis).

"Hang nak pi mana ni ?", Peah menyapa dari belakang sambil memegang penyapu.

"Nak pergi jog kejap. Kau nak kemas bilik ke ?", kata Dahlia sambil memandang ke arah penyapu yang dipegang Peah.

"Eh, takdak aih. Tadi ngigau jadi maid Zul Aripin , sedaq sedaq dah depan pintu, tengah tegoq hang. Hehe", balas Peah. Sebenarnya semasa Peah tersedar tadi, dia terlihat ada lembaga besar berlegar legar di depan pintu bilik mereka. Peah fikir lembaga itu mungkin haiwan prasejarah yang wujud 10 dekad yang lalu berdasarkan rupa dan saiznya, mungkin juga lembaga itu hidup didalam lubang yang ada di bilik mereka. Lubang yang terhasil akibat Dahlia jatuh dari katil kerana mengigau. Mengigau atau mimpi basah, hanya Dahlia yang tahu. Lubang tersebut telah berjaya ditutup dengan meja tulis. Sebagai langkah berjaga-jaga, Peah membawa penyapu sekiranya lembaga itu ingin menyerangnya, bila dekat barulah Peah sedar yang lembaga itu Dahlia, rumetnya yang hodoh lagi kejam.

"Kau taknak ikut aku ke Peah? Takdelah aku bosan jogging sorang sorang", tanya Dahlia sambil menyarungkan kasut sukannya yang bersaiz 10. Saiz tapak kaki Dahlia sama dengan saiz muka Katrina. Tapi wajah Katrina tetap lebih cantik daripada kaki Dahlia. Ada ke nak samakan muka bakal juara Dewi Remaja dengan tapak kaki labi labi? Pftt -

"Takmau lah, aku nak sambung mimpi balik ni, aku tak habis kemas dapur Zul Aripin lagi. Kang dia tak bayaq gaji aku pulak. Kbai!", kata Peah sambil menutup pintu. Nasib baik Dahlia sempat bangun dari muka pintu, jika tidak mungkin separuh daripada bontotnya akan tersepit. Hilanglah kesucian bontotnya disebalik muka pintu.

"Biadap betul , bagilah kata kata semangat ke motivasi ke nasi goreng kampung ke, baru aku ada semangat nak bersenam!", gumam Dahlia. Tangannya memegang bahagian belakang badan, masih lagi khuatir dengan asetnya. Risau terjejas, berkuranglah mas kahwinnya nanti kerana tiada bontot .

Dahlia melangkah perlahan di sepanjang koridor. Pagi sabtu begini, aspuri memang senyap umpama dilanggar garuda. Mungkin garuda tidak lagi relevan untuk dijadikan perumpamaan. Jadi Dahlia pun menukar perumpamaan itu.

"Aspuri ni senyap macam hati awak bila langgar hati saya. Senyap sebab orang lain taktahu , hanya kita berdua yang tahu.", kata Dahlia sendiri. Dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan menekan ikon burung. #pickuplinepagihari. Sending tweet. Done!

Selesai dengan aktiviti syok sendiri, Dahlia segera mempercepatkan langkahnya.

dag dig dug
dag dig dug

Langkah Dahlia terhenti. Dahlia memandang skrin telefon bimbitnya.

6.47 a.m

Dahlia meneguk liur. Terasa pedih rengkungnya. Bunyi tersebut semakin hampir dengannya.

Dag dig dug
Dag dig dug

Kini bunyi tersebut semakin hampir dengannya. Dahlia melajukan langkah.

Dag dip dug
Dap dip dug

Bunyi tersebut betul-betul di belakang Dahlia. Dahlia memandang belakang dengan perlahan bagi mendapatkan efek saspen dan seram gitchew.

Dag dig dug
Dag dig dug

Di dalam dadaaaa
jantung berdebar
hati berbunga
amboi ~

Lily bernyanyi penuh riang. Tangan dilambai ke angkasa seakan berada di dalam konsert Westlife. Lily lalu disebelah Dahlia tanpa rasa bersalah. Dahlia memandang Lily besar, kecik , besar, kecik. Orang gila sahaja yang nyanyi lagu dangdut subuh sepi begini. Kuat pulak tu. Lanziou. Peah pernah menanyakan maksud besar, kecik, besar, kecik kepada Dahlia semasa Dahlia ingin menumbuk Peah dahulu kerana Peah duduk di atas pelvisnya . Dahlia sendiri tidak tahu maksudnya kerana dia tahu ayat itu pun daripada sebuah filem rempit buatan Malaysia. Dahlia sememangnya mudah terpengaruh dengan filem. Pernah Dahlia cuba meniru aksi hero me-willie di dalam filem itu dengan basikal. Mujur dapat dibanteras oleh Mamanya , jika tidak terpaksalah Mama Dahlia menggantikan basikal anak jirannya itu.

"Tapikan Dahlia, hang nampak aku besaq,keciq,besaq,keciq , aku nampak hang besaq ,besaq,besaq,besaq lagi besaq sangat,super besaq , hang dok", kata Peah sebelum dia dimasukkan ke icu kerana tulang belakangnya bengkok.

Dahlia mengimbau kenangan tak berapa manis itu. Rindunya menebal terhadap Peah.

"Balik nanti aku nak duduk ataih hang Peah !"

GRASAWhere stories live. Discover now