Bab dua

761 31 9
                                    

"Dahlia ?", suara menyapa dari belakang . Berdebar Dahlia. Jantungnya berdegup kencang seakan hendak keluar tetapi dihalang oleh lemak yang menyaluti badannya . Dahlia memandang belakang perlahan-lahan untuk mendapat efek saspen.

"Awak tak masuk kelas ke? Sekarang ni waktu apa ? Awak fikir awak besar , awak tak payah masuk kelas ? Waktu rehat dah habis ! Pergi masuk kelas sekarang !" Dahlia terkejut , disangkanya Muiz yang menegur rupanya Harimau sindrom down. Dahlia berlalu pergi sambil menutup mukanya dengan kedua tapak tangan , hendak saja dia menutup mukanya menggunakan lemak di dagunya angkara malu yang berlebihan . Kerana pandangan Dahlia sudah tertutup dengan tangannya yang gemuk , dia telah melanggar seseorang .

Orang yang dilanggar Dahlia tercampak dan melekat di tingkap kaca koridor sebelum kaca itu pecah dan menjatuhkan manusia malang itu ke bawah.

"Adoi" , itu sajalah kata kata terakhir manusia tersebut selepas jatuh . Dahsyat sungguh Dahlia ,sedangkan dia sikit pun tak tercedera , malah dia sikit pun tidak bergerak dari posisi asal.

Orang ramai mula berkerumun, Dahlia mendekati tingkap yang telah pecah dan mula menye-scan mangsa tragedi malang sebentar tadi . Sayu hatinya bila mengetahui manusia tadi adalah Muiz. Kedengaran bunyi ambulans bersahutan dengan suara pelajar yang bising . Kelihatan Muiz mengelupur dan berbuih mulutnya bak mengunyah sabun . Dahlia menarik nafas lega , nasib baik Muiz masih hidup , jika tak. Mereputlah dia di penjara. Dia tak mahu menjadi tajuk besar pada akhbar metro dengan tajuk "RAKSASA TAK BERLEHER MENGGANAS" ataupun "ULTRAMAN LEWAT PUNCA KEMATIAN". Dia tidak mahu. Kalau betul betul hendak tersiar di akhbar , biarlah dia berpose dia tepi swimming pool bak artis mangga . Dia tahu jika dia berpose di tepi swimming pool , dia tidak ubah seperti badak air berkelakuan luar tabii . Kemungkinan akhbar tersebut akan digam dari dipasarkan kerana dikhuatiri menyebarkan gambar lucah.

"Dahlia !" , Dahlia tersentak . Kelihatan rakannya , Safia atau lebih gemar dipanggil Peah . Turut dipanggil baby oleh pakwenya .

"wey , acaner Muiz boleh jatuh wey ?" , tanya Peah beriya. Hendak saja Dahlia menempeleng Peah menggunakan lemaknya . Tapi dipendam sahaja hasratnya takut terjadi kes pembunuhan lain pula.

"ntah", balas Dahlia pendek sambil menutup mata. Dahlia dalam percubaan untuk tidur berdiri kerana tidak mahu melayan karenah Peah pakeliao ini. Peah memandang Dahlia dengan tidak puas hati kerana jawapan Dahlia tadi. Punyalah beriya dia bertanya , sepatah je dia balas . Tapi dia tetap bersyukur , nasib baik Dahlia tidak meninggalkan bluetick seperti yang selalu dilakukan kekasihnya kepada Peah .

Ambulans berlalu pergi . Kes tutup kerana kecederaan Muiz tidak serius. Ada saksi mengatakan Muiz hisap gam dan lalok menyebabkan dia terjatuh . Ada jugak saksi yang mengatakan Muiz dirempuh gajah sesat . Ada pelajar mengatakan saka milik guru displin yang menolak Muiz kerana guru displin tergugat dengan kekacakan Muiz. Ada pelajar menyaran sekolah ditutup kerana sekolah tidak selamat lagi . Ada juga yang menyarankan sekolah dibakar agar saka disekolah ini turut terhapus. Semua pelajar diminta masuk ke kelas sebelum kesemuanya digantung persekolahnya kerana menyebarkan ajaran sesat di sekolah .

"Lia , jom masuk kelas.Sekarang waktu Sastera .Cikgu Latip suruh kita buat pementasan Sang kancil dan perodua Alza , jom cepat masuk kelas." , kata Peah sambil mengoncangkan tubuh Dahlia . Dahlia tersentak dari tidurnya . Peah bersyukur kerana Dahlia sedar , kalau tak terpaksalah dia mengheret Dahlia sepanjang koridor .

"Woi anak gajah!" , langkah Dahlia terhenti. Apa lagi yang nak jadi ni !

GRASAWhere stories live. Discover now