Bab Enambelas

229 14 2
                                    

"Kami mintak maaf"

"Apesai kami pulak? Hang sorang ja yang buat masalah", pintas Mat apabila melihat Muiz menggunakan kata ganti nama 'Kami' untuk memohon maaf kepada pihak hospital.

"Kalau kau taknak mati pucuk awal, kau mintak maaf sekali cepat", bisik Muiz ke pinggir telinga Mat. Mat meneguk liur. Bergerak-gerak halkumnya. Tangan kanannya memegang celah kelakangnya sambil menutup kedua-dua belah mata.

"TIDAKK! AKU NAK ADA ZURIAT, AKU NAK ENJOY, AKU NAK MENIKMATI DUNIAWI INI DENGAN PENUH NIKMAT! HEY DOKTOR,NURSE DAN SEMUA STAF HOSPITAL YANG DURJANA, SAYA MEMOHON MAAF ATAS KEDURJANAAN SAYA SERTA RAKAN SAYA, MUIZ YANG AGAK DURJANA INI. KK GERAK LU, PAPE ROJER", jerit Mat tiba-tiba. Kemudian Mat berlari secara mengundur dengan posisi tangan di kedudukan yang sama.

Nurse yang sedang bermain Wechat terkejut dengan ucapan maaf ekstrim dari Mat segera me-exit apllication Wechat dan bergerak ke surau hospital untuk menunaikan solat Asar. Doktor- doktor yang berada di sekitar situ juga hanya menggeleng kepala untuk menjaga kredibiliti mereka sebagai doktor yang pakar lagi kacak sedangkan dalam hati mereka ingin sekali ketawa sehingga gugur pangkal rahim masing-masing.

"Err, saya harap Encik Muiz tak buat masalah lagi seperti tadi, kami harap kerjasama Encik Muiz dan, err sahabat Encik Muiz yang tadi tu, handsome juga beliau, beliau ada Wechat ?", kata nurse yang mukanya persis Booker T. Muiz memandang tag nama yang terdapat pada bawah dada jururawat cantaik itu. MIA KHALIDA. Buatkan Muiz terkenang akan....

"Hey engko pandang apa tu?", kata nurse Booker T itu sambil menutup dadanya.

"Err, saya gerak dulu,pape roger Mia Khalifa, er, Khaliza.. Ah laknat la lu Booker T!", kata Muiz sambil mengangkat jari tengah kepada nurse itu. Jururawat yang bernama Mia Khalida itu hanya mampu menutup mata sambil menyanyikan bait-bait lirik lagu Dendang Perantau. Hatinya terkenang kepada ayahandanya. Bila pulang beraya nanti, dia akan bertanya kenapa ayahandanya menamakannya sebegitu rupa. Air mata dikesat. Cewdih.

Lenggang-lenggok tubuh Muiz berjalan di sepanjang koridor. Matanya melilau mencari kelibat Mat. Otaknya pula terimbas kembali peristiwa sebelum dia dan Mat memohon maaf kepada pihak hospital.

****

"Ade Wechat?", soal Mat sambil mengentel'2 rambut pesakit strok yang berada di atas kerusi roda dihadapannya.

"Sorry la babe, weollz tak pakai wechat, , weollz pakai snapchat jer.", kata nurse mirip Zila Bakayen tersebut sambil menolak kerusi roda pesakit strok dengan kelajuan 270km/j. Berdesup sehingga tertanggal kopiah seorang pak haji yang sedang membaca Harakah di sudut hospital tersebut.

"Ini semua salah dacing", katanya tiba-tiba lalu mengunyah seorang budak lelaki yang sedang mengudpate moment di Wechat.

Semua berlaku sekelip mata. Keadaan kembali seperti sedia kala. Langit tetap biru, dan fenomena El-Nino semakin panjang.

Mat diam tidak berkutik. Merinding bulu romanya dengan situasi didalam hospital tersebut. Dia berkira-kira samada dia benar-benar berada di hospital atau di kepulauan Hawaii.

Setelah mengira, membahagi, menolak, menguasa dua dan memsifir lapankan situasi di sekelilingnya, barulah dia teringat akan Muiz. Segera Mat berlari umpama Usain Bolt ke arah bilik mayat. Tapi sebelum itu dia menikmati soya cincau untuk melegakan tekaknya dan meneruskan perjalanannya kembali.

Ting Ting

Mat menarik telefon selularnya dari dalam seluar. Tak, dari dalam poket. Kelihatan noti daripada instagram. Mat menekan ikon kamera petak dan terbit akaun Muiz.

@MuixxRosMatAr Tengah bersembang tentang kebenaran hidup dengan penghuni peti sebelah. To @MatKacaKLagiHebat , sahabatmu tengah menanti kehadiranmu sayang. Cepatlah jemput seblum penghuni peti sbelah ni bertandang dekat peti aku. #jiran #petimayat #HospitalAADC #Buduketereh #RosnahMatArislover #AydaJebat #Sayasayangpm

Location; Peti mayat No.666 Hosp. Ada Apa Dengan Cinta

Jari Mat menari-nari diatas skrin telefonnya.

@MatKacakLagiHebat Bersabarlah @MuixxRosMatAr saat indah kan tiba jua *emojimukakeinsafan*

Mat tersenyum, dengan berbekalkan lirik daripada lagu nasyid yang dia dengar dinyanyikan oleh Peah ketika Mat menyekodeng Peah mandi minggu lepas, pasti awek-awek ig akan terpikat dan melting dengan keimanannya. Mat tersenyum smirk sebagai tanda riak dan berlagak.

Mat menyusun langkahnya perlahan ke bilik mayat sambil menyanyikan lagu baru KRU yang dirasakan seperti lagu sukan berbanding lagu cinta.

Peristiwa yang berlaku seterusnya amatlah cliche untuk diceritakan dengan riaknya.

*****

Gang gang gang

Muiz menggeleng kepala melihat Mat sedang tekun menendang mesin air gedegang yang terdapat di lobi hospital.

"Wei bangsat, kau dah masuk duit ke belum?", tanya Muiz dari jauh tanpa salam. Islam pada kad pengenalan. #BroInsaf

"Aku dah masuk haritu, kena masuk berapa kali?", jawab Mat sambil membuat muka Hulk. Terbit urat hijau di dahinya.

"FAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK", jerit Muiz panjang sehingga bab akan datang. Kk gerak dulu. Pape roger. Tutup salam

GRASAWhere stories live. Discover now