Bab DuaPuluhSatu.

132 7 3
                                    


"Pergh lawa gila hang"

"Uish hang lagi lawa"

"Uish hang lawa macam neelopa dalam drama Suri rumah tangga ke apa ntah"

"Wow Pandalela Rinong, eh bukan, Pamela Anderson!"

Dahlia memandang Peah yang bercakap sendirian dihadapan cermin, bergaya dengan bermacam jenis baju.

"Kau puji sapa? Saka?", soal Dahlia. Peah yang tadi sedang asyik meliuk-liuk dihadapan cermin memandang Dahlia.

"Aku puji diri sendiri la. Aku nak harap hang puji. Takkan terjadi. Aku pun taknak orang hodoh dan bermuka badak air macam hang puji aku", balas Peah. Dia kembali meliuk-liuk umpama lintah bulan didepan cermin. Dahlia hanya menggeleng kepala, dia kembali menjahit bajunya.

"Erm Dahdak, baju ni lawa tak?", soal Peah. Dahlia memandang Peah yang sedang berbaring menggiring menghadapnya sambil menyilangkan kakinya dan mengangkat tangan isyarat rock dilangit. Peah memakai baju tube hijau dengan miniskirt jeans pangkal peha. Dahlia mendekati Peah sambil tersenyum, Peah hanya tersenyum memandang Dahlia. Tiba-tiba Dahlia mengangkat kaki kanannya dan memijak Peah bertalu-talu.

"MAMPUIH KAU SETAN! PERGI KAU DARI DUNIA YANG FANA INI! KEMBALILAH KAU KE NERAKA! WATDEHEL WATDEHEL GO DIE BIJ! MENGHITUNG MENUNGGU MATI AGAR KAU JUMPA YANG DINANTI!, laung Dahlia kuat sambil memijak Peah seperti gajah naik minyak. Gajah naik minyak, minyak naik harga! Hahahahahahahahahahhaha dem.

"Dah dah, hang pehei, senget dah peranakan aku! Kalau aku mandul macamana? Terpaksa aku amik anak tabung haji",marah Peah. Dia menarik skirtnya yang jatuh hingga ke lutut. Nafas Dahlia naik turun.

"Mak aku kata siapa yang pakai seksi-seksi ni macam setan. Setan yang kena halau dari neraka. Aku pantang nampak setan ni, apa lagi kalau setan tu berkeliaran dalam bilik aku, lagi satu anak tabung haji kepala bana kau, tabung uji. Yang nyanyi lagu aya tu. Uji Rashid", kata Dahlia. Peah mengangkat jari tengah tepat ke muka Dahlia hingga terbenam ke wajahnya Dahlia.

"Sembang taik, padahal hang jeles hang takboleh pakai miniskirt kan, muat sebelah peha je kan! Hahahahaha! Lupa badak air mana pakai miniskirt!", balas Peah. Tangannya dicantum dua dan dibuka tutup seperti mulut badak air. Dahlia menolak tangan Peah dan menyambung jahitannya. Peah hanya menjeling ke arah Dahlia. Peah menbuka tubenya dan diganti dengan top paras pusat. Dahlia pelik bagaimana Peah boleh membawa baju keberet seperti itu ke asrama.

"Aku pakai baju ni la pergi bilik Katrina, seksi sikit. Boleh saing-saing deme", kata Peah. Dia memakai top paras pusat dengan tutu berwarna hijau. Dahlia menggeleng kepala, dia terfikir untuk menolak Peah dilongkang utama aspuri nanti.

"Ermm, hang pakai baju apa Dahlia?", tanya Peah. Dahlia mengangkat baju dalam jahitannya. Peah memegang kedua-dua belah pipinya.

"Gosh! Dahlia? Ni baju apa? Baju ke kain batik lepas orang meninggal ni? Malunya Dahlia! Dah macam bidan je!"

Dahlia menggengam penumbuknya. Mahu saja ditumbuknya muka Peah sehingga senget. Dia mengemaskan jahitannya dan segera mencuba bajunya. Peah hanya memerhati.

"Okay tak?",tanya Dahlia. Peah hanya mengangguk sambil menunjukkan tanda good.

"macam badak pakai batik"

"apa?", soal Dahlia. Peah hanya menggeleng kepalanya. Risau dia dipijak Dahlia seperti tadi. Mahu tercabut buah pinggangnya nanti. Dia baru sahaja terfikir mahu menjual buah pinggang untuk membeli iphone 7 kelak.

"Baik beli Oppo F1, boleh jadi Nora Danish. Boleh pi honeymoon dengan Bosned walaupun tak nikah. Huhu", Dahlia tiba-tiba bersuara. Peah memandang Dahlia pelik. Memang benar Dahlia mempunyai superpower yang membolehkan Dahlia membaca fikiran orang lain. Mungkin Dahlia bukan manusia, mungkin dia sebenarnya robocop ataupun gaban merah. Tidak pun, dia saka yang terlepas dari botol kicap.

"Dahlah jom gerak, budak muka Eman Manan tu kata pukul 8 kan, jom",kata Dahlia. Peah hanya mengangguk. Peah segera mencarik tudung untuk dipakai.

"Kau nak pakai tudung dengan baju macamtu?", kata Dahlia. Peah hanya mengangguk.

"Mak aku kata rambut tu aurat. Mana boleh tayang kat orang", balas Peah innocent.

"Aku rasa mak kau dengan kau dua-dua otak separuh gamaknya", balas Dahlia.

"eh, jiran pun kata macamtu, rasanya betul la kot. Err kalau otak separuh tu, kira pandai ke ?", soal Peah. Dia melilit pashimina cantik-cantik dikepalanya.

"Pandai la kot. Boleh jadi menteri .Malaysia memang perlukan orang macam kau jadi menteri. Tahniah", kata Dahlia. Airmatanya mengalir. Tahniah Peah.

"Dah jom gerak"

"Peah kau rasa dia ada hidang ketupat palas tak?", tanya Dahlia tiba-tiba.

Peah memegang dagunya.

"Ada kot, aku rasa bukan setakat ketupat palas, nasi impit, rendang ayam, lemang, meriam buluh, mercun katak, mercun tunderclap, muruku, peti ais, lori sampah dbkl, minyak yuyi cap limau, minyak masak, gambar puteri umno semua mesti ada", balas Peah bersemangat waja, putih mu bersih budi pekerti

"Uish, tak sabarnya. Jom kita pergi cepat", baru sahaja Dahlia mahu berlari, tiba-tiba ada suara menegur.

"Woi!", Katrina mencekak pinggangnya yang ramping. Dia mencerlung tajam ke arah Dahlia dan Peah.

"Kita otw nak pi bilik hang",kata Peah. Katrina mengangkat kening

"Bilik aku?"

Dahlia dan Peah mengangguk.

"Kan kau ada buat makan-makan ketupat palas puteri umno semua ada", tanya Dahlia.

"Itu bulan lepaslah, ni mesti budak muka jantan tu pedajal korang. Aku buat pun ajak budak hot je, takkan nak ajak budak muka badak air dengan muka lutut melecet macam korang ni! Ohmenji!"

Peah memandang Dahlia. Dahlia memandang Peah. Perlahan-lahan sorot wajah mereka dizoom umpama sinetron.

"MURNIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!"

GRASAWhere stories live. Discover now