BAB 6

265 16 0
                                    

Aku bangun awal pagi ni.Sejujurnya aku memang tak boleh tidur semalam.Aku tak habis memikir soal kejadian semalam.Aku tak sangka Iz sanggup buat macam tu.Siap lah kau Iz!.Aku tak akan lepaskan sesiapa yang berani ganggu aku.Orang yang berani ganggu aku,orang itulah yang akan aku cari sampai lubang cacing."Kau akan terima balasan kau!Aku akan buat kau ingat hari ini untuk selamanya!" Aku bermonolog sendirian menggengam azam untuk menjatuhkan Iz hari ini.

♡♡♡♡

Hari ni Ica asyik berkepit je dengan aku.Macam ni la baru kawan.Susah senang bersama."Ica..aku nak bagi tahu kau something ni." "Apa dia?" "Pasal Iz tu kan..tak kan la aku nak biarkan je.Aku kena buat sesuatu biar dia menyesal seumur hidup." Aku mencuba memberitahu Ica tentang plan aku. "Aku pun ada plan yang sama juga.Tapi aku takut nak cerita kat ko.Nanti ko marah aku.Sekepala kan kita ni?" Kami berdua tertawa seketika.Ica menyambung perbualan kami."Ko nak buat apa?aku akan sokong kau!biar dia rasa sikit." "Apa kata kalau kita bagi tahu cikgu Sham yang Iz tu hisap rokok.Confirm dia kena gantung sekolah.Briliant tak cadangan aku ni?" "Kau memang terbaik!Aku pun rasa ini cara terbaik nak ajar si Iz tu." Aku bangun dari tempat duduk kami di pondok.Pondok ni memang dah jadi tempat aku dengan Ica lepak."Jom!" "Jom ke mana?" Ica masih terpinga-pinga dengan ajakan aku."Hissh ko ni kan! Tadi kan ko dah setuju dengan plan tu.So what we waiting for? Jomlah jumpa cikgu Sham!" "Owh..hah jom!" Ica baru faham maksud ajakan aku.Kami berdua bergerak ke bilik disiplin meninggalkan pondok.

♡♡♡♡

Kelas kami menumpukan sepenuh perhatian subjek addMath.Bukan sahaja rupa cikgunya yang cantik,cara dia mengajar pun cantik.Siapa tak kenal cikgu kecil molek ni.Cikgu Shayla.Nama ala-ala jenama syampu.Apa nama syampu tu? Hah! Syampu Safishayla.Tiada batasan,serlahkan diri.Sedang asyik kami semua tekun belajar,time-time ni juga la nak buat announcement.Haaish..kacau je!

"Perhatian kepada pelajar yang bernama Iz Ammar bin Hj Mohd Idham dari kelas 5 Akaun,diminta melaporkan diri di bilik disiplin sekarang."

Aku dan Ica ketawa sebaik sahaja announcement itu berakhir.Gembira bukan kepalang lagi kami berdua.Ica mencuit aku."Padan muka!" Akhirnya rancangan aku berjaya."Biar dia kenal,siapa aku sebenarnya!" Aku membalas.Kau jangan ingat yang kau hebat Iz.Hari ini,adalah hari yang akan kau ingat untuk selamanya.

♡♡♡♡
*di bilik disiplin

Iz membuka pintu bilik disiplin perlahan-lahan.Iz memberikan salam sebelum duduk dengan penuh sopan"Assalamualaikum cikgu." "Waalaikummussalam.Duduk!".
Amboi,bengisnya."Ada apa cikgu panggil saya?" terketar-ketar Iz bertanya.Kaki ni rasa macam nak nak tercabut dah! "Saya tak nak cakap panjang.Saya terus straight to the point! Kamu Iz memang dah melampau.Saya jatuhkan hukuman gantung selama seminggu bermula minggu hadapan! Faham?!". Tegas mengalahkan tentera berkawad."Cikgu,kenapa saya kena gantung sekolah?" Iz sebenarnya masih tak faham apa situasi yang dialaminya sekarang."Kamu tanya saya kenapa? Yang kamu pergi menghisap rokok tu kenapa?! Kamu tahu kan peraturan sekolah tentang penghisapan rokok ni?!" Iz mengiyakan pernyataan cikgu Sham."Nasib baik si Ausha dengan Marissa tu inform dekat saya.Kalau tak saya tak tahu apa yang terjadi selama ni!" Sambung cikgu Sham lagi."Cikgu..saya tak pernah sentuh benda tu cikgu.Sumpah cikgu!Saya tak hisap rokok.Saya difitnah cikgu!" Wajah Ausha dan Marissa bermain di fikirannya."Aku tahu ini kerja korang!Hari ini mungkin hari korang tapi hari tak selalunya cerah! Aku akan balas perbuatan korang." Iz bercakap sesama sendiri.Menahan kemarahan."Saya tak kira,minggu depan awak digantung!" Tamparan dugaan yang begitu hebat untuk Iz.

♡♡♡♡

Aku dengan Ica berjalan ke pondok.Nak buat study group.Asyik tertunggak je.Satu-satu masalah timbul.Hari ni baru lah kitaorang dapat belajar dengan aman.Tiba-tiba.."Ausha!Marissa!".Terkejut kami berdua dibuatnya.Menjerit panggil nama kami bagai nak runtuh langit.Beg aku ditarik ke belakang.Sengal betul mamat ni!
"Apa yang kau buat dekat aku hah?!Kau jangan ingat yang kau boleh terlepas!Aku akan buat hidup kau sengsara!" Aku menarik rambutnya.Iz mengadu kesakitan."Kau jangan fikir yang aku akan biarkan je tentang apa yang kau buat dekat aku semalam!Inilah padahnya kalau cari maut dengan aku! This is what we say revenge!" Aku melepaskan rambut Iz dengan kasar.Tanganku pantas menarik lengan Ica ke pondok.Iz sudah kami tinggalkan mengadu kesakitan.Study group kami berjalan dengar lancar.Seminggu kami bebas dari mamat sewel tu.Aku dan Ica meraikan ketiadaan Iz itu selama seminggu dengan roti massimo.Itu je yang kami berdua ada.Roti pun roti la..

Suratan Terakhir Buat ImamkuWhere stories live. Discover now