"Aku terima nikahnya,Nur Daria Ausha bt.Hj Hirzi dengan mas kahwin RM 1200 tunai." Dengan sekali lafaz aku sudah bergelar isteri Iz.Tenang Iz melafazkannya.Ya Allah..aku tak sangka bahawa aku sudah berstatus isteri.Kenapa dengan musuh aku sendiri? "Ayah..Ausha tak nak kahwin dengan Iz ayah." Aku merayu kepada ayah.Semua ini terlalu cepat bagiku."Ausha." Aku memandang wajah tenang ayah."Ausha tak boleh cakap macam tu..Iz tu kan dah jadi suami Ausha." Aku mengalihkan pandanganku ke muka mak."Mak.." "Ausha..mak nak Ausha sedar apa status Ausha sekarang ni.Ausha isteri sah kepada Iz.Ausha kena terima dia." Aku terperangkap.Ya Allah..Kau bantulah hambaMu ini."Ausha benci dia!" Semua memandang ke arah aku.Terhambur perasaan aku di saat ini.Aku dah tak tahan lagi."
"Ausha!Ausha!".Suara mak mematikan mimpiku.Terus aku terjaga dari tidur.Mimpi tadi..apa maksud mimpi tu?kenapa Iz tu yang jadi suami aku?mungkin sebab semalam kut.Abang la ni pergi cakap mula-mula benci,lama-lama sayang.Abang ni kan!Tapi...haish malaslah aku fikirkannya.Aku terus bangun mengemas tempat tidur dan terus mencapai tuala.
♡♡♡♡
Sebelum tunggu cikgu kimia masuk,aku membuka buku kimia terlebih.Study sikit.Fikiran aku masih teringat dengan mimpi tadi.Aku rasa pelik la dengan mimpi tu."Ica.." Ica masih menelaah buku kimia."Ica!" Kali ini aku panggil Ica kuat sikit."Kau nak apa?Kacau lah.Aku nak baca buku ni.Hah ada ape?!" "Issh kau ni kan..itu pun marah.Aku..aku.." Alamak kenapa gagap ni? "Kau ni kenapa?kena sampuk dengan jin mana pagi-pagi ni?nak cakap pun tergagap-gagap.Kau nak aku jolok anak tekak kau tu ke baru boleh cakap?" "Kau ni Ica..aku sebenarnya.." "Sebenarnya apa?!" "Aku mimpi yang aku kahwin dengan Iz." "Kau mimpi kahwin dengan Iz?Kau ambil wudhuk tak sebelum tidur?" Aku mengangguk."Alaa..kau ni mimpi tu kan mainan tidur.Tak ada nya kau kahwin dengan Iz tu.Kau tak payah fikir la tentang teori 'Proffesor tunggang terbalik' tu.Bohong belaka!Dah..sekarang ni kau jangan fikir pasal benda tu dah.Kan kita nak SPM?.Dah la..ok?" "Ok..thanks Ica" "My pleasure"
♡♡♡♡
"Lamanya dia ni pergi tandas.Pergi 'melepas' ke baru nak 'proses'." Getus hatiku.Aku dengan Ica ada study group sekarang ni."Hai Ausha.." gediknya mamat ni.Senyum sampai ke belakang.Masa bila mamat kerek ni muncul?macam hantu.Tiba-tiba muncul!terkejut aku dibuatnya."Kau ni nak apa hah!Tepi lah!habis tersebar virus 'kurang ajar' kau tu kat aku.!Sanalah!" Aku menolak bahunya.Tetapi berjaya ditahannya."Aku nak.." matanya memandang tepat mataku.Ya Allah..selamatkanlah aku."Kau nak apa hah!Sewel!" Aku cuba menggertaknya "Aku nak kau,Ausha.." Senyumannya..hah!aku kembali ke alam nyata."Ausha.." Dia memanggil namaku."Ausha.." mukanya semakin mendekati wajahku."Ahhh!!" Saat ini hanya menjerit meminta pertolongan bantu aku.
"Ausha.." Laju kaki Ica berlari ke arahku."Iz!" Tanpa berfikir panjang,buku lima Ica kini sudah berada di pipi Iz."Hoi! Apa kau buat ni hah!nak calarkan harga diri Ausha?!Kau ni memang manusia binatang!" Aku dah tak tahu apa yang perlu aku lakukan ketika ini.Hanya air mata mampu aku mengalirkan."Aku tak ada sikit pun la nafsu dekat kawan kau tu! Pandang dia pun aku jijik la! Aku nak tengok sama ada dia ni mampu tak lawan aku lagi!".Iz pergi dengan senyuman sinisnya."Ausha..dah ko jangan nangis lagi.Aku kan ada.Aku akan jaga kau." Aku memeluk erat Ica.Study group kami cancel.Ica menyuruhku pulang ke rumah.Tenangkan fikiran.
♡♡♡♡
"Adik..kenapa ni? Adik ada masalah ke? Cerita dekat abang." Abang terus menyoal aku sebaik sahaja pulang dari sekolah."Tak ada apa lah abang..Ausha penat sikit.Ausha naik atas dulu eh." Maaf abang,bukannya adik tak nak cerita.Tapi kejadian itu terlalu berat buat adik.
♡♡♡♡
Lagu Blank Space-Taylor Swift berdering meminta aku menjawab panggilan.
Aku: "Hello Ica.."Ica: "Ausha..kau pergi sekolah tak esok?dah la..hal tadi kau lupakan.Aku kan ada?"
Aku: "Mestilah aku pergi.Kan tinggal seminggu lagi nak exam.Mestilah aku datang sekolah esok.Aku dah lupakan hal petang tadi.Kau jangan risau la."
Ica: "Ok!aku tunggu kau esok.Good night.Assalamualaikum"
Aku: "Good night too..Waalaikumussalam."
YOU ARE READING
Suratan Terakhir Buat Imamku
RomanceCinta..semua mengatakan cinta itu akan kekal tetapi tidak kepada pasangan suami isteri yang dulu merupakan musuh masing-masing di alam persekolahan lalu dipaksa kahwin walau hati saling membenci antara satu sama lain. Sedikit demi sedikit..hari demi...