BAB 7

235 16 1
                                    

Hari ini abang Amri ambil aku dari sekolah selepas study group kami berakhir.Aku tumpangkan Ica sekali.Aku tengok muka Ica tersengih-sengih macam kera tengok abang aku.Mata dah tak toleh kemana dah.Duk asyik pandang abang aku.Tenung sedalam-dalamnya.Haish..minat betul dia tu dengan abang aku.Memang aku akui abang aku tu handsome orangnya.Siapa-siapa yang tengok mesti melting punyalah.Muka macam pelakon hollywood Logan Lerman.Kalau tengok mata abang Amri,cuaca yang panas sampai kering tekak ni boleh jadi redup.Mata abang berwarna biru laut.Jernih.Tambah-tambah lagi abang ada lesung pipit di sebelah kiri.Comel.Aku ni pun apa kurangnya.Muka aku seiras model hollywood.Bekas isteri Orlando Bloom,Miranda Kerr.Namanya memang nampak pelik sikit tapi mukanya comel.Ada lesung pipit kat dua-dua belah pipi."Hai abang." Aku menyapa abangku sebaik sahaja meluru masuk ke dalam kereta mewah ni.Kereta Audi hitam kesayangannya."Amboi..adik abang hari ni gembira bukan main lagi!Ada apa-apa ke story yang menarik kat sekolah?" Aku memandang abang.Abang ni kan macam tahu-tahu je kan ada exciting story."Abang..hari ni kan adik happy sangat.Do you remember about the boy that I had told you?" "Yes.I am still remember it.That boy you hate so much.Right?Kenapa dengan dia?" Abang menjawab soalanku sambil matanya fokus ke jalanraya. "Hari ni adik kenakan dia abang! I lied to the teacher that he is smoking.Serve him right!Dapat 'cuti' seminggu." Ketawa 'puntianak' Ica dengan aku mengilai.Tapi tak kepada abang Amri.Abang bersuara mematikan ketawa kami."Ausha,kenapa buat macam tu!Tak baik tahu tak!Hukum menfitnah tu apa?" Abang menyoal aku.Gaya dah macam Ustaz Kazim tanya soalan dalam ceramah kat TV. "Haram.Dosa besar." Aku bersuara perlahan.Ica cuma memerhati perbualan kami beradik.Agaknya dia pun sentap kut."Abang tak suka Ausha buat macam tu.Nak balas dendam pun biarlah dengan cara yang betul.Adik tu jangan rasa benci sangat kat dia tu.I just scare if it turn to love.Then after that,you know it." Abang Amri ketawa di hujung katanya.Lawak ke? Hati aku terlintas."Aku nak suka kat mamat tu?! Tolong lah.Nak hadap muka dia pun macam aku hadap lori sampah yang seminggu 4 kali datang kutip sampah kat rumah aku tu.Not my type!" Aku bersuara. "Okey abang..Lepas ni Ausha tak buat lagi dah." Abang meneruskan perjalanan ke rumah Ica dan seterusnya pulang ke rumah banglo 3 tingkat kami.

♡♡♡♡
*selepas kertas terakhir SPM berakhir :

"Yey!!Akhirnya habis juga SPM ni.Terangkat bahu aku ni Ica..Rasa ringan!" Aku bersorak gembira."Aku pun sama Ausha!Seronok gila dah habis SPM ni!" Hari ini..abang pulang ke UK semula..Rindu la nanti.

♡♡♡♡
Berdebar-debar hati ni.Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.Bertenang.Aku tengok Ica pun gelabah.Takut.Mana taknya.Hari ni ambil result SPM.Aku dan Ica tak putus-putus berdoa.

"Ica!Aku dapat straight A!" Waktu ini aku dah terloncat-loncat sampai ke langit.Seronok! "Aku pun dapat straight A!Kita dua sama!" Ica juga aku tengok tak ada bezanya dengan aku.Melompat sampai ke langit.Ya Allah..aku dah Ica bersujud syukur.Air mata kegembiraan mengalir dengan kelegaan.Alhamdulillah.. peperangan kami tak sia-sia."Ausha..nanti bila kau dapat masuk mana-mana U..ko bagitahu aku tau!" "Ye..mestilah aku bagitau ko!Kau kan kawan aku." Aku bercadang nak masuk UKM.Ambil medical.Ica pun bercadang nak masuk UKM juga.Tapi jurusan lain.Dia ambil enginering.

♡♡♡♡

"Pin..pin!" "Ausha..postman bagi surat tu.Ayah rasa surat reply permohonan UKM kamu tu." Ayah memanggil aku dari luar.Aduish..malasnya aku nak keluar ambil surat.Terpaksa aku tinggal sekejap cerita favourite aku.Drama yang menang Anugerah Skrin.Rindu Awak 200%.Aku pun keluar ambil surat dari peti surat."Bismillahirrahmanirrahim.." Baca bismillah dulu sebelum apa-apa jadi.

------------------------------------------------------
ASSALAMUALAIKUM
SAUDARI NUR DARIA AUSHA BT.HAJI HIRZI.

Dengan sukacitanya,pihak UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) , telah menerima permohonan anda.Anda diminta hadir ke UKM untuk pendaftaran pada:

Hari: Sabtu
Tarikh: 26 Mac 2016
Waktu: 9.30 a.m - 5.00 p.m
------------------------------------------------------

Terbeliak mata aku."Mak!Ayah! Ausha dapat!Alhamdulillah.." Aku menjerit seronok.Mak dan ayah terus mendapatkan diriku di pagar rumah."Ya Allah..aku bersyukur.Akhirnya termakbul juga doa mak." Aku tengok air mata jernih mak mula mengalir.Juga ayah."Ayah bangga dengan Ausha.Alhamdulillah." Kami tiga beranak menangis.Jiran pun tengok kami.Kat rumah Hj.Hirzi ni ada 'drama' sedih.Sempat pula aku melawak dalam hati.

♡♡♡♡

Aku hantar whatsapp la kat Ica.Kami dah berjanji untuk saling bagitahu kalau dapat surat reply dari UKM.

Aku: Ica aku dapat!Akhirnya aku dapat sambung kat UKM.

*cip..cip(bunyi anak burung) menandakan ada mesej whatsapp masuk.

Ica:Aku pun dapat weh! Seronoknya!Nanti kita belajar dalam satu U.

Aku:Kita sama-sama dapat.Harap-harap nanti kita duduk dalam satu dorm.

Ica:Amin..

Aku meminta izin mengundur diri dari Ica.Nak bagitahu abang Amri la berita ni.Drama favourite aku dah lupakan.Seronok lagi berita ni.Malam nanti la aku tengok kat Youtube.

Suratan Terakhir Buat ImamkuWhere stories live. Discover now