Aku mengeliat. Terasa penat badan ni walaupun hanya duduk bersandar di dalam kapal terbang selama berjam jam. Aku melihat ke tingkap . "Indahnya pemandangan dari atas ni. Besar sungguh kuasaMu. SubhanaAllah" . Aku mengagumi kebesaran Yang Maha Esa di dalam hati kecilku.
Pandangan ku beralih ke Izz yang masih lagi lena di kerusi sebelahku. Kepalanya sampai tersengguk. Kasihan pula aku melihatnya. Kalau dibiarkan, mesti tengkuknya sakit. Aku kembali sandar ke kerusi dan meletakkan kepalanya di bahu kananku. Rambutnya aku usap perlahan. Entah kenapa aku rasa selesa dengan perbuatan aku sekarang ini. Izz sedikit mengeliat. Comel. Dan aku tersenyum tanpa sengaja.
Udara segar waktu pagi di bumi Jepun aku hirup. Nyaman. Hujan renyai yang turun menambahkan lagi ketenangan.
"Kenapa aku selesa tengok kau macam ni. Kenapa aku rasa diri aku dijaga , dilindungi?"
Namun persoalan itu, aku diamkan sahaja. Biar lah aku berbalah sesama hati sendiri
Izz sedikit bergerak. Aku dapat dengar suara mengeliatnya. Aku pun mengalihkan pandanganku ke tingkap semula.
"Kesian awak, mengantuk ye"
Dan aku senyum di dalam hati
YOU ARE READING
Suratan Terakhir Buat Imamku
عاطفيةCinta..semua mengatakan cinta itu akan kekal tetapi tidak kepada pasangan suami isteri yang dulu merupakan musuh masing-masing di alam persekolahan lalu dipaksa kahwin walau hati saling membenci antara satu sama lain. Sedikit demi sedikit..hari demi...