BAB 11

208 16 0
                                    

AUSHA:
"Aku terima nikahnya,Nur Daria Ausha bt Hj. Hirzi dengan mas kahwin RM 1200 tunai." Dengan sekali lafaz aku sudah bergelar isteri Iz.Tenang Iz melafaznya.
Ya Allah..aku tak sangka bahawa aku sudah berstatus isteri.
Kenapa dengan musuh aku sendiri? "Ayah..Ausha tak nak kahwin dengan Iz ayah."
Aku merayu kepada ayah.Semua ini terlalu cepat bagiku. "Ausha." Aku memandang wajah tenang ayah. "Ausha tak boleh cakap macam tu..Iz tu kan dah jadi suami Ausha." Aku mengalihkan pandanganku ke muka mak. "Mak.." "Ausha..mak nak Ausha sedar apa status Ausha sekarang ni.Ausha isteri sah kepada Iz.
Ausha kena terima dia."
Aku terperangkap.Ya Allah..Kau bantulah hambaMu ini.
"Ausha benci dia!" Semua memandang ke arah aku.Suara jeritan aku mampu memecahkan suasana di masjid ketika ini.
Terhambur perasaan aku di saat ini.Aku dah tak tahan lagi.

Aku terjaga.Terus aku melihat jam di sebelah katilku.Jarum menunjukkan pukul 3 pagi.
Mulutku cepat-cepat beristighfar.
Ya Allah mimpi itu lagi.Mimpi yang sama berulang.Hati aku tak sedap dengan mimpi ini.Aku cuba tenang. "Mungkin ini gangguan syaitan.Mimpi tu kan mainan tidur."
Aku menyedapkan hati aku yang tidak keruan ini.Aku mengubah posisi tidur dan cuba melelapkan mata.

IZ:
"Muhd Iz Ammar bin Hj. Kamil,
aku nikahkan dikau dengan Nur Daria Ausha bt Hj. Hirzi dengan mas kahwin sejumlah RM 1200."

"Aku terima nikahnya,Nur Daria Ausha bt Hj. Hirzi dengan mas kahwin RM 1200 tunai." Tenang aku melafazkan akad nikah.
Dengan sekali lafaz,secara sah Ausha menjadi isteriku.Aku dan dia kini suami isteri.Fikiranku bercampur-aduk.Aku tidak memahami situasi yang berlaku ketika ini.Aku melihat Ausha menangis.Mohon simpati orang tuanya agar dilepaskan dia dari aku.Aku.."

"Astagfirullah hala'zim!"
Mataku terbuka luas.Mimpi itu memberikan aku kejutan yang tak terkata. "Apa maksud mimpi tu? Kenapa aku kahwin dengan perempuan gila tu? Kenapa aku merasakan yang mimpi itu benar-benar berlaku?
Aku mencari-cari jawapan. Memikirkan maksud di sebalik mimpi itu.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menganggapnya sebagai mainan tidur.Aku melelapkan mata dan menyambung lenaku.

♡♡♡♡

Awal aku bangun hari ni.Aku bingkas turun dari katil mengambil tudung.Aku melangkahkan kakiku menuju ke bilik air.Ambil wudhuk.Kakiku sudah pulih.Rasa sakit-sakit kian hilang.Alhamdulillah.

Solat subuh pagi ini,kami berimamkan Iz.Setelah selesai mengambil sarapan,aku mengatur langkahku ke sungai.
Atok dah berjanji untuk membawa aku ke sana.Dah lama tak memancing ni.Mood ceria aku bertukar bila dapat tahu bahawa Iz akan ikut serta sekali.
Baru aku nak meluangkan masa bersama atok.Penyibuk! Kami meredah masuk hutan dahulu sebelum menuju ke sungai.Atok berjalan di depan,manakala Iz dibelakangku.Mataku fokus memerhati pacat.Aku memang geli dengan pacat.Tambah-tambah lagi semalam hujan lebat.Lagi la banyak pacat naik darat.Geli!

Kakiku terasa gatal.Aku menggaru kaki.Eh..Kenapa rasa lembik-lembik ni?! Hati aku tak duduk senang.Aku takut benda yang aku picit-picit ni pacat.Aku menyelak bahagian kaki seluarku.Alamak..! Oh tidak!

"Aahhh!" Suara bingit aku mampu menjatuhkan semua pokok di hutan ni.Atok dan Iz yang berjalan di depan memandang aku.
" Kenapa Cha?" Atuk menanya aku.Mukanya kelihatan tenang.Mungkin dapat mengagak keadaanku. "Pacat kat kaki Cha.!" "Ala..Cha ni picit pacat tu buang.Kan senang.?" Atok berlalu dengan katanya.Ketawa atok jelas kedengaran.Iz datang menghampiri aku. "Buang je la pacat tu! Lagi kau biar lama,
gemuk la pacat tu nanti." Iz mengeluarkan arahan.Tawa Iz 'mengilai' di hujung katanya.
Mungkin kedengaran kelakar di telinganya. "Aku tak nak! Geli!" Aku memerhati pacat itu menghisap darah aku.Aahh! Aku menjerit di dalam hati. "Kau ni kalau lembik..baik tak payah ikut.Menyusahkan aku je!" Iz bersuara. "Suka hati kau je kan cakap aku lembik?! Kau tu yang sibuk ikut atok!" Ingat aku ni perempuan lembik ke?! Sorry naik lori la.Aku memang geli dengan pacat.Tangan Iz memegang kakiku membuang pacat.Darah aku mengalir keluar.
Walaupun aku belajar jurusan medical tapi,darah tetap aku takut! "Darah!" Aku menjerit melihat darahku yang mengalir. "Kau ni kan itu takut,ini takut.
Semuanya kau takut! Benda apa yang kau tak takut?! Tak sangka perempuan macam kau ni pengecut sebenarnya."
Iz membidas pedas katanya. "Aku bukannya.." Belum sempat aku menghabiskan ayatku,dia berlalu dari tempatku. "Nah daun ni! Kau hancur lumatkan daun ni lepas tu kau letak kat kaki kau tu!" Kata Iz sambil menjuihkan mulutnya ke arah kakiku. "Ye lah.Menyampah aku!"

Aku menyambungkan perjalananku ke sungai bersama Iz di depan.Aku mengikuti langkahnya sambil mataku ligat memerhati di setiap langkahku.
Takut digigit pacat lagi.
Sesampainya aku di sana,atok sudah kulihat meletakkan umpan di kail pancingnya.
"Dah buang pacat tu Cha?" Atok menegurku. "Dah atok." Atok mengalihkan pandangannya ke Iz. "Terima kasih Iz tolong Cha.Dia tu memang geli dengan pacat." "Tak ada apalah atok.Sama-sama." Kami bertiga mula memancing.Dalam tiga jam kami di sana,atok mengajak kami pulang.Alhamdulillah banyak ikan kami dapat hari ni.Balik ni nak suruh opah bakar lah ikan ni.Opah bakar sedap! Lunch hari ini menu ikan bakar.

♡♡♡♡

Selepas makan malam,kami semua diminta berkumpul di ruang tamu.Khabar siang tadi,
ada perkara penting yang nak disampaikan.Tanganku ligat menekan keyboard di phone.Cuti ni kalau aku layan Whatsapp pun best juga! Whatsapp grup UKM. Walaupun mata tak tengok orang disekeliling,telingaku memasang tajam setiap perbualan.

"Ayah ada satu perkara penting yang nak disampaikan" Ayah bersuara.Aku mengangguk.
Tanda aku dengar. "Kami semua dah sepakat untuk menjodohkan Ausha dengan Iz." Semua mengukirkan senyuman gembira.Tapi tidak kepada aku dan Iz.Ini mimpi ngeri!

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Mungkin agak mengarut kan bab ini? Keep vote sya.InsyaAllah sya akn cuba prbaiki kesilapan bahasa sya.Komenlah sya sekiranya ada idea atau cadangan.Kalau sesiapa yang baca ni rasa agak pening pun sila komen.Komen anda amat sya alukan.

MissInanz-07
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Suratan Terakhir Buat ImamkuWhere stories live. Discover now