AUSHA:
Suasana tempat itu indah.
Berkabus dingin.Cantiknya tempat ini.Berbunga-bunga.
Wangi.Eh siapa tu? Aku terlihat seseorang duduk menghadap tasik.Aku mengamati jejaka
itu.Cuba meneka dirinya.
Tetapi,sayang wajahnya aku tak nampak.Hanya pandangan dari belakang badannya sahaja.Aku kenal susup tubuh ini.Iz..itu Iz ke?Ya Allah..ya itu Iz.Iz Ammar itu adalah jodoh aku.Dia memang ditakdirkan sebagai suamiku.Aku pergi ke arah Iz. "Iz." Aku memanggilnya. Namun bayangan Iz semakin hilang dari pandanganku. "Iz!" Aku mengejar Iz.
"Iz!" Aku memanggilnya.Air mataku mengalir.
------------------------------------------------------"Iz!"
"Cha..bangun Cha.Dah nak habis waktu subuh ni." Aku terjaga.Mimpi itu jawapannya.
"Cha..kenapa ni? Jerit-jerit nama Iz.Sampai menangis-nangis ni.
Kenapa?" Opah mengejut aku bangun.Aku memandangnya.
"Tak ada apalah opah.Opah..
pasal Cha jerit panggil Iz tu,
rahsia kita dua eh?"
Aku berharap tiada lagi soalan dari mulutnya.Opah mengambil tempat duduk di sebelahku.
Lembut tangannya mengusap rambutku. "Ok..opah rahsiakan.
Dah cepat bangun.Subuh dah nak habis ni." "Ok!" Aku bangun bergerak mengambil wudhuk.IZ:
Aku dekat mana ni? Tenangnya tempat ini.Cantik.Aku mengambil tempat di kerusi rehat.Aku masih menikmati tempat itu.Indah ciptaanNya.Aku terlihat seseorang lalu di sebalik pokok itu.Kepalaku cepat berpaling ke arah perempuan tersebut.Hati aku tergerak untuk mencari perempuan itu.Manis wajahnya. "Ausha." Nama itu terpancul dari mulutku. Itu Ausha ke? Aku terus mengejarnya.Ya betul! Itu Ausha.Dia ditakdirkan menjadi jodohku.Menjadi isteriku.
Semakin aku cuba mengejarnya,
semakin hilang dirinya.
"Ausha!"
------------------------------------------------------"Iz.Kenapa Iz ni? Ibu dengar dari tadi Iz jerit memanggil Ausha." Ya Allah.Mimpi itu petunjuk masalahku.
"Ibu." Aku terkejut melihat ibu.
"Iz,Iz" Ibu mengelingkan kepalanya. "Dah Iz.Bangun.
Subuh nak dekat habis waktu." "Ibu..hah okey Iz pergi ambil wudhuk dulu."♡♡♡♡
AUSHA:
Terkocoh-kocoh aku berjalan masuk ke bilik.Lebih kurang tinggal 15 minit je lagi nak habis waktu subuh.Aku hampir terlanggar Iz sewaktu berjalan melalui biliknya.Aku memandang wajah Iz.Iz juga memandangku.Aku teringat mimpi itu.Di hadapan aku ini ialah bakal suamiku.Jodoh untukku.IZ:
Aku memandang Ausha.Aku melihat wajahnya.Cantiknya.
Di hadapan aku ini adalah jodoh aku.Jodoh istikharah aku.Baru aku sedar,Ausha mempunyai wajah yang cantik.Lesung pipit di kedua-dua belah pipinya jelas kelihatan.Comel.Matanya warna kebiruan laut.Sejuk mata aku memandangnya.AUSHA:
Kenapa Iz ni? Asyik tengok muka aku je dari tadi.Pelik ke muka aku ni? Aku rasa tak.Muka aku pun macam model hollywood tau!.Haish..tak boleh ni! Kalau tengok orang yang bukan muhrim kita lama-lama boleh mengundang zina.Aku terus melangkah kaki ke bilik.IZ:
Terleka aku memandangnya.Iz! Kau dah jatuh cinta dengan dia ke? Subuh dah nak habis waktu.
Aku tak solat lagi.Syaitan ini terus menggoda aku menenung Ausha.Ausha bergerak menuju ke biliknya.Aku menoleh melihat Ausha.Dia adalah jodohku.Aku sedar dari dilema ini.Aku tak solat lagi! Aku terus bergerak mengambil wudhuk.♡♡♡♡
Kaum adam pergi surau.Solat zohor berjemaah.Kaum hawa pula tinggal kat rumah.Solat sendiri-sendiri.Lepas solat ni,aku nak call Ica la.
Aku: Assalamualaikum..sihat?
Ica: Waalaikummussalam..aku sihat.Kau sihat ke? Aku dengar suara kau macam tak okey je.
Kenapa ni? Cerita la..pasal Iz lagi eh?Aku: Kalau aku bagitahu kau ni..kau jangan terkejut tau! Kalau aku dengar kau gelak pun aku sekeh kepala kau!
Ica: Ok..aku try.
Aku: Aku kena paksa kahwin dengan Iz.Aku tak nak.Tapi aku tak nak jadi anak derhaka.Aku minta kat parents aku supaya bagi aku masa sebulan.Aku nak fikir dulu pasal kahwin-kahwin ni bagai.Aku buat solat istikharah.
Ica: Hah! Kau kena kahwin dengan Iz.Hahahaha..lawak laa.Maknanya betul la teori 'prof.tunggang terbalik' tu.Boleh pakai juga eh?!Tak sangka betul.
Sakit perut aku gelak.Kau buat solat istikharah? Dapat jawapan dia?Aku: Kau ni! Kan aku cakap jangan gelak terkejut pun tak boleh!Aku dapat..Iz jodoh aku.
Ica: Ya Allah! Ausha kau kena terima dia walau apa sekali pun.
Tahu tak?! Dia tu bakal jadi husband kau.Aku tumpang gembira.Bila nikahnya?Aku: Ica!!
Ica: Kenapa? Aku betul ni! Bila kau nikah?
Aku: Haaish kau ni.Kau terlebih excited ni kenapa? Aku pun tak se-excited kau! Maybe next month kot.Aku tak sedia la lagi.
Ica: Mestilah aku excited! Kawan aku nak kahwin.Aku pun baru je tunang.Kau terus kahwin.Aku akan doakan yang terbaik untuk kau.Hahahaha..InsyaAllah Iz itu akan jaga kau.Tapi..kau kena cuba buka hati untuk dia.Kau tak boleh mengharap menunggu cinta Naufal.
*Gelak tak habis-habis lagi dia ni.
Aku: Hati aku semuanya aku serahkan untuk Naufal.Aku cintakan Naufal.Entah la..tapi kalau sekiranya hati aku masih ada untuk Naufal macam mana?
Ica: Seorang isteri tak boleh mencintai orang lain selain suaminya.Kau nak jadi isteri yang dilaknat? Hukumnya dosa besar Ausha.
Aku: Aku cuba.Thanks for your advices.Thanks for let me your ear.I will try.I try to love him.Love him just like I love Naufal.
Ica: I know you can.Believe me that Iz can make you smile.Love you for the rest of his life.Kau kena sabar kawal perasaan marah kau kat Iz.Got to go now.Bye. Aku doakan yang terbaik untuk kau
Aku: InsyaAllah. Bye.
♡♡♡♡
Kami solat maghrib berimamkan ayah.Hari ini adalah hari terakhir kami di kampung ini.Pagi esok kami semua gerak balik rumah masing-masing.
Dugaan yang datang di kampung ini memang membuat aku hampir mengalah.Iz,aku cuba untuk menerima kau.♡♡♡♡
IZ: Aku tak boleh melelapkan mata.Mimpi itu jawapan kepada masalah aku.Ausha..maafkan aku sekiranya hati aku ini tak dapat kau miliki.Rania masih wanita yang aku cintai.Memang Rania tinggalkan aku.Rania sanggup memilih orang lain.Aku dapat tahu bahawa Rania hanya couple denganku atas sebab duit.Tapi..hati aku ini tetap padanya.Ausha,aku rela jadi suami kau jika itu takdir aku.
Tapi cinta tak boleh dipaksa.Aku akan cuba mencintai kau.Wajah Ausha bermain di mataku.AUSHA:
Iz..kenapa kau yang ditakdirkan untukku? Kenapa bukan Naufal?
Hati ini tak mudah untuk diserahkan kepada kau.Aku tak cinta kau.Cinta aku hanya pada Naufal. Maaf Iz.Mungkin tittle aku sebagai isteri kau sahaja.
Cukup sekadar itu..Aku perlukan masa untuk belajar mencintai kau.Maaf Iz.Aku tidur dengan air mata yang terus mengalir.
Dugaan apakah ini?¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Setakat ini..cerita dia ok tak?
Ini first time sya create novel.Ayat pun macam budak tadika.Kalau ada sebarang kekeliruan bolehlah komen sya.Tunjuk ajar anda amat sya hargai. :)MissInanz-07
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
YOU ARE READING
Suratan Terakhir Buat Imamku
RomantizmCinta..semua mengatakan cinta itu akan kekal tetapi tidak kepada pasangan suami isteri yang dulu merupakan musuh masing-masing di alam persekolahan lalu dipaksa kahwin walau hati saling membenci antara satu sama lain. Sedikit demi sedikit..hari demi...