BAB 10

234 16 5
                                    

Selepas sarapan,kami semua bergerak ke dusun.Tak lupa juga untuk membawa bakul.Nak penuhkan dengan buah rambutan.

Di dusun,mereka seperti membiarkan aku dengan Iz mengait buah rambutan manakala yang lain memetik buah manggis.Mahu tak mahu aku terpaksa akur dengan arahan Ayah Mil.Aku berpura-pura tenang sahaja menerima arahan Ayah Mil,padahal di dalam hati ini mahu sahaja aku membantah.Tak nak la aku duduk dekat-dekat dengan dia.Nanti aku pula yang jadi sewel.Niat untuk lari daripada 'drama king' terbantut lagi.

"Sana sikit! Dekat-dekat dengan aku.Jijik tau tak?!"
Iz memulakan pergaduhan ketika kami berjalan menuju ke pokok rambutan. "Geramnya aku! Dia ingat dia tu imam muda ke yang aku nak dekat-dekat.Kalau ya dia ni imam muda tak pe juga!"
Bentak hati aku yang panas ni.Matahari yang memancar ni pun seperti memahami perasaan aku . "Aku pun tak kuasalah nak jalan berhimpit-himpit dengan kau!Perasan!" Luah perasaan aku.Aku berjalan ke hadapan meninggalkan Iz di belakang. "Jalan lembab macam motor tengah nazak!" Aku mengomel keseorangan.

Aku tidak mengait buah sebaliknya Iz yang kait.Aku tukang kutip je.Buah rambutan yang jatuh bersama tangkai kukutip.Sebiji sudah berada di dalam mulutku. "Tak adillah kalau aku sorang je penat-penat kait,kau seronok makan kat bawah!" Laung Iz bila melihat aku sesuka hati mengunyah buah rambutan.Iz turun.Lagaknya seperti tidak puas hati.

"Aku terliur sangat.Lagipun kan kerja kau kena kait buah rambutan.Sambil tunggu kau kait buah rambutan lembab macam kura-kura tu..baik aku makan dulu." Padan muka kau! Tu la siapa suruh lembab sangat.
Aku menyeringai ketawa.
"Apa gelak-gelak?Dah kena sampuk dengan hantu mana dalam dusun ni?!" Pedasnya bahasa..ini kalau aku sumbat cili dalam mulut,lagi berapi la kau! Dia mengutip buah-buah rambutan masuk ke dalam bakul. "Kau nak berapa banyak lagi? Aku dah penat la!" "Mestilah aku nak banyak lagi! Kau ni buat kerja sikit tu pun dah penat.Mengada!"
Entah kenapa,nasib aku malang hari ni.Semasa menghampiri galah yang disandarkan oleh Iz di pokok,kaki aku terseliuh terpesok ke dalam lubang kecil.Memang Iz sudah berpesan tadi.Tapi pada waktu tu aku cuma fikir buah rambutan je.Buat apa nak dengar orang dari hospital sakit jiwa cakap.
Nanti aku pula yang sakit.Sakit jiwa!

"Ausha." Aku mendengar Iz memanggil aku.Segera dia mendapatkan aku yang sedang menahan sakit ini. "Kau kenapa?" Aku menunjukkan lubang itu. "Kaki kau terseliuh ni." Matanya jatuh pada kakiku. "Kan aku dah pesan tadi.Kau tak nak dengar." Dia ketawa di hujung katanya.Mesti tengah gelakkan aku la tu.Sempat pula dia berceramah. "Aku tengah sakit la.Bukannya aku nak dengar ceramah sesat kau tu!" "Tak padan dengan sakit!" Mulut dia ni kan rasa macam nak jahit je.Senyap sikit! Ataupun aku kerat buang bagi kucing makan.

Dia menundukkan badannya.Aku pelik dengan tingkah lakunya. "Kau buat apa ni?" "Aku nak kendong kau la." Jawabnya selamba.
"Tak nak lah aku! Kau dengan aku bukan muhrim..mana boleh!Kau tak belajar eh kat sekolah? Tu lah dalam kelas tidur!" "Terserah la kau.Kalau kau nak duduk sini,kau duduklah sorang-sorang.Aku nak balik." "Ala..aku tak kisah la.
Lagipun nanti yang lain akan datang cari aku." "Yang lain semuanya dah balik la.Betul kau nak seorang kat tinggal sini?"
Terlompong mulutku mendengar pernyataan Iz. Hah! Ayah,mak kenapa tinggalkan Ausha.?
"Aku boleh balik jalan kaki sendiri la."
Aku cuba bangun.Sebaik sahaja melangkah satu tapak,aku terjatuh kembali.Cepat tangannya memaut tangan aku.Nasib baik ketika itu,dia berada berhampiran denganku.Segera aku menarik tanganku.
"Tu la kau..sombong sangat! Kan dah nak terjatuh? Nasib baik aku ada." "Eleh..perasan!"
Tanpa diduga aku sudah dikendong oleh dia. "Kau..!" Itu je ayat yang mampu aku keluarkan.
Aku sendiri terkejut dengan tindakannya.Aku hampir terjatuh dek kerana tidak berpaut tangan pada lehernya.
Mujur aku sempat memaut leher Iz.Kalau tak tanah la bakal 'sambut' aku.Dengan keadaan terpaksa aku memeluk leher Iz.Demi menjaga keselamatan diruku.

Baru hari ini aku dapat melihat wajahnya dari dekat.
"Ya Allah,manusia yang Engkau ciptakan di depan aku ni sempurna wajahnya.Kuyu sayu matanya.Tenang.Mukanya pun bebas dari jerawat.Kulit cerah.
Kening yang sudah terbentuk cantik.Kenapa selama ini aku tak perasan? Sungguh sempurna." Aku berbual sendiri.Meneliti wajahnya. "Ausha wake up! Siapa lelaki di depan kau ni?! Bukan ke kau benci dia ke?! Kenapa kau boleh cair dengan wajah dia?!" Aku kembali ke alam nyata. "Kenapa dengan aku ni? Lelaki yang ada di depan ini lah yang kau benci! Dia musuh kau!Selama-lamanya tetap musuh kau!" Hati aku semakin galak bermonolog.

Sampai sahaja di rumah semua orang melihat kami berdua. "Kendong-kendong dah macam drama korea Winter Sonata yang kamu selalu tengok.Romantik."
Mak ni..agak-agak la nak mengusik pun.Yang lain semua pakat ikut gelak.Apa yang lawaknya pun entahlah? "Kenapa dengan kaki Ausha?" Ayah pantas mendapatkanku.
Tawanya masih berbaki.
"Kaki Ausha.." Belum sempat aku bersuara,Iz menjawab bagi pihakku. "Kaki Ausha terseliuh Ayah Ir.Masuk dalam lubang.
Mata ada tak nak pakai!"
Sibuk je dia ni!Itu ayah aku la! "Bawa Ausha masuk dalam.Mana buahnya?" "Ada kat pokok rambutan.Tertinggal."
Aku menjawab soalan ayah. "La..kenapa ditinggalkan? Tak pe lah..nanti ayah ambil." Lembut tutur kata ayah.Iz meletakkan aku sofa di ruang tamu.Pintu rumah dibukanya.Takut orang kampung fikir bukan-bukan.
Lagipun semua orang ada di luar.Lepak dekat pondok.Iz berlalu ke dapur.

IZ:
"Iz kenapa dengan Ausha?" Ibu Niza bertanya anaknya. "Ausha jatuh tadi.Sebab tu la Iz kendong dia bawa balik rumah." Jawab Iz selamba sambil tangannya lincah mengetuk ketulan ais dan mengambil kain bersih.Ibu Niza mengukirkan senyuman.Iz pelik dengan senyuman ibunya. "Ibu..ibu tuamkanlah kaki Ausha tu.Iz malas la.Belakang Iz ni dah sakit tau." Iz memberikan ibunya kain bersih bersama ketulan ais. "Kamu tuamlah kaki dia.Ibu ada banyak kerja la kat belakang tu.Nanti ibu dengan Acik Lina tengok-tengok kan dia." "Okey..la"
Iz jawab acuh tak acuh.Aku?Nak tolong dia? Memang tak lah!
------------------------------------------------------

"Nah!Kau tuamlah kaki kau sendiri! Penat aku kendong kau! Sakit tau tak belakang aku ni!" Bengis Iz.Aku mengambilnya dari Iz.Kasar.Aku menuam kaki aku. "Aku pun tak nak lah kau tuam kaki aku! Nanti kalau kau tuam,lagi bertambah lah sakit kaki ni.Ingat aku nak sangat je pertolongan dia tu.Mimpi lah!" Amarah aku semakin membara di dalam hati. "Iz! Bukan ke tadi ibu suruh kamu tuam kaki dia.
Ausha tu tengah sakit.Kamu tolong la dia." Ibu Niza naik menyinga memarahi anaknya. "Masa bila Ibu Niza datang?"
Aku berkata-kata di dalam hati.Aku tengok muka Iz takut melihat ibunya. "Iz tak nak la tuam kaki dia.Biar lah dia buat sendiri.Sendiri jatuh sendiri ubatlah." Aku menjegilkan mata kepada Iz.Degil juga si kerek ni. "Ibu suruh buat apa?!"
"Ye la..Iz buat."

IZ:
Kenapalah aku yang kena buat?Kenapa bukan dia je yang buat sendiri?! Perempuan gila! Iz mengomel geram dalam hati.
------------------------------------------------------

"Auwh! Sakitlah!" Aku menjerit kesakitan.Kasar betul dia nih!
Tuam ke nak bagi kaki aku patah?! "Kau ni kan mengada! Sakit sikit je pun.Lembik!"
"Iz!" Ibu Niza memarahi anaknya.Iz kembali menuam kaki aku.Mukanya mencuka kelat.Selang beberapa minit kemudian,mak datang menjenguk keadaan aku.

♡♡♡♡

Selepas solat Maghrib dan Isyak berjemaah,kami menikmati makan malam.Makan malam hari ini mak,Ibu Niza dan aku yang sediakan.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Maaf bab ni agak lintang-pukang sikit.Harap reader semua boleh faham.Maaf.. :(
Kalau readers suka sila vote.Bagi yg tak minat bab ini sya tak paksa untuk vote sya.Bye for now :×
Jgn lupa komen.

MissInanz-07
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Suratan Terakhir Buat ImamkuWhere stories live. Discover now