Malam sebelum pernikahanku,
aku melihat orang di sekelilingku gembira.Mak sibuk menyiapkan persiapan untuk majlis esok.
Anak buahku yang berumur 2 tahun ini pun tahu mengenal rasa seronok akan pernikahanku esok.Aku beralih ke luar.
Mengambil angin malam.Hati aku masih memikirkan tentang esok.Macam mana dengan Iz? Adakah dia rela akan semua ini? Persoalan itu aku diamkan.
Biarlah esok menentukan segalanya.Aku melihat jariku.
Kakak iparku memakaikan inai.Merah.Cantik.
Aku tertanya-tanya macam mana perasaannya bila kita berkahwin dengan orang yang kita cintai? Malangnya..aku tak dapat rasa perasaan gembira itu.Iz adalah jodoh istikharah aku.Aku harus belajar menerimanya.Belajar untuk melupakan Naufal."Adik..tak elok duduk luar tu.Adik kan nak kahwin esok.
Bakal pengantin kena rehat.
Duduk dalam bilik."
Lembut suara abang menembusi khayalanku. "Abang."
Aku memeluknya.Menangis meluahkan segala perasaan aku saat ini. "Adik kenapa ni.Bakal pengantin tak boleh nangis-nangis.Nanti esok nikah muka monyok.Tak comel nanti." Abang cuba memujukku. "Abang,adik terpaksa kahwin dengan Iz.Hati adik tak boleh menerimanya dalam hidup adik.Adik tak cinta dia.Adik ambil keputusan ini untuk bahagiakan mak dengan ayah.Abang,adik tak sanggup
berkahwin dengan dia." Aku menghamburkan semua perasaan yang ada. "Adik." Abang memanggilku.Tangannya mengelap air mataku yang makin galak jatuh bercucuran.
Aku mendongak memandang ke arahnya.Pandanganku berkaca memandang matanya.
"Maaf adik.Abang tak tahu apa yang nak dikatakan lagi.Cuma abang nak pesan supaya adik jangan sesekali derhaka cakap suami.Jaga makan minumnya walaupun hati adik tak sedia menerimanya.Abang percaya hati adik akan tergerak mencintai Iz.Abang doakan yang terbaik untuk kebahagian adik."
"Terima kasih abang.Adik masuk bilik dulu ye abang.Takut nanti esok muka monyok."
Aku bernada jenaka.Memetik kembali ayat abang tadi.
"Ok..rehat secukupnya.Good night future bride.Wish a good day tomorrow."
"Good night too.."Aku melelapkan mata.Cuba untuk menenangkan fikiran.
Akhirnya aku dibawa menyusuri malam indah.♡♡♡♡
"Aku nikahkan dikau Muhd Iz Ammar bin Hj.Kamil dengan RM
dengan puteriku Nur Daria Ausha binti Hj.Hirzi dengan mas kahwin RM 1200 tunai.""Aku terima nikahnya,Nur Daria Ausha bt Hj. Hirzi dengan mas kahwin RM 1200 tunai."
Aku sudah digelar isteri.Isteri kepada musuh aku sendiri.
Perjodohan yang aku tak minta.
Yang aku sendiri tak sangka.
Aku redha jika ini takdirku.Aku sanggup berkahwin dengan dia.
Demi hati orang tuaku,atok dan opah.Air mata kesedihan mengalir keluar.
Namun segera aku lapkan.Takut mak andam yang merangkap kakak ipar aku naik bising tengok make up.Upacara pembatalan air sembahyang dimulakan. Aku menyalam tangan Iz.Aku masih tak sangka semua ini terjadi.
Lembut bibir Iz mencium dahiku.Penuh syahdu.Aku tak tahu sama ada aku perlu gembira atau kecewa ketika ini.
Photographer menangkap gambar aku ketika dahi aku dicium oleh Iz.Aku lihat Iz seperti rela akan semua ini.
Mungkin ini sifat lelaki.Lelaki berkuasa melafazkan talak.Itulah darjat seorang suami yang telah dikurniakan oleh Allah.Aku melihat sekelilingku.
Senyuman bahagia jelas terpapar diwajah mak,ayah,atok,opah dan orang tua mertuaku.Mungkin ini adalah keputusan yang terbaik.
Selepas Isyak,majlis kesyukuran pernikahan aku dijalankan.Aku melayan tetamu dari keluarga belah Iz.Tak lupa juga keluargaku sendiri.Ramai yang mengucapkan tahniah atas pernikahan kami.Aku cuma mampu menjawab terima kasih.
Iz aku lihat wajahnya sayu.
Barangkali masih menyesuaikan diri bergelar suami.Apabila pandangan kami bersatu,aku segera mengalihkan pandanganku.Seram aku dibuatnya.Mata kuyu tu..aku takut aku jatuh cinta dengannya.♡♡♡♡
Meriah majlis persandingan kami.Baju persandingan dipilih oleh abangku.Peach and white.
Kompang dimainkan bertalu-talu mengalu-alukan kedatangan pengantin.Aku meneliti wajah Iz.Dia tetap mengukirkan senyuman.Para pemain kompang berarak membawa kami sehingga ke pelamin.Berkelip-kelip kamera menangkap gambar kami.Aku mengambil tempat duduk di sisi Iz.Melihat wajahnya.Handsome aku lihat dia hari ini.Mata kuyunya.
Nampak segak dengan warna bajunya.Matanya memandang tetamu yang hadir.
"Kau tengok apa?! " Suara bengis Iz menjerkah aku.Lantas aku melarikan mataku daripada memandang wajahnya.
"Aku tak tengok kau la! Aku tengok..aaa..aaa...hah! Aku tengok pokok tu la."
Aku menunjuk pokok di sebelah Iz.Iz ketawa.Kenapa la kau gagap time-time macam ni!
"Hah..macam la aku tak tahu yang kau curi-curi tengok aku kan?! " Iz menjeling.Geramnya! Hati aku semakin panas.
"Aku nak tengok muka kau yang macam lori sampah ni?! Sorry okey.Bukan taste aku la nak tengok.Perasan!"
Aku membidas pedas katanya.
Hati ini bila dah naik level panas ni..pelamin ni pun aku boleh makan! Tak cukup pelamin, muka Iz ni pun aku boleh lanyakkan! Biar sampai selembik sayur salad! Boleh juga aku buat masak.Sumbat dalam mulut kau!
"Lori sampah?! Muka ini jugalah yang kau kata 'ada harga' tu kan?! Kau tu tak payahlah berangan nak hadap muka aku yang 'berharga' ni!"
"Iz!!! Kau kan jangan cari pasal dekat sini boleh tak?! Kau nak aku jerit tengking kau,supaya semua tetamu dengar?"
"Tengking la.Bukan aku yang malu.Yang keluarnya suara kau bukan suara aku!"
"Kau ni kan..! Aahh! Lantaklah aku malas nak layan perangai kau!" Aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.
"Jangan malas.Lepas ni kau kena rajin layan aku.My wife."
Suara maut dah keluar! Muka yang ditayangnya pun seperti mahu menerkam anak arnab.
Tak sanggup aku melihat mukanya.Ketawa mengejeknya jelas kedengaran.
Aku mengalihkan pandangan ke arah muka abangku yang tak henti-henti melayan tetamu yang datang.
Bersemangat betul abang aku ni.!♡♡♡♡
Haish..masa nak tangkap gambar pengantin pulak dah! Agenda yang aku paling benci.Camera man tak habis-habis suruh posing sana posing sini.Banyak songeh betul lah!
"Pengantin lelaki sila peluk pinggang pengantin perempuan.
Seerat-eratnya tau!"
Arah photographer.Laju je tangan Iz peluk pinggang aku. Aku cuba mengelak.Tapi kena komen dengan photographer tu.Kata jangan malu-malu.Woi! Aku bukan malulah! Aku benci musuh aku pegang aku sesuka hati.Nak tak nak terpaksa lah..Nasib badan.
"Okey..sekarang ni pengantin laki dengan pengantin perempuan kena pegang tangan antara satu sama lain.Berdiri menghadap sesama sendiri.Mata kena tenung mata ye..."
Nak je aku hempok kepala photographer ni pakai kamera.
Geramnya! Terpaksalah buat. Terseksanya.! Aku benci kau Iz!."Untuk posing yang seterusnya,
dua-dua pengantin kena saling pandang-memandang pada jarak yang dekat..Okey?"Gulp..jarak dekat? Iz pun segera mendekatkan wajahnya ke mukaku.Seramnya! Aku terkejut dengan reaksi Iz.Terpaksa lagi.
Buat je la Ausha.Aku memandang wajah Iz.Masih handsome.
Memang wajahnya mampu mencairkan hati wanita.
Aku terleka memandangnya.
Dengan jarak yang hanya 1 inci dapat merasakan deruan nafasnya.Ditambahi dengan wangian Iz.Aku terasa dibuai mimpi.Aku meneliti setiap bentuk rupanya.Ausha sedar!
Kau bukan dalam mimpi!
Jangan-jangan kau dah jatuh cinta dengan dia? Tak mungkin!IZ:
Ya Allah,Kau telah memberiku aku seorang isteri yang cantik,
elok rupa parasnya.
Dengan lesung pipit yang jelas kelihatan,matanya yang redup.
Ya Allah,sungguh indah ciptaanMu di hadapanku ini.
Iz! Tak kan aku dah jatuh cinta dengan dia?!
------------------------------------------------------"Wow! Cantik gambar uolls.Sama cantik sama padan.Memang pasangan suami isteri yang meletop!."
Suara photographer yang banyak songeh itu menghentikan lamunanku meneliti wajah Iz.
"Next picture! Pengantin lelaki kena buat gaya macam you purpose wife you sebelum kahwin.Husband kena melutut then pegang tangan wife you.
Untuk wife pula,you kena senyum dan pandang husband you ye.Alaa..macam korang purpose dulu.So,sweet."Nak buat gaya macam ni pulak! Aku ni tak pernah pun kena purpose dengan hantu ni! Aku yang kena paksa kahwin dengan hantu depan aku ni! Gelinya aku nak tangkap gambar buat gaya macam ni.Antara pacat dengan Iz..aku lagi geli dengan hantu ni!
Aku tak pernah mimpi la Iz purpose aku! Iz ni aku rasa macam nak tumbuk je muka dia ni! Nampak sangat kegatalan dia tu! Dasar lelaki miang!"This is the last picture.Pengantin lelaki kena buat gaya flying kiss dekat pengantin perempuan.
Pengantin perempuan pula kena buat gaya macam menangkap kiss husband you tadi."Nak buat flying kiss pulak.Boleh nangis aku macam ni! Gelinya aku tengok Iz ni.Jangan harap kau nak aku simpan kiss merapu kau tu! Never,even until the end of the world! Laki kerek!
Selepas habis tangkap gambar,
aku pulang ke rumahku.Penat muka aku ni senyum.Beribu-ribu gambar kami diambil.Hati pun rasa panas dengan photographer tadi.Iz pun haish..! Aku rasa nak bunuh je dia ni! Menyampah!
Kereta dipandu oleh Iz.Aku membuang pandanganku ke luar tingkap.Hanya corong radio memenuhi ruang kesepian dalam kereta ini.Badan aku masih terasa geli lagi mengingat sesi photograph tadi.Balik rumah ni aku nak makan,mandi,solat lepastu aku nak tidur! Penat rasanya hari ni.!
YOU ARE READING
Suratan Terakhir Buat Imamku
RomansaCinta..semua mengatakan cinta itu akan kekal tetapi tidak kepada pasangan suami isteri yang dulu merupakan musuh masing-masing di alam persekolahan lalu dipaksa kahwin walau hati saling membenci antara satu sama lain. Sedikit demi sedikit..hari demi...