"Kau memang tak guna!"
Iz terus menengking aku yang sedang melangkah ke arah bilik Iz.
"Kau tu yang tak guna! Kerja senang je kut! Setakat angkat beg..takkan lah tak boleh nak handle! Syarikat ayah pun kau boleh handle, inikan kerja yang tak memerlukan akal !"
Aku memetik kembali ayat ayah.
Perasaan marah mula mengganti hati yang kian membara ini."Kau ingat..aku kuli kau?! Woi..! Sedarlah diri kau tu dulu sebelum nak jadikan aku ni!..."
Iz menunding tepat pada mukanya.
"Hamba abdi kau! "
Tersentak aku mendengarnya.
Habis bergegar rumah ni..kalau hari-hari dengar suara Iz yang suka menengking-nengking !"Iz! Apa ni?! "
Ibu mengambil alih pergaduhan kami.Iz kelihatan terkejut melihat ibunya di hadapan.Aku juga turut terkejut.
"Tak malu ke jiran semua dengar?! Ausha ni..isteri Iz! Cuba cakap tu sopan sikit.Ini tak! Terjerit sana terjerit sini."
Ibu menyambung kembali ayatnya.
"Ibu. Iz tak...."
"Sudah! Ibu tak nak dengar lagi Iz marah-marah Ausha.Kamu tu sebagai suami perlu ada contoh yang baik.Bukannya cakap kasar dengan isteri sendiri !"
"Ibu...Ausha tak ada apa-apalah.
Masalah kecil je ni ibu."Aku memujuk ibu.Ingin meredakan kemarahannya.
Iz hanya memandang ke bawah.
Langsung tak diangkat mukanya."Ausha, ibu tak nak Ausha..."
"Tak ada apalah ibu.Jangan risau eh ibu.Iz tu cuma penat.Sebab tu lah dia marahkan Ausha."
Aku menyangkal kata ibu.
Iz :
Amboi kau! Pandainya mengayat. Lagi kau mengayat...
lagi bertambah benci aku dekat kau!
End..."Jom ibu..kita pergi dapur nak? Hari ni..Ausha nak masak special sikit untuk dinner. Jom."
Aku memancing ibu.Moga-moga Iz tidak dimarahi oleh ibu lagi.
Memang hati aku puas apabila melihat Iz dimarahi.
Tapi...pada masa yang sama, hati aku turut berasa sedih.
Seolah-olah memahami apa yang dialami oleh Iz ketika ini.Ibu mengatur langkah ke dapur bersama aku.Aku memegang erat tangan ibu.
♡♡♡♡
Huh! Akhirnya...katil menjadi tempat berdengkur aku.
Besar juga kan bilik Iz ni. Dah macam dalam istana pula.
"Sana-sana! Ini katil aku.Kau tak berhak tidur kat sini!"
Hish! Dia ni kan! Tak boleh tengok aku senang langsung.
"Tak nak!"
Aku tetap dalam posisi aku.Tak nak beralih dari katil ini.
Iz baring di sebelahku.
Membelakangi aku. Aku sedikit terkejut. Tangan Iz mula merangkul pinggang aku.
Merapatkan tubuhku dengannya."Apa kau ni?! Lepaslah! "
Aku meronta.Namun..semakin kuat aku cuba untuk meloloskan diri,semakin erat pelukannya.
Iz tidak mengeluarkan sepatah kata langsung.
"Lepaskanlah aku! Lepaslah! Iz!"
Aku semakin kuat meronta.Ya Allah...harap-haraplah tak ada apa-apa perkara buruk terjadi.
Engkau perihara lah kehormatan aku.Kini tubuhku seperti melekat pada tubuhnya.Tangannya yang semakin erat merangkul pinggang aku menyukarkan aku melepaskan diri.
"Iz! Lepaskan aku!"
"Aku tak nak lepaskan kau...
My rome is my rule.Now you're my wife my dear."Iz berbisik halus di telingaku.
Suaranya menyeringai."Iz...tolong Iz.Lepaskan aku.Aku tak nak! Aku tak nak!"
Aku meronta mohon dilepaskan.
Tubir jernih mula bertakung di kelopak mataku."Sayang...tak malu ke jiran dengar?Pengantin baru menjerit-jerit."
Jari-jemari Iz mula bermain-main di kepalaku.Mengusap rambutku.
"Iz..aku tak nak! Please...tolong lepaskan aku."
Air mata aku keluar.Perasaan takut ketika ini..hanya Allah yang tahu.
"Kau ingat aku nak sangat ke?! Aku tak ada nafsu langsung lah dekat perempuan macam kau!"
Iz merengus kasar.Badanku ditolak ke tepi.Menghampiri ke sisi katil.
Dasar laki miang! Aku bangun dari katil tersebut.Melangkah ke penjuru dinding bilik.
Dengan beralaskan beg yang aku bawa dari rumah tadi sebagai bantal, aku akhirnya mengambil keputusan untuk tidur di atas lantai parquet yang langsung tidak dilapik apa-apa. Aku mengelap air mata yang masih berbaki.Tak pernah aku rasa setakut ini.
Iz :
Ini baru pengajaran untuk kau yang pertama.Masih banyak lagi hutang kau yang belum dilangsaikan.Just wait on the right moment.~
![](https://img.wattpad.com/cover/54518910-288-k782646.jpg)
YOU ARE READING
Suratan Terakhir Buat Imamku
RomantizmCinta..semua mengatakan cinta itu akan kekal tetapi tidak kepada pasangan suami isteri yang dulu merupakan musuh masing-masing di alam persekolahan lalu dipaksa kahwin walau hati saling membenci antara satu sama lain. Sedikit demi sedikit..hari demi...