"Aduish. Peningnya kepala aku"
Aku bersuara lemah. Kepalaku dipicit.
Pintu bilik dibuka.
"Bangun!. Kau ni tahu buat tahi mata je. Membuta. Bangunlah woi!"
"Hishh hantu ni. Aku goncang jugak kepala kau!"
Geram. Aku hanya melepaskan di dalam hati.
"Dengar ke tak apa aku cakap?!"
"Ye la. Aku dengar. Aku bukannya pekak. Kau ni pun, jangan cakap terjerit- jerit boleh tak? Kepala aku pening. Jangan tambah pening lagi."
"Kalau dah tahu pening tu.. bangun mandi dan makan. Itu pun susah ke?"
Ya Allah. Berikanlah aku kesabaran.
Aku bangun dan menuju ke bilik air. Mula membersihkan diri.
♡♡♡♡
Langkah aku makin dipercepatkan menuruni tangga.
"Ausha? Dah okey ke demamnya tu?"
Ibu terus mendapatkan aku. Dahiku disentuh lembut.
"Ausha okey la ibu. Demam biasa je ni."
Aku ketawa comel. Cuba ingin menyedapkan hatinya.
"Ausha, nanti ajak Iz pergi klinik ya?"
"Tapi ibu, Ausha tak ada apa-apa yang serius pun."
"Ausha.. kesihatan tu kena jaga. Pergilah klinik tu."
Ayah menyahut dari jauh.
"Baiklah ibu, ayah. Ausha pergi."
Sudahnya aku akurkan sahaja.
♡♡♡♡
Suasana sepi. Hanya dj radio sajaha yang berceloteh.
Sudahnya aku memulakan bicara.
"Iz"
"Apa?"
"Aku tak nak pergi klinik"
Aku bersuara menunduk bawah. Mata iz masih tidak lari dari jalan.
"Kau ni. Banyak songeh la. Kalau ibu, ayah aku tanya macam mana?. kau sendiri jawab. Aku tak nak ambil tahu."
"Tak pe. Nanti aku cakap."
Aiseh. Kenapa Iz sopan sangat hari ni?. Pelik...
Kereta berpatah balik semula. Suasana sepi kembali.
Hati aku girang tiba-tiba. Mata aku membulat serta-merta.
"Aiskrim!"
Awww aku teringin.
"Aiskrim?"
Iz memandang aku.
"Iz. Tolong stop sekejap. Aku nak aiskrim. Dah lama tak makan."
"Kau demam la. Jangan jadi bongok sangat."
"Alaaa. Aku teringin. Tolong la Iz. Please..please"
Aku merayu.
Kereta dihentikan. Yess !!
♡♡♡♡
"Apa ni. Makan comot. Umur dah tua macam ni pun tak reti makan dengan elok ke?"
Terus tangan Iz membersihkan kesan comot di sekitar mulutku. Aku terpegun. Aku terdiam. Hanya mampu memandangnya.
"Alahai. Dah macam drama korea weyh!"
Aku bermonolog.
"Kau ni. Lain kali makan la elok-elok. Ini tak. Comot sangat. Baru makan aiskrim. Kalau makan yang mahal sikit, aku pun tak tahu la. Silap-silap, mulut kau hilang."
Mulut membebel. Tangannya masih meneruskan kerjanya.
"Ye la. Ye la. Dah.. jangan membebel macam pak cik. Pening aku dengar."
"Pak cik ni jugak laki kau."
Iz:
Hihi. Comel juga bini aku ni. Tambah-tambah lagi tengah comot sekarang ni. Uitt Iz. Please.. back to normal!
end..."Dah. Jom balik."
Lembut Iz mengajakku. Dah kenapa dengan laki aku ni. Pelik...
♡♡♡♡
"Boring."
Aku mengeluh. Agaknya Iz dengar ke?
"Sama."
Okey. Dia dengar.
"Jom hang out?"
Hang out? Memang inilah yang aku tunggu!
"Jom Iz!"
"Macam budak-budak lah kau ni."
"Budak-budak comel. Macam aku. Sentiasa comel."
"Kau jangan perasan sangat boleh tak? Elok-elok nak bawa hang out, karang aku singgah kedai beli baldi."
Hish dia ni. Kalau sehari tu.. tak sah. Menyakitkan hati.
Dan kereta pun memecut ke depan. Ada aku bertanya kemana destinasi kami. Namun, pertanyaan itu dibiarkan sahaja
YOU ARE READING
Suratan Terakhir Buat Imamku
RomanceCinta..semua mengatakan cinta itu akan kekal tetapi tidak kepada pasangan suami isteri yang dulu merupakan musuh masing-masing di alam persekolahan lalu dipaksa kahwin walau hati saling membenci antara satu sama lain. Sedikit demi sedikit..hari demi...