BAB 12

231 11 0
                                    

AUSHA:
Hah! Ya Allah..mimpi itu.Mimpi itu petanda bagiku.Ternganga mulutku.Mata pun rasa macam dah nak terkeluar mendengar berita 'gembira' tu.Apa makna semua ni?Kenapa aku yang kena dijodohkan dengan laki kerek depan aku ni?! Tidak! Mungkin aku tengah mimpi.Auwh!
Sakitnya!Aku mencubit pipi.
Ini kenyataan! Aahh!!

IZ:
Aku tak nak kahwin dengan dia ni! Macam mana kalau dia jadi isteri aku nanti? Oh tidak! Am I dreaming? Aku menarik kuat telinga aku.Sakit! Maknanya aku bukan tengah bermimpi.Mimpi itu benar-benar berlaku!

AUSHA:
Aku pergi mendekati ayah.Melutut di depannya. "Ayah..Ausha tak nak kahwin dengan dia ayah.Ausha tak pernah suka dia.Dia tu musuh Ausha sejak zaman sekolah lagi.Tolong ayah..Ausha benci dia!" Air mataku mengalir keluar menagih simpati ayah. "Ayah..mana ayah yang Ausha kenal selama ni?Ayah yang memahami Ausha.Ayah..tolong ayah..Ausha tak nak bersuamikan dia.Ausha menyampah tengok muka dia!" Sambungku lagi. "Ausha..Iz tu baik orangnya.Ayah kenal dengan sikap peribadinya.Dia kan anak Ayah Mil dengan Ibu Niza.Ayah tahu,Iz itu adalah yang terbaik untuk Ausha." Ayah..aku beralih ke arah mak. "Mak..Ausha tak nak mak.Ausha tak suka dia.Ausha tak rela kahwin dengan dia." "Ausha..bagi mak,Iz itu adalah yang terbaik untuk Ausha.Cinta itu boleh dipupuk kemudian.
Lepas kahwin kan boleh?" Lembut bicara mak memujukku.
Aku tak akan jatuh cinta dengan si sewel tu! Aku menapak masuk ke bilik.Melepaskan perasaan aku.Aku perlu memberitahu Ica tentang semua ini.

IZ:
"Hah! Ibu dengan ayah nak kahwinkan Iz dengan perempuan gila tu?! Ayah,ibu Iz tak suka perempuan tu! Sampai Iz mati pun,Iz tak akan jatuh cinta dengan dia! Iz tak nak menjadi suami dia!" "Iz! Nama dia manis,sedap disebut.Ayah Ir dengan Acik Lina dah elok-elok bagi kamu pergi pahitkan nama tu.Ausha tu baik,sopan cantik pula tu.Takkan la Iz tak nak kat dia kut?" Ayah cuba memancingku.Muka dia cantik? Ayah ni buta ke? Muka macam lori buruk pergi cakap cantik?! Hish..masalah!
"The true love is after you married.." Ibu menyambung.Aku lihat Ausha menapak masuk ke biliknya.Aku pun bingkas bangun menguncikan diri di bilik.

♡♡♡♡

Aku mengatur langkah ke dapur setelah selesai menunaikan solat subuh.Hari ini aku tak ikut berjemaah.Malas aku menghadap muka Iz.Aku mengambil bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak mee goreng.Lincah tanganku memotong bawang putih.Aku lihat Iz turun.Lagaknya baru lepas mandi.Memerhati aku.Pandangannya sayu.Aku rasa rimas dengan pandangannya matanya.Nak je aku cucuk biji mata kau pakai pisau ni!
"Amboi Iz..pandang-pandang Cha.Mata sampai tak berkedip-kedip!Cepatlah kahwin,nanti hari-hari boleh tengok.Tak dosa." Opah mengenakan Iz.Senyum penuh makna.Mak dengan Ibu Niza menyambung ketawa opah.Aku juga turut terima tempiasnya.Mukaku terasa panas.Iz juga aku tengok tak senang duduknya.Iz menghampiri aku.Mengambil tempat berdiri di sebelahku. "Ikut aku sekejap.Aku ada benda nak bincang dengan kau."
Iz bersuara.Aku mendongak memandang Iz.Yang lain-lain memandang kami berdua.
Mendengar perbualan kami. "Tak nak lah..aku ada kerjalah.
Buang masa kalau sembang dengan kau!" Suaraku meninggi. "Ikut je la aku!" Iz menarik lenganku kasar.Aku terpaksa mengikuti langkahnya. "Semakin mesra diaorang." Aku sempat mendengar butir kata mak. "Senang cerita kahwin terus.Sejuk hati." Ibu Niza juga mengusik kami.Tawa mereka bertiga kedengaran jelas.
Semakin galak mengusik kami.

Aku mengikutnya ke belakang rumah di pokok mempelam. "Lepaslah! Kita ni bukan muhrim.Mana boleh pegang-pegang!" Iz melepaskan lenganku. "Aku tak nak kahwin dengan kau!Muka pun macam lori buruk! Agaknya semua orang buta menilai muka kau!" Iz melepaskan marahnya.
"Woi! Kau ingat aku ni nak sangat ke dekat kau! Ada hati cakap muka aku macam lori buruk.Muka kau tu harap je ada harga tapi mulut macam buntut kuali.Hati pun sehitam buntut kuali.Tahu buntut kuali macam mana rupa dia?!" "Kau ni kan.." "Apa! Aku apa?!" Aku memotong percakapan Iz. "Ok! Fine! We need to talk." "Talk about what?! Sorry I'm not interested!" Aku berlalu meninggalkan Iz.
Langkahku terhenti.Lenganku sempat dipegang Iz.Aku merengus kasar melepaskan lenganku.Semakin aku cuba melepaskan lenganku,semakin kuat dipegangnya. "Sakit la!"
Aku mengadu kesakitan. "Sorry,aku tak sengaja.Aku just nak bincang pasal hal semalam." Dengan serta-merta lenganku dilepaskan."Ok..I'm listening."
"Aku..tak nak derhaka dengan ibu,ayah aku.Tapi aku tak suka kau! Aku tak nak kahwin dengan kau." Iz memberitahu isi hatinya. "Look,aku pun tak nak jadi anak derhaka.Tapi tentang hal semalam tu..memang berat untuk aku.Aku pun tak nak kahwin dengan kau!" "So.."
"So what? Kita kena settelkan hal ni!" Aku mengambil alih ayat Iz. "Apa kata kalau kita kahwin tapi kita buat hal masing-masing.Kau ikut jalan kau,aku ikut jalan aku.
Macam mana?" Iz memberi cadangan. "Boleh tak kalau kau bagi aku masa sampai malam ni?" "Ok." Simple betul jawapannya. "Ok.Aku masuk dulu." "Kejap!" Aku menoleh memandang Iz. "Kau nak apa lagi?! Banyak cerita la kau ni!" "Kita buat perjanjian.Cukup satu tahun kita kahwin,kita cerai.Tapi,kalau sekiranya aku 'ter'suka kau..sorry aku tak akan lepaskan kau." "Kau ni kan.Merepek la! Bukan ke kau cakap semalam yang kau tak akan sesekali jatuh cinta dengan aku ke?" Aku menduga Iz.
"Aku tak kisah la.Lantak la hal semalam tu! Kau okey tak dengan cadangan aku?" "Aku bagi jawapannya sekali malam ni.Dah aku masuk dulu." Iz aku tinggalkan sorang.Aku menyambung kembali membuat kerjaku menyiapkan sarapan.

♡♡♡♡

"Iz!" Aku memanggil Iz yang sedang leka menonton televisyen.
"Macam mana? Setuju tak?" Amboi semangatnya! "Ok.Aku setuju! Tapi kau ingat syarat-syarat kau tu! Lagi satu aku nak tambah sikit,jangan sibuk hal peribadi aku dan jangan buat benda yang merepek.Boleh?" "Ok!Aku setuju.Lagipun aku tak hingin la kau tu!" Pendek jawapan Iz. Puas hati aku.Tapi status isteri Iz tak kan lari ke mana.Aku tak nak kahwin dengan dia! "Jom!" Iz mengajak aku. "Jom kemana? Sakit sewel kau datang balik eh?!" "Sedap mulut kau je kan cakap aku sewel.Kau tu pun sewel juga! Sewel plus mengada! Jomlah jumpa parents kita!" "Nak buat apa?!" "Nak bagitahu diaorang yang kita setuju dengan hajat merapu diaorang tu.!" "Nanti jap! aku tak sedia lagi la.Ini soal masa depan aku.Aku tak nak rosakkan.
Macam ni..apa kata kalau kita minta diaorang masa.Mungkin sebulan? Dua bulan?. Ok?" Aku memberi cadangan. "Lagipun aku tak nak kahwin lagi.Aku nak enjoy hidup aku.Ok..kita minta masa.Aku ikut je.Jom..kita cakap kat parents masing-masing." Bagus Iz ikut telunjuk aku.

AUSHA:
"Mak ayah..boleh tak kalau Ausha nak ambil masa untuk fikirkan tentang hajat semalam tu..Ausha tak sedia lagi.Ini tentang masa depan Ausha." "Ayah yakin,dia mampu bahagiakan Ausha.Ausha ambil lah banyak masa yang Ausha nak.Ayah dengan mak akan tunggu keputusan Ausha."
"Mak pun akan tunggu Ausha.Mak harap jawapan yang Ausha bagi tak mengecewakan kami." "InsyaAllah mak,ayah.
Terima kasih." Aku bangun mengatur langkah ke bilik.Mata ini sudah mengantuk.

IZ:
"Ibu,ayah..Iz nak minta masa sikit untuk Iz fikir tentang perjodohan Iz.Iz harap ibu dengan ayah faham Iz."
"Ibu harap sangat Iz kahwin dengan Ausha.Take your time." "Ayah pun berharap benda yang sama.Harap Iz fikir masak-masak.Ausha tu baik orangnya." "InsyaAllah.Iz akan ambil keputusan yang terbaik buat Iz.Untuk ibu dengan ayah juga.
Selamat malam ayah,ibu"
Aku masuk ke dalam bilik.
Fikiranku masih memikirkan soalnya lagi.

AUSHA:
Ya Allah..apa yang perlu aku buat? Perlukah aku mengikut kehendak ayah dengan mak?
Tapi..Iz tu musuh aku.Takkan lah aku nak kahwin dengan dia? Tak! Aku tak nak jadi anak derhaka.Naufal..lelaki yang aku tunggu dalam hidup.Dia cinta pertama aku.Aku masih menunggu dirinya.Ya Allah..aku kena buat solat Istikharah.Minta petunjuk bagi jawapanku.

IZ:
Kenapa Ausha? Kenapa bukan Raina.Ex-girlfriend aku zaman U dulu? Mesti ke aku kahwin dengan dia? Aku benci dia! Tapi kalau aku tolak permintaan diaorang..nanti aku jadi anak derhaka.Nak tak nak aku kena ketepikan ego aku.Ya Allah...aku memohon petunjukMu.Aku bangun mengambil wudhuk.
Mohon jawapan masalah ini.Aku menunaikan solat istikharah.

Suratan Terakhir Buat ImamkuWhere stories live. Discover now