BAB 22

451 23 18
                                    


"Hurm..!"

Aku mengeliat.Handphone di hujung kepala aku gapai.Punat 'on' pada sisi phone aku tekan. Aku melihat jam pada phone.

Pukul 3 pagi.Alang-alang dah terjaga ni..baik aku buat pahala sikit.Buat solat sunat.

Eh..Ausha? Semalam dia tidur dekat...

Aku memandang susuk tubuh terjungkur di penjuru dinding.

"Ya Allah..! "

Aku terus bangun dan mendapatkan Ausha.Aku lihat Ausha sedang tidur sambil memeluk tubuhnya.Pasti dia kedinginan.

"Ya Allah...apa yang aku dah buat ni? Aku telah berdosa Ya Allah.
Aku telah membiarkan isteriku tidur dalam keadaan ini.Kesian Ausha..tidur dalam kesejukan.
Sudahlah air-cond dalam bilik ini aku pasang kuat.Badannya pula tidak berselimut.Hanya beg baju sahaja menjadi pelapik kepalanya.Ya Allah..."

Aku bersuara perlahan.Aku bersuara sambil mengusap lembut rambut Ausha.

Aku mendukung Ausha dalam gendonganku.Muka Ausha persis kanak-kanak.Comel.Bila dia tidur...kecomelannya makin terserlah.Walaupun umur kami sudah melangkau 28 tahun namun..wajahnya tidak dimakan usia.Masih comel.Sejuk hati aku bila memandang wajahnya.

Aku meletakkan Ausha di atas katilku.Tak kan lah aku nak biarkan dia kedinginan lagi.

Anak rambut yang menutup mata Ausha aku raup ke tepi.
Ya Allah...sepatutnya aku tak harus biarkan dia tidur di bawah itu.Dia seorang perempuan.
Kenapalah aku langsung tak fikirkan Ausha?

"Panasnya!"

Ketika aku sedang meraup rambut Ausha...dahinya aku sentuh.Seterusnya tanganku ke tengkuk Ausha.

Apa aku dah buat ni?! Ausha sampai demam disebabkan aku.
Kesian Ausha.Dia demam.Dia demam disebabkan sikap aku yang langsung tak menghiraukan keadaannya.

Aku bangun meninggalkan kamarku.Melangkah menuruni tangga.Menuju ke dapur.

Aku mengisi bekas kosong dengan air sejuk. Sehelai tuala kecil aku celupkan dalam bekas yang berisi air sejuk tersebut.

Aku menaiki tangga ke atas mendapatkan Ausha yang sedang demam.

♡♡♡♡

Kesian isteri aku sorang ni.
Maafkan aku ye Ausha.Aku tak sengaja buat kau demam.

Tuala kecil yang sudah dibasahkan, aku letak di kepalanya.Aku terasa sayu melihat keadaannya.Hati ini seperti memahami Ausha.
Seolah-olah...aku jua turut rasa yang sama.

Aku mengusap lembut rambut Ausha.

"Maafkan aku Ausha.."

Namun...kata-kata itu cuma terpendam dalam hati.Aku mencium lembut dahi Ausha.
Perasaannya sama seperti yang hadir ketika hari pernikahan kami.Saat aku mencium Ausha buat kali pertama selepas melafazkan akad nikah.

Adakah aku sudah jatuh cinta dengan isteri aku sendiri?
Adakah ya?

Tak! Sampai hujung dunia sekali pun..kau tak akan sesekali jatuh cinta dengan dia! Never !

Aku bingkas bangun menuju ke bilik air mengambil wudhuk.
Mengerjakan solat sunat.

♡♡♡♡

Aku membuka mataku.Pasti sudah masuk Subuh ni. Peningnya kepala aku!

Aku memegang kepala aku yang semakin sakit.Eh..? Atas dahi aku ada tuala kecil ?

"Kau okey ke?"

Iz terus mendapatkan aku.Nanti! Aku...aku kat atas katil Iz !

"Kau! Macam mana aku boleh ada kat sini!"

"Kau demam.Sebab tu..aku angkat kau tidur dekat sini."

"Kau angkat aku?! Jangan-jangan...oh tak! Kau ada buat macam-macam kat aku ke hah?!"

Otak aku mula ligat berfikir.

"Aku langsung tak ada nafsu dekat kau lah! Aku tanya...kau okey ke tak?"

Nasib baik...mujur tak ada apa-apa yang terjadi.

"Aku okey.Cuma pening sikit."

"Nanti hilanglah rasa pening tu.Subuh dah masuk waktu.Kau tak nak solat ke? Nak solat berjemaah dengan aku tak?"

Aik? Dah kenapa dengan laki aku ni? Lembut semacam je cara dia cakap. Hantu syaitan manalah yang sampuk dia subuh-subuh ni? Haih...pelik.

"Aku ABC."

Aku bersuara perlahan.

"Hah?! Kau jangan buat pasal.
Mana ada orang jual ABC pagi-pagi buta ni.Kau gila ke apa?! Agak-agak lah nak ABC pun! Pak cik yang jual ABC tu pun..aku rasa dia tengah sedap-sedap tidur lagi."

Ya Allah..! Merepek apa pula laki aku ni?! Ke situ pula dia.Aku ni bukannya kempunan sangat pun dengan ABC tu..!

"Kau ni dah melalut sampai ke mana?! Bukan ABC tu lah yang aku maksudkan! Aku maksudkan benda lain!"

"Dah tu? Takkan lah kau demam sampai boleh amnesia kut?! Sampai ABC pun..kau tak tahu?
Kalau kau nak belajar ABC...nanti aku daftarkan kau masuk tadika.
Kat depan kawasan rumah aku tu ada tadika.Tapi kan...kau tak segan ke? Ye lah..umur dah 28. ABC pun kau patah balik ke tadika.

Aduish! Laki aku ni..jauh sangat dia melencong tu ! Macam mana lah aku nak cakap?
Parah ni!

"Bukan tu lah! Aku ABC! "

"ABC?"

"Ya Allah...kau ni masih tak faham-faham lagi ke?! ABC !
Allah..Bagi..Cuti !"

Haish...payah betul cakap dengan Iz ni.

"Owh...kau tu yang tak nak cakap-cakap awal-awal.Mana lah aku tahu."

"Aku dah cakap dari tad....."

"Allahhu Akbar."

Aku tak cakap habis lagi..dia dah solat dulu.Herm..

Aduih! Makin pening kepala aku ni.Aku baring semula.
Melelapkan mata. Lepas Iz selesai solat nanti..aku bangkitlah.Tolong ibu sediakan sarapan.

♡♡♡♡

"Assalamualaikum ibu."

Iz menegur ibunya sambil berjalan menuju ke dapur.

"Waalaikumussalam.Eh, Ausha mana?"

Ibu bertanya melihat anak lelakinya turun bawah seorang.
Tangannya masih ligat menyediakan sarapan.

"Dia demam."

Iz menjawab mendatar.

"Demam? Macam mana boleh demam? Semalam ibu tengok dia okey je."

"Dah Allah nak bagi dia demam. Kun fayakun. Bila Dia berkehendak maka terjadilah ia tanpa ada sebarang halangan."

Sok alim pula Iz ni.

"Bertuah punya anak! Itu jawapan yang dibaginya.
Haih...memanglah bila Allah tu berkehendak semuanya terjadi.
Masalahnya...macam mana tiba-tiba pula Ausha demam? Iz buat apa kat dia?"

"Ibu...Iz tak buat apa pun kat dia."

"Ye lah..betul lah tu apa yang kamu cakap."

"Tahu tak pe.Hehehe."

"Nanti..bila ibu dah siap masak, panggilkan Ausha ye.Kejutkan lembut-lembut.Jangan menengking pula.Karang masuk hospital pula Ausha tu.Terkejut dengar suara Iz."

Ibu ni kan...aku tahulah macam mana nak kejutkan dia tu.

"Hurm..ye lah.Nanti Iz kejutkan dia."

Suratan Terakhir Buat ImamkuWhere stories live. Discover now