"Mak,ayah hari ni abang balik kan? Mak boleh tak Ausha nak cuti hari ni.Nak luang masa dengan abang.." soalku sebaik sahaja terjaga dari tidur.Awal pula ya aku bangun hari ni.Memanglah..ada special person balik hari ni.Bestnya! "Jangan nak mengada! Abang kamu tu tak lari dari rumah ni! Kamu tu kan nak SPM dah? Mana boleh ponteng sekolah! Nanti tertinggal matapelajaran." Alaa..mak ni.Melepas lah aku nak rehat hari ni."Betul apa yang mak kamu cakap tu Ausha.Nanti ayah ikat kaki abang kamu tu.Takut sangat abangnya lari dari rumah.Tinggalkannya." Ayatnya yang terakhir disambung gelak tawanya.Lawak sangat la tu..Tengok mak pun ikut serta gelak.Tak nak bagi suasana nampak janggal..aku pun ikut serta gelak.Ikhlas."Ok la mak,ayah..Ausya pergi mandi dulu."
♡♡♡♡
"Ica!hari ni kan abang aku balik rumah!seronoknya!" Aku melepaskan perasaan seronok aku yang sedang menggila ni kepada Ica."Hah!wei? Nanti kau kirim salam eh kat abang kau." "E'eeh kau ni..kau minat abang aku eh?" Nakalnya soalan aku."Mestilah aku minat abang kau..handsome,tinggi..siap ada lesung pipit pula tu." Amboi..melambung-lambung si Ica ni memuji-muja abangku."Mestilah..aku dengan abang aku tu kan berdarah kacukan Scootland belah ayah aku." "Nanti kau jangan lupa tau..kirim salam kat abang kau tu." "Insyaallah." "Ausha,kau rasa pelik tak hari ni?" "Pelik?apa yang pelik?aku tak faham." Serious memang blur.."Kau ni!aku nak tanya mana si mamat kerek tu?Senyap sunyi bedi je hari ni.Sentap lah tu.Kena sembur dengan kita dua semalam." "Ha'ah la wei!aku pun tak nampak batang hidung dia.Barulah rasa betapa nikmatnya hidup dekat bumi ni".Ketawa kami berderaian keluar.Biar dia tahu langit ni tinggi ke rendah.
♡♡♡♡
Huish penatnya hari ni jalan kaki dari jalan utama.Bas sekolah tak boleh masuk ke sini.Kawasan perumahan taman.Semua rumah di taman ni jenis kos tinggi.Rumah banglo 3,4 tingkat.
"Assalamualaikum.." aku memberi salam sambil tanganku bertalu-talu mengetuk pintu rumah.Akhirnya pintu rumah terbuka.Saat ni aku cuma fikir air sejuk je."Abang!abang sihat?wah handsome la abang sekarang ni!".Tekakku yang kering ini tidak terasa dah."Abang sihat..jom masuk."
Selepas tukar baju,aku turun ke dapur.Tekak ni mana boleh ditipu kalau dah menangis nak air.Lantas aku membuka peti sejuk.Sejuk tekak ni.Ceh! Ala-ala gaya iklan coca cola tu dah.Aku tertawa sendiri melihat telatah aku."Ausha dah solat ke belum?" Abang menanya aku yang masih sedang meminum air."Belum lagi la abang.Lepas minum ni..baru Ausha naik atas solat." "Yelaa..abang pergi solat dulu." "Ok abang."
♡♡♡♡
Malam tu kami meluangkan masa bersama yang sudah lama abang tinggalkan semenjak menetap di UK."Amri,pagi tadi adik kamu ni buat hal." "Buat hal apa ayah?Issh tak malu,dah besar panjang pun nak buat hal lagi." "Ausha ni merengek kat mak tak nak pergi sekolah hari ni.Nak luangkan masa dengan Amri." Mak menyambung perbualan ayah."Ada ke pulak takut abangnya lari..Sudahnya ayah cakap la yang nanti ayah ikat kaki Amri." Bergema rumah ini dengan gelak tawa kami teringat karenah aku pagi tadi."Adik abang ni manja je lebih." Aku mencebik tapi muka tetap memaparkan wajah keriangan.
"Abang!kawan adik kirim salam 'sayang,rindu' dekat abang." "Waalaikumussalam.Hah!macam mana sekolah?seronok?SPM dah nak dekat ni.Just a week more.Dah buat persediaan?" Prihatinnya abang.Sebab ini la aku sayang sangat dekat abang."Alhamdulillah..persiapan sekarang ni ok je.Insyaallah adik boleh jawab.Tapi ada satu je masalah kat sekolah tu.Ada seorang mamat ni kan tak habis-habis kacau Ausha!rimas!tapi abang jangan risau..adik pasti dia dah tak kacau Ausha sebab..kena maki,penampar dan sembur with my friend and I." "Adik jangan benci lebih-lebih dengan budak tu..takut 'tertangkap cintan" dengan dia.Haa..nanti waktu tu dah tak ada dah istilah musuh,benci.Sayang pula yang naik menggunung." Semua gelak dengar apa yang abang cakap.Lawak sangat ke?Entahlah..aku mendiamkan diri.Bila benci je nanti jadi sayang.Dah berapa ribu kali dah aku dengar benda alah tu.Entah betul,entah tidak teori 'Proffesor.tunggang terbalik' tu.Agak lama kami berbual,akhirnya aku mengundur diri.Naik atas.Belum solat Isyak lagi ni.Lepas solat,aku terus merebahkan diriku di atas katil."Good night".Aku mengucapkannya ke atas diriku sendiri.
YOU ARE READING
Suratan Terakhir Buat Imamku
RomanceCinta..semua mengatakan cinta itu akan kekal tetapi tidak kepada pasangan suami isteri yang dulu merupakan musuh masing-masing di alam persekolahan lalu dipaksa kahwin walau hati saling membenci antara satu sama lain. Sedikit demi sedikit..hari demi...