Bab 1

268 6 0
                                    

"Cepatlah bagitau kau suka siapa?" Soal rakan-rakan bilik Saakinah.

"Hm adalah. Nanti lepas paper bio aku bagitau lah" Saakinah tanpa sedar membuat janji dengan rakan-rakan biliknya.

*****

Saakinah yang sedang bermalas-malasan di atas katil buat tidak kisah apabila pintu biliknya dibuka dari luar. Rakan biliknya Hafizah masuk lalu terus melompat ke atas katilnya.

"Guess what? Aku ada cerita baru" Kata Hafizah kepada Saakinah. Perkara biasa bagi Saakinah mendengar gosip-gosip daripada Hafiza. Itu jugaklah radio bergerak baginya. Almaklumlah duduk asrama mana ada hiburan. Televisyen yang ada di dewan selera pun sudah rosak sejak tahun lepas. Entah bila lah pihak sekolah nak baik hati baiki semula televisyen itu pun tak tau lah.

"Apa dia?" Soal Saakinah dengan muka agak teruja.

"Aku tau presiden badar kita suka siapa. Jeng jeng nak tau tak?" Saakinah menelan air liur. Terus dia duduk bersila di hadapan rakan biliknya itu.

Presiden Badar 2014/2015. Dia lah lelaki yang berjaya menarik perhatian aku sejak awal tahun ini. Walaupun sebenarnya sejak tahun lepas mengenalinya. Tapi entah macam mana tahun ni boleh tersangkut pulak. Tapi, almaklumlah aku ni hanya student yang low profile kat sini. Bagi aku seorang yang famous seperti Presiden Badar sangat mustahil untuk kenal aku. Nama pun crush, tengok daripada jauh jelah.

"Woi kau ni apa pasal? Nak tau ke tak?" Sergahan Hafizah membuatkan Saakinah terkeluar daripada lamunan yang seminit itu.

"Oh siapa?" Keterujaannya tadi berubah kepada teruja yang lebih kepada dibuat-buat.

"Anak buah dia lah. Majlis tertinggi jugak. Farah Adila. Hahaha"

Farah Adila. Lembut orangnya kalau nak dibandingkan dengan aku memang macam langit dengan bumi lah. Cakap pun ayu je, sopan santun. Lelaki mana tak terpikat. Aku ni kalau boleh setiap masa nak kacau orang. Pilihan yang sangat tepat bagi dia. Mungkin aku patut lupakan dia.

Saakinah menggeleng-geleng kepalanya.

"Kau ni kenapa?" Soal Hafizah kehairanan melihat Saakinah yang menggeleng-geleng kepala seorang sendiri.

"Wah, rupanya selama ni hahaha" Ketawa yang cuba dibuat-buat terdengar sangat hambar. Walaubagaimanapun dia harus menyembunyikan perasaan kecewanya dengan sebaik mungkin.

"Okaylah aku nak mandi dulu" Hafizah melompat turun dari katil Saakinah lalu mencapai tualanya yang tersangkut pada lockernya.

****

Rutin biasa bagi pelajar Mrsm Tun Ghaffar Baba pukul 7 sampai pukul 9 malam, ada aktiviti kerohanian di surau Al-Ikhwan. Malam ni merupakan malam Sabtu. Kebanyakan pelajar account sudah pulang kerumah masing-masing. Tapi masih ada beberapa orang yang masih stay sebab ingin meluangkan masa dengan rakan-rakan biologi yang lain

"Saya nak ucapkan good luck kat budak-budak biologi."

Dia berdiri didepan buat kesekian kalinya. Tak sangka dia tak balik lagi. Bagi sokongan moral kat aku kot. Saakinah berangan sendiri di saf perempuan.

Saakinah menampar pipinya lalu melihat sekeliling. Nafas lega dilepaskan selepas melihat tiada siapa melihatnya. Saakinah kembali ke alam nyata semula. Impossible lah dia nak buat macam itu. Hatinya dah lama diisi oleh wanita lain.

****

"Esok dah nak balik. Malasnya nak study. Hati aku separuh dah ada kat rumah. Tengok jantung ni pun teringat kat jantung mak aku aku kat rumah. Mesti berdegup laju rindukan aku." Kata-kata Saakinah membuatkan rakan-rakannya ketawa besar.

"Saakinah aku ada benda nak bagitau kau. Dalam Islam ada benda kita kene maafkan. Terlupa, taktau dengan tak sengaja tak silap aku lah. Situasi aku nih tak sengaja lah kot" Tiba-tiba Qaisara yang ada di sebelahnya bersuara.

"Apa dia?" Soalnya.

"Aku nak ambik buku biologi kat atas loker kau. Tiba-tiba satu buku jatuh. Aku nak ambik lah angkat balik. Tapi aku tak sengaja ternampak nama seseorang. Aku betul-betul mintak maaf" Kata-kata Qaisara membuatkan Saakinah sangat terkejut.

"Bu..ku biru ke maksud kau" Qaisara mengangguk tanda betul.

Saakinah tak tau nak cakap apa. Dia menangis kerana terlalu malu. Semua rakan-rakannya memandangnya kehairanan. Qaisara berasa sangat bersalah kerana tidak sengaja mencerobohi hak peribadi rakan baiknya itu.

Melihat muka Qaisara yang bersalah itu, Saakinah menerangkan bahawa dia sedikit pun tidak marah. Dia menangis kerana berasa malu terhadap Qaisara.

Malam itu Saakinah tidur dengan bermacam-macam perasaan. Sedih, gembira dan perasaan lain tak mampu ditafsir olehnya. Esok dia harus membongkarkan rahsia yang dia simpan selama setahun nih.

****

"Akhirnya spm habis!" Terdengar jeritan pelajar-pelajar biologi di dalam Dewan Bendahara kecuali mereka yang mengambil subjek ICT. Pelajar-pelajar lelaki berjemaah membuat sujud syukur di dalam dewan peperiksaan tersebut.

Kelihatan pelajar-pelajar tingkatan lima berpelukan dan ada juga yang menangis terutamanya pelajar perempuan. Setelah dua tahun bersama menuntut ilmu akhirnya mereka akan membawa diri ke haluan masing-masing

"Saakinah! The time is coming. Now!" Hafizah berlari ke arah aku.

Alamak aku terlupa janji aku. Tiba-tiba datang pula si Aqilah dan si Shafikkha.

"Cepat Saakinah, siapa crush you? Mak I dah datang ni." Tanya Shafikkha.

"Kita lupakan jelah" Saakinah cuba berdalih. Tiba-tiba datang umi dan cuba menumbuk mukanya. Umi, classmatenya merangkap Vice President Badar 2014/2015.

"Kau jangan nak main-main" Semua dah menunjukkan muka singa mereka.

"Hm dia.. orang atasan umi" Saakinah menundukkan kepalanya selepas berkata-kata.

"Woi seriouslah?" Suara Aqilah, Hafizah, Shafikkha dan Umi bergabung membuatkan suara mereka kedengaran sedikit kuat. Qaisara di tepi hanya tersenyum penuh makna.

*****

"Saakinah, nanti jangan lupa aku tau. Thanks for everything. Apa-apa whatsapp aku" Kata-kata Aqila yang matanya sudah kelihatan sembab kerana terlalu banyak menangis.

"Kau pun kahwin jangan lupa ajak aku tau!" Kata Saakinah sambil mengenyitkan mata.

"Bye TGB! Jumpa tahun depan" Jerit Saakinah di dalam kereta semasa melepasi pagar utama sekolahnya itu.






Lelaki Pilihan-NyaWhere stories live. Discover now