Teragak-agak Saakinah untuk membuka matanya semula. Walaubagaimanpun, dia tetap memberanikan dirinya apabila dia pasti yang tiada apa berlaku. Lidahnya kelu tanpa kata apabila mata Shazwan dan matanya bertemu. Jarak antara mereka hanyalah beberapa inci. Oleh itu, Saakinah dapat menghidu wangian yang dipakai oleh Shazwan.
"Kenapa?" Tersentak Saakinah apabila suara Shazwan melepasi corong telinganya.
"Tak ada ... apa-apa" Tergagap Saakinah menjawabnya. Mana tidaknya, posisi mereka seperti itu amat mencurigakan jika ada orang yang melihatnya.
Tapikan, dia kan suami aku. Apasalahnya? Kata Saakinah di dalam hati.
"Tengok, cantik tak lampu ni? Saya pasang sendiri tau"
Saakinah tidak memberikan sebarang jawapan malah dia terus berpusing kearah dinding di belakangnya lalu menepuk dahinya.
"Mak ai, dia nak hidupkan suis lampu sahaja ke? Aku ingat dia nak buat apalah tadi. Aku yang fikir jauh sangat ni" Kata Saakinah perlahan.
"Apa awak kata?" Soal Shazwan.
"Can..tik. Cantik sangat. Tak sangka awak kreatif"
Bini aku ni dah kenapa? Daripada tadi cakap tergagap-gagap sahaja. Aku rasa bini aku ni normal sahaja. Shazwan hanya tergelak kecik melihat gelagat isterinya yang baru dinikahinya semalam itu.
*****
"Awak pergilah mandi dulu. Saya nak turun bawah sekejap." Kata Shazwan beredar daripada bilik tidurnya yang kini sudah menjadi bilik tidur isterinya juga.
Apabila Saakinah sudah pasti bahawa Shazwan sudah turun, dia terus menutup pintu bilik dan berlari ke sofa yang terdapat di dalam bilik tersebut lalu menghempaskan badannya ke atas sofa tersebut.
"Ya Allah sedapnya baring. Dahlah badan lenguh-lenguh ni. Baju ni pulak bukan main panas lagi" Bebelnya sendirian.
Saakinah terus menanggalkan selendang yang dipakainya sepanjang majlis tadi dan menyinsing lengan baju pengantinnya. Bagai nak cari gaduh sahaja gayanya.
Dia menuju ke tepi pintu di mana beg pakaiannya di letakkan sebentar tadi. Dia mengambil sehelai tuala dan pakaian selepas mandi.
Sepanjang perjalanan daripada tempat begnya diletakkan sehinggalah ke bilik air, dia melilaukan matanya melihat hiasan bilik yang bakal dihuninya selepas ini. Tiba-tiba dia berasa berdebar-debar. Macam manalah kehidupannya selepas ini.
Tanpa membuang masa lagi, Saakinah terus menuju ke bilik air bagi membersihkan diri.
"Aduh, macam mana zip ni boleh tersangkut pula."
Saakinah sudah tidak keruan apabila zip baju pengantinnya tiba-tiba tersangkut. Nak buka tak boleh pula.
Saakinah menjegulkan sedikit kepalanya daripada pintu bilik air. Dia dapat melihat suaminya sedang duduk diatas sofa sambil khusyuk dengan telefon bimbitnya.
Dia teragak-agak untuk keluar. Tapi kalau aku duduk dalam ni pun tak boleh apa. Saakinah membebel sendirian.
Perlahan-lahan Saakinah membuka pintu bilik air. Dia menjeling kearah suaminya yang masih tidak sedar akan kehadirannya.
"Awak.." Antara dengar tidak dengar sahaja suaranya.
"Awak" Saakinah menguatkan sedikit suaranya.
"Yes?" Shazwan menoleh apabila mendengar seperti seseorang memanggilnya.
"Saya nak minta tolong bukakan zip. Zip tersangkut" Malu dia untuk minta tolong walaupun dihadapannya sekarang ialah suaminya sendiri.
Shazwan menyembunyikan senyumannya. Lawak juga lah isteri aku ni. Nervous sangat ke sampai tersangkut zip.
YOU ARE READING
Lelaki Pilihan-Nya
RomanceKadang-kadang kita terlalu mempercayai apa yang hati kita suka dan kita rasa itu yang terbaik. Kadang-kadang kita juga lupa Dia telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk hati kita. ***** Tidak pernah dia terfikir Shazwan iaitu rakan sekolahnya...