"Pasti takde barang tinggal?" Soal Puan Erna untuk kesekian kalinya.
"Sure!" Saakinah menaikkan ibu jarinya dan menunjukkan kepada ibunya.
Semua barang sudah dimasukkan ke dalam bonet kereta. Saakinah mencium tangan dan memeluk ibunya. Kemudian dia beralih ke ayahnya pula. Walaupun ini bukan kali pertama dia meninggalkan keluarganya, tapi dia masih menitiskan air matanya.
Wani memeluk sekejap kakaknya.
"Abang Shazwan, jaga angah elok-elok tau. Angah ni kalau nak balik U memang macam ni, menangis je" Saakinah terkejut mendengar adiknya Wani mengadu kepada tunangnya itu.
Bukan dia yang sengaja nak menangis. Entah kenapa tiba-tiba air mata ni nak keluar. Dia mana boleh halang.
Kedua-kedua adik lelakinya juga menyalam dan mencium tangannya.
"Saakinah duduk di depan ye. Akak tak suka jalan jauh-jauh duduk depan. Akak nak tidur kat belakang. Okay?"
Kalau ikutkan hati Saakinah mahu sahaja menolak permintaan kak Shaza tapi bila memikirkan dia susah-susah menemaninya, tambah pula dengan perjalanan yang jauh, dia terpaksa bersetuju untuk duduk di sebelah Shazwan.
"Okay kak"
Ketiga-tiga mereka sudah bersedia di dalam kereta, hanya tunggu untuk bergerak sahaja.
"Kitorang gerak dulu ye" Kata Shazwan meminta diri.
"Makcik, kitorang pergi dulu" Shaza melambaikan tangannya.
"Mama, ayah angah pergi dulu"
"Yelah, hati-hati ye. Shazwan, hati-hati bawa kereta tuh. Mengantuk berhenti dulu, jangan paksa" Kerisauan seorang ibu terpancar di wajah Puan Erna.
"Baik ma" Shazwan tersenyum mendengar nasihat daripada ibu tunangnya itu.
Dalam beberapa saat sahaja kereta Audi milik Shazwan pun sudah hilang daripada pandangan. Encik Imam sekeluarga masuk semula ke dalam rumah.
*****
Sepanjang perjalanan Shaza sahaja yang banyak bercerita, kadang-kadang ada juga Saakinah bersuara apabila Shaza menanyakan sesuatu kepadanya.
Shazwan tidak sedar sejak bila Saakinah tertidur di sebelahnya. Tidak sampai 2 jam perjalanan sudah tidur? Shazwan tergelak sendiri. Dia cuba melihat kakaknya dibelakang melalui cermin pandang belakang. Kakaknya kelihatan khusyuk bermain handphonenya. Tidak lama selepas itu, kedengaran kakaknya merungut daripada belakang.
"Bila nak sampai R&R ni. Akak sakit perut lah" Ni pasti kes makan banyak sebelum perjalanan tadi.
"Jap eh kak. Dalam 10 meter lagi. Tahan lah sikit"
Dalam beberapa minit sahaja mereka sudah tiba di stesen R&R. Shaza yang menahan sakit perut tadi terus meluru keluar daripada kereta dan menuju ke tandas. Shazwan terus meletakkan kenderaanya di tempat yang sepatutnya.
Selepas mematikan enjin Shazwan memandang Saakinah di sebelahnya yang masih lena dibuai mimpi sehingga tidak sedar yang kereta tersebut sudah tidak bergerak.
Dia mengamati setiap inci wajah tunangnya itu, dia terleka seketika. Pergerakan Saakinah menyedarkannya semula, dia tidak sepatutnya berbuat demikian. Dia terus mengalihkan pandangannya keluar tingkap.
"Eh, kita dekat mana ni? Mana kak Shaza?" Shazwan memusingkan semula kepalanya ke arah Saakinah.
"Kita dekat R&R. Kak Shaza pergi toilet, dia kata sakit perut. Nak dekat 10 minit juga lah dia pergi"
YOU ARE READING
Lelaki Pilihan-Nya
RomanceKadang-kadang kita terlalu mempercayai apa yang hati kita suka dan kita rasa itu yang terbaik. Kadang-kadang kita juga lupa Dia telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk hati kita. ***** Tidak pernah dia terfikir Shazwan iaitu rakan sekolahnya...