Bab 4

110 5 0
                                    


"Apa?!"

Saakinah terkejut dengan pernyataan yang diberikan oleh ibunya tadi. Bukan sebab ada orang meminangnya tetapi sebab orang yang dikatakan itu satu sekolahnya. Seingatnya dia tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan mana-mana rakan sekolahnya.

"Mama salah dengar ni. Bila diorang datang?"

"Pagi tadi. Baru je diorang balik, angah pun balik," Baru beberapa minit keluarga pihak lelaki datang, Saakinah tiba di rumah.

"Macam nilah angah, angah dah besar. Sekejap lagi dah nak habis belajar. Angah tahu kan ayah dengan mama tak pernah tentukan hidup angah. Angah buatlah keputusan sebaiknya,"

Saakinah hanya mampu memandang lantai marmar rumahnya. 

"Bagi mama, orangnya baik. Hormat orang tua, peramah. Lagipun dia dah ada bisnes sendiri maksudnya pendapatan dia dah stabil,"

"Dan handsome!" Sampuk adik perempuannya.

"Adik memang pantang tengok lelaki handsome sikit" Sindir Firdaus.

"Dah dia memang handsome kan? Alang jealous cakap jelah sebab alang tak handsome macam abang Shazwan," Tiba-tiba Wani terasa telinganya seperti ditarik seseorang. Siapa lagi kalau bukan alangnya.

Firdaus menjelirkan lidah kepada adiknya tanda padan muka.

Saakinah terkejut mendengar nama yang disebut oleh adiknya tadi. Dia pasti adiknya menyebut nama Shazwan. Dia cuba mencari nama itu di kotak fikirannya.

Tak mungkin!

"Mama, nama ayah dia.. Johari ke?" Soal Saakinah bagi memastikan adakah wajah yang muncul di skrin fikirannya adalah orang yang sama

"Hah betul lah. Betul kawan sekolah angah?"

Perlahan-lahan Saakinah mengangguk.

"Jadi apa keputusan angah?" Ayahnya bersuara semula apabila melihat anak keduanya itu hanya diam seperti memikirkan sesuatu.

Saakinah buntu. Shazwan bukanlah seseorang yang amat dikenalinya. Dia berada di kelas 10 manakala Shazwan di kelas 12. Walaupun jarak kelas mereka hanya selang satu kelas, namun sekali pun dia tidak pernah bercakap dengan Shazwan. Ada pun bertegur di laman sosial. Kali terakhir pun 4 tahun lepas.

Tiba-tiba dia teringatkan pertemuannya dengan seseorang pada minggu lepas. Di manakah lelaki itu sekarang agaknya.

"Angah?" Saakinah tersedar daripada lamunannya.

" Mama dengan ayah bagi angah masa seminggu boleh?" Ya, dia perlukan masa untuk berfikir. Fikirannya bercelaru saat itu.

"Ayah bagi angah masa 3 hari, lepas tu bagitau kami keputusan angah," Saakinah terpaksa bersetuju. Dia berharap 3 hari itu cukup baginya.

Saakinah meminta diri untuk masuk ke bilik selepas ayah dan ibunya seperti tiada apa lagi yang mahu di bincangkan.

Ketika dia mendaki tangga, dia terdengar suara ahli keluarganya yang lain berbual tentang lelaki yang datang ke rumahnya tadi.

"Adik peliklah dengan angah ni, punya lah macho abang Shazwan tu boleh pulak dia tak excited. Kalau adik terus setuju je,"

"Ya Allah budak kecik ni! Umur tu baru 8 tahun tahu tak. Pergi buat kerja sekolah, sudah-sudah tu main game," Kedengaran mama berleter dengan adiknya. Ketawa dia mendengar celoteh adik perempuannya itu.

Saakinah duduk di hadapan meja belajarnya. Apa yang mahu dibuatnya pun dia tidak tahu. Tiba-tiba dia terpandang sebuah novel englishnya yang tersusun rapi bersama buku-buku yang lain. 

Kejadian seminggu lepas kembali bertandang di fikirannya. Kalau bukan sebab novel ni jatuh, pasti dia takkan menyebut nama lelaki dan pasti lelaki itu tidak menegurnya kembali. Dia tersenyum sendiri.

*****

Di saat semua orang sedang menikmati tidur masing-masing, Saakinah pula berada di atas tikar sejadah memohon petunjuk-Nya.

"Ya Allah, hambamu ini buntu. Hamba cuai dalam membuat keputusan. Hamba tidak mampu ya Allah. Jika dia benar untukku, jika dia adalah yang terbaik untukku, maka engkau permudahkanlah urusan kami. Jika dia bukan untukku dan ada yang lebih baik yang telah engkau sediakan untukku, maka engkau tunjukkan lah Ya Allah"

Hanya kepada Sang Pencipta sahajalah dia mampu mengadu dan meminta petunjuk. Sesungguhnya, Allah adalah perancang yang terbaik.

*****

Sudah 2 hari berlalu. Esok adalah hari sepatutnya dia memberi keputusan kepada ayahnya. Namun begitu, tiada apa-apa petunjuk daripada-Nya. Dia tidak putus-putus memohon.

Semasa Saakinah menuruni tangga, dia terdengar ibu bapanya sedang berbual di ruang tamu rumahnya.

"Mama berkenan dengan Shazwan tu. Keluarganya juga peramah. Tapi mama taknak paksa angah tu. Dia tau apa yang terbaik untuknya"

"Betul mama. Kita sebagai orang tua hanya mampu beri yang terbaik. Pasal jodoh anak-anak, kita tidak sepatutnya masuk campur. Paling penting orang itu mampu menjaga angah dan memimpin angah, ayah terima je,"

"Ayah ingat tak mula-mula dia datang sendiri tu. Berani betul. Mama ingat dia cakap, sudah 4 tahun dia tak berjumpa dengan angah, dia cakap sebelum dia berjumpa dengan angah dia perlu jumpa kita dulu,"

"Jarang ada lagi anak muda macam tu"


Saakinah tidak jadi menuju ke ruang tamu dan hanya berdiri di tangga. Nampaknya ibu bapanya sangat menyukai Shazwan. Benarkah Shazwan sangat baik seperti yang diperkatakan oleh kedua orang tuanya itu.

Dia teringat semasa dia berada di Tingkatan Lima, Shazwan pernah didenda kerana memanjat bumbung asrama. Dia tahu, walaupun Shazwan seorang yang nakal tapi dia sangat dikagumi oleh rakan-rakannya yang lain kerana sikapnya.

Dia masuk kembali ke dalam biliknya. Kotak yang berada di bawah katil ditariknya keluar. Majalah sekolahnya dikeluarkan kembali. 

Majalah sekolah yang berada di tangan diselak setiap muka surat. Tibanya di satu muka surat, dia berhenti seketika.

Kelas 12.

Saakinah mencari-cari di manakah Shazwan. Oleh kerana Shazwan seorang yang tinggi lampai, dia diletakkan di barisan paling belakang dan di tengah-tengah.

Terbit senyuman di bibirnya. 

Dia meletakkan kembali majalah tersebut ke dalam kotak dan ditolaknya kotak itu ke bawah katil semula. 

Saakinah menuju ke meja soleknya. Dia membelek-belek mukanya sendiri. Entah apa yang difikirkan pun dia tidak tahu. Tiba-tiba dia menganggukkan kepalanya.




Lelaki Pilihan-NyaWhere stories live. Discover now