Akhirnya mereka sampai juga di Kelantan selepas kira-kira 10 jam mengharungi jalan raya.
"Kita berhenti solat dulu" Kata Shazwan.
Kereta Audi milik Shazwan berhenti di perkarangan Masjid Al-Ghaffar. Saakinah dan Shaza menuju ke ruang solat wanita yang berada di tingkat dua manakala Shazwan ke ruang solat lelaki.
Shazwan yang siap lebih awal menunggu sambil bersandar pada keretanya.
Ahh.. Lenguh nya badan ni. Dah lama tak memandu jauh macam ni.
Shazwan mengurut tengkungnya dan lengannya yang lenguh kerana memandu terlalu lama.
Saakinah yang baru keluar daripada ruang solat perempuan terlihat Shazwan yang sedang melepaskan lenguh di badan.
"Awak, kunci kereta?" Saakinah menghulurkan tangannya pada Shazwan.
"Ha? Buat apa?" Shazwan terpinga-pinga kerana tiba-tiba sahaja Saakinah meminta kunci kereta daripadanya.
"Saya drive, awak rehat"
"Eh, tak payah lah. Saya boleh drive lagi"
Haih dia ni, dah penat macam tu tak reti berehat ke? Atau dia taknak kasi aku drive Audi dia ni? Takut aku rosakkan ke apa?
Saakinah membuat andaian sendiri, tidak puas hati dengan jawapan yang diberi oleh Shazwan.
"Saya akan bawa Audi awak ni baik-baik, jangan lah risau. Sini lah kunci"
"Bukan masalah Audi saya ke apa. Tapi takkan lah awak drive saya tidur kat sebelah. Saya lelaki, tak gentle lah"
Semakin geram Saakinah dengan makhluk Allah yang seorang ni. Orang nak bagi dia rehat pun masalah ke?
"Okay, suka hati awak"
Saakinah terus masuk ke tempat duduk sebelah pemandu tanpa memandang Shazwan.
Shazwan tahu pasti tunangnya itu merajuk. Dia buka pintu tempat duduk penumpang itu. Saakinah yang duduk di situ buat tidak endah dengan tindakan Shazwan.
Sakit hati semalam tak habis lagi. Ni nak bagi orang sakit hati lagi. Aduh, geramnya!
"Nah kunci. Tarik lah balik bibir awak tu panjang sangat"
Shazwan menghulurkan kunci kereta. Sempat lagi dia mengenakan tunangnya.
Saakinah merentap kunci daripada Shazwan dan terus ke tempat duduk pemandu. Tidak lama selepas itu, Shaza tiba di kereta.
"Ok jom!"
Semua hanya mendiamkan diri. Shaza dapat merasakan pasti ada yang tidak kena pada mereka berdua.
Saakinah terus membawa kereta ke rumah sewa yang bakal di sewanya dengan 5 lagi rakan universitinya.
"Akak, kita pergi rumah sewa saya dulu ya. Selepas itu kita pergi breakfast"
Shaza mengangkat ibu jarinya tanda bersetuju dengan idea tersebut.
Saakinah memandang Shazwan di sebelah. Nampak sangat lena dia tidur. Kelihatan jelas wajahnya yang kepenatan. Saakinah tersenyum sendiri.
Tidak sampai satu jam mereka sudah sampai di rumah sewa Saakinah. Saakinah memakirkan kereta di hadapan rumah sewanya.
"Akak, Kinah nak angkat barang sekejap,"
"Kalau macam tu akak tolong lah. Jap akak bangunkan Shazwan"
Baru sahaja Shaza ingin membangunkan adiknya Saakinah sudah menghalang. Saakinah memberitahu Shaza biarlah Shazwan berehat dahulu.
YOU ARE READING
Lelaki Pilihan-Nya
RomanceKadang-kadang kita terlalu mempercayai apa yang hati kita suka dan kita rasa itu yang terbaik. Kadang-kadang kita juga lupa Dia telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk hati kita. ***** Tidak pernah dia terfikir Shazwan iaitu rakan sekolahnya...