Saakinah menceritakan semuanya kepada Qaisara daripada keluarga Shazwan datang masuk meminang sehinggalah macam mana Shazwan boleh menghantarnya ke kelantan pada hari itu.
"Jadi nikahnya bila?" Soal Qaisara selepas mendengar penjelasan rakannya.
"Next year masa cuti sem" Jawab Saakinah dengan tenang.
"Tapi kalau kau nikah tahun depan, last year kau macam mana?"
"Macam mana apa? Study jelah macam biasa"
"Dekat sini? Habis itu suami kau macam mana? Takkan lah dia duduk KL kau duduk Kelantan? Jauhnya weh,"
Saakinah hanya mengangguk.
"Jadi setahun lah korang akan duduk asing?" Qaisara seperti tidak percaya. Suami isteri mana yang sanggup berpisah selama setahun.
"Ya. Takkan lah dia nak pindah sini pula. Syarikat dia dekat KL siapa nak urus? Then, takkan lah aku nak pindah U pula. Macam boleh sahaja. Lagipun setahun sahaja. Tak duduk sama setahun bukan tak jumpa setahun," Saakinah tergelak melihat muka Qaisara yang memang nampak terkejut dengan semua ini.
"Apa-apa sahajalah. Janji kau bahagia. Aku tak kesah pun sebenarnya kau nak tunang dengan siapa. Aku cuma terkilan sikitlah sebab kau tak bagitau aku lansung. Ni kahwin nanti jangan lupa bagitau aku. Aku turun KL"
"Betul ni?" Saakinah terus memeluk rakan baiknya itu.
Saakinah tahu Qaisara takkan marah lama-lama. Qaisara seorang yang sangat memahami walaupun dia sebenarnya sedikit kecewa.
"Aku dah cerita semuanya. Aku lapar sekarang ini. Kau belanja aku kuey tiew tomyam dekat kedai depan itu. Jom!"
"Yelah, aku siap sekejap" Qaisara terus menghilangkan diri ke dalam bilik.
*****
Shazwan yang sedang fokus menghadap komputer ribanya tersentak apabila mendengar pintu biliknya diketuk daripada luar.
"Masuk" Kata Shazwan kemudian menumpukan semula pemerhatiannya ke komputer riba di hadapan.
"Bro, tak lunch ke?" Tanya Fareez.
"Kau pergi jelah"
Amboi. Gigih betul kerja mamat sorang ni, sampai aku ajak makan pun buat tak tahu sahaja.
"Relaks lah bro. Tahu lah dah nak kahwin. Jangan lah gigih sangat kerja tu. Kalau tunang kau tahu ni mesti dia tak jadi kahwin dengan kau"
Shazwan memandang Fareez dengan perasaan tidak puas hati. Apa kaitan dia kuat kerja dengan Saakinah taknak kahwin dengan dengan dia pula. Dia kuat kerja pun sebab nak kahwin lah ni.
"Nanti aku makan lah. Sikit sahaja lagi ni,"
Fareez ketawa mendengar jawapan rakannya itu. Sikit Shazwan, banyak bagi dia. Kalau suruh pergi dulu memang maksud tak makan tengah hari lah mamat ni.
"Aku bagitau Saakinah" Jerit Fareez sebelum keluar daripada bilik Shazwan sambil ketawa.
Shazwan sudah tersenyum sendiri. Apalah agaknya tunangnya sedang buat sekarang? Pasti ada kelas. Beberapa bulan sahaja lagi dia sah menjadi suami kepada wanita bernama Saakinah.
*****
"Shazwan, mari duduk sini ibu nak cakap," Laung Puan Maria daripada ruang tamu rumahnya.
Shazwan yang baru sahaja menuruni tangga terus ke ruang tamu apabila ibunya memanggilnya. Terbatal niatnya untuk duduk di luar rumah.
Dia melabuhkan punggung di sebelah ibunya.
"Ada apa ibu?" Soal Shazwan.
"Bila kamu nak selesaikan hal nikah kamu ni? Baju semua itu tak tempah lagi. Hantaran pun tak beli lagi. Kad jemputan tak buat lagi. Sempat ke ni? Kamu ni sibuk sangat kerja. Nanti tak jadi nikah kamu jugak yang meraung nanti."
YOU ARE READING
Lelaki Pilihan-Nya
RomanceKadang-kadang kita terlalu mempercayai apa yang hati kita suka dan kita rasa itu yang terbaik. Kadang-kadang kita juga lupa Dia telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk hati kita. ***** Tidak pernah dia terfikir Shazwan iaitu rakan sekolahnya...