"Saakinah?"
Saakinah hanya mendiamkan diri apabila namanya dipanggil. Selepas lebih setahun tidak berjumpa akhirnya dia berjumpa tetapi setelah bergelar isteri orang.
Tapi mengapa jantungnya berdebar-debar. Masih simpan perasaan kah dia pada lelaki tersebut?
"Awak tak ingat Najhi ke?" Soalan suaminya menyedarkannya dari lamunan sebentar tadi.
Tiba-tiba timbul rasa bersalah dalam hatinya. Bagaimana dia boleh memikirkan perasaannya terhadap lelaki lain sedangkan suaminya ada disebelahnya.
"Sayang?" Tegur Shazwan lagi apabila isterinya masih berdiam diri.
"I.. ngat. Saya ingat" Jawab Saakinah perlahan.
"Aku taktau pulak kau kahwin dengan Saakinah ex-schoolmate kita. Aku ingatkan Saakinah lain. Korang berdua memang ada apa-apa ke sebelum nih? Kau tak pernah bagitau aku pun. Kata brotherhood" Ketawa Shazwan mendengar bebelan Najhi.
"Sabar lah bro. Kitorang takda apa-apa pun. Aku yang datang mengejut melamar Saakinah. Kan sayang?" Kata Shazwan lalu memberi senyuman kepada isterinya. Tangannya pula tidak lepas daripada memegang tangan isterinya.
Saakinah tidak tahu perasaan apa yang sedang dia rasa pada waktu itu. Bukan Shazwan tidak pernah memanggilnya sayang sebelum ini. Tetapi dia berasa sangat tidak selesa. Dia tidak mahu Najhi melihat kemesraannya dengan suaminya.
Saakinah meminta diri untuk naik ke bilik dengan alasan ingin menyiapkan assignment yang tergendala sebentar tadi dan dalam masa yang sama tidak mahu mengganggu perbualan dua sahabat itu.
Semasa mendaki tangga Saakinah berhenti sebentar dan memandang ke arah ruang tamu. Diperhatinya sahaja lelaki itu dan tanpa sedar bibirnya mengukirkan senyuman. Dan yang pasti lelaki yang diperhatikannya itu bukanlah suaminya.
"Kina buat apa berdiri kat tangga nih?" Terkejut dia tiba-tiba kakak iparnya muncul entah daripada mana. Allah sahaja yang tahu betapa lajunya jantungnya pada waktu itu. Dia khuatir kakak iparnya tahu apa yang dilakukannya tadi.
"Takda apa kak. Nak naik atas nak sambung buat kerja. Taknak lah kacau diorang berbual" Kata Saakinah diikuti dengan ketawa kecil bagi menutup debaran.
"Mesti Shazwan berbual dengan Najhi sampai tak ingat isteri dia kan? Diorang memang macam tuh kalau dah jumpa"
"Macam tulah nampak gayanya kak. Kina naik atas dulu ye?" Sebelum Kak Shaza perasan apa-apa baik dia beredar dahulu.
*****
"Bila kau usha bini kau tuh? Tak story apa-apa pun. Dari sekolah lagi ke?" Najhi masih tertanya-tanya.
"Dari sekolah lah jugak. Tapi dia taktau apa-apa pun. Aku yang datang melamar dia. Sebenarnya masa tuh aku gamble je. Kalau dia tolak memang gila bayang lah aku. 5 tahun aku nak ready kan diri kot" Jelas Shazwan. Apabila dia fikir balik apa yang dilakukannya itu memang berani habislah. Nasib baik semuanya berjalan lancar.
Lama juga dua sahabat itu berbual. Selepas makan tengah hari baru lah Najhi meminta diri untuk pulang. Ada kerja lain katanya.
Selepas kereta Najhi meninggalkan perkarangan rumahnya, Shazwan terus berlari ke bilik.
Apabila dia masuk ke bilik, isterinya baru sahaja selesai menunaikan Solat Zohor. Tanpa sengaja dia terdengar doa isterinya.
"Ya Allah, ampun kan lah dosa hamba. Sesungguhnya hamba insan yang berdosa. Hamba berdosa kepada suami hamba. Hamba memandang lelaki lain dia saat suami hamba ada di sebelah hamba Ya Allah"
YOU ARE READING
Lelaki Pilihan-Nya
RomansaKadang-kadang kita terlalu mempercayai apa yang hati kita suka dan kita rasa itu yang terbaik. Kadang-kadang kita juga lupa Dia telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk hati kita. ***** Tidak pernah dia terfikir Shazwan iaitu rakan sekolahnya...