5 tahun kemudian..
"Alamak lambat lah pulak escalator ni gerak. Train macam dah sampai. Kalau terlepas yang ni confirm lagi setengah jam kena tunggu" Bebel Najhi semasa menaiki tangga bergerak di Stesen Lrt Setiawangsa. Setibanya di tingkat satu, Najhi terus berlari ke arah kereta api yang telah memberi amaran bahawa pintu akan ditutup sebentar sahaja lagi. Tanpa sedar dia telah melanggar seorang perempuan.
"Ouch."
"Maaf-maaf saya tak sengaja. Saya terburu-buru tadi." Najhi mengucapkan kata-kata maaf setelah terlanggar seorang perempuan sehingga membuatkan buku perempuan tersebut terjatuh. Tanpa menunggu lagi Najhi terus tunduk untuk mengambil buku tersebut. Pada masa yang sama perempuan itu turut mencapai buku yang sama. Tidak semena-mena tangan mereka hampir bersentuhan. Perempuan tersebut terus menarik tangannya.
"Najhi" Tanpa sedar Saakinah menyebut nama tersebut apabila melihat muka lelaki yang melanggarnya tadi.
Macam mana lah mulut ni boleh terlepas pulak. Habis lah kalau kantoi yang aku ni budak batch dia. Kenapalah aku berdebar pulak ni? 5 tahun dah berlalu takkan lah. Tak ada apa-apalah. Kata Saakinah di dalam hati.
"Ha? Kenal ke?" Soal Najhi sambil menghulurkan buku kepada perempuan yang dilanggarnya sebentar tadi. Pelik dia melihat reaksi perempuan di hadapannya itu seperti ada yang tidak kena.
Saakinah kaku tanpa kata. Dia rasa ingin sahaja hilang daripada situ. Kalaulah dia ada jubah Harry Potter, sudah semestinya dia menyembunyikan dirinya di dalam jubah tersebut. Saakinah menggeleng-geleng sendirian.
"Kita kenal ke?" Soal Najhi sekali lagi setelah perempuan di hadapannya itu tidak menjawab soalannya sebentar tadi.
Saakinah terus menggelengkan kepala berpura-pura tidak kenal. Mana mungkin dia tidak kenal lelaki yang disukainya itu sejak di tingkatan lima lagi. Bagi menyelamatkan diri Saakinah terus beredar daripada situ. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa rasa ingin meletup dadanya ketika itu.
"Alamak kereta api dah blah lah pulak. Lambat lagi lah nampaknya harini. Kereta pulak bila nak siap ni. Tak pasal-pasal kena naik train setiap hari." Bebel Najhi seorang diri apabila menyedari kereta api sudah lama pergi. Dia teringat akan perempuan yang seperti mengenalinya tadi. Matanya melilau ke sekeliling stesen kereta api itu dengan harapan menjumpai perempuan tadi.
Aku pasti itu dia. Najhi mengamati wajah perempuan yang duduk di atas bangku yang berada tidak jauh daripadanya. Saakinah! Ye itu Saakinah!
"Saakinah kan?"
Saakinah mendongakkan kepalanya apabila seseorang menyebut namanya.
Alamak apa pulak Najhi buat kat depan aku ni. Sekejap, dia ke yang panggil nama aku tadi? Takkan lah nenek sebelah nih. Soal Saakinah di dalam hati sambil memandang ke arah nenek yang duduk di sebelahnya. Saakinah berpura-pura menganggap soalan tadi bukan ditujukan kepadanya lalu kembali menundukkan kepalanya.
"Saya sure awak Saakinah kan? Kelas 10" Soal Najhi lagi tidak berpuas hati dengan reaksi yang ditunjukkan perempuan di hadapannya itu.
Saakinah mengangguk perlahan tanda betul. Saakinah berkira-kira untuk mengangkat kepalanya semula. Tiba-tiba terdengar bunyi bising menandakan kereta api seterusnya sudah sampai. Tanpa mengambil masa Saakinah terus berdiri lalu menundukkan kepalanya sedikit kearah Najhi tanda mahu meminta diri. Tanpa berlengah lagi, Saakinah terus melajukan langkahnya kearah pintu yang sudah terbuka itu.
Najhi yang memerhati Saakinah semenjak tadi sehingga perempuan tersebut hilang ke dalam perut kereta api tersedar apabila bunyi amaran menandakan pintu akan ditutup sebentar lagi. Najhi terus berlari sebelum dia ditinggalkan sekali lagi.
Ya Allah, apa aku buat tadi. Aku tak sepatutnya memerhati seorang perempuan ajnabi sepertii tu. Najhi beristighfar kerana sudah melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan perasaan yang tidak sepatutnya. Dia seharusnya menundukkan pandangannya.
*****
Setibanya di rumah Saakinah meletakkan beg dan buku yang dibawanya tadi di atas meja belajar lalu membuka tudung yang dipakainya lalu dicampaknya ke dalam bakul yang terletak di sebelah almari pakaiannya. Tanpa berlengah lagi terus dia melompat ke atas katil bagi menghilangkan rasa letih akibat menemani rakannya Hafiza shopping.
Hafiza merupakan rakan baiknya sejak tingkatan tiga lagi. Nama rakan baiknya itu sebijik dengan bekas rakan biliknya, Hafizah ketika di tingkatan lima. Yang membezakan mereka hanya huruf 'h' dibelakang. Perangai semestinya berbeza. Hafizah, rakan biliknya seorang yang agak sosial dan mempunyai princess syndrome. Hafiza, rakan baiknya pula seorang yang sangat setia kawan walaupun sekolah mereka tidak sama sejak Tingkatan Empat kerana Saakinah berpindah ke asrama tetapi hubungan mereka tidak pernah renggang. Dengan Hafiza dan seorang lagi rakan baiknya, Syafika lah tempat dia melakukan perkara yang gila-gila.
Pernah sekali seminggu selepas SPM tamat mereka keluar berjalan-jalan memakai uniform sekolah walaupun sebenarnya mereka sudah meninggalkan zaman persekolahan mereka tapi bagi mereka sesuatu yang lain itu mesti dicuba walaupun perkara itu kadang-kadang tidak masuk akal. Tetapi halal haram masih dititikberatkan. Saakinah selalu berharap yang persahabatan mereka akan kekal walaupun mereka sudah bercucu suatu hari nanti.
****
"Macam mana lah aku boleh terserempak dengan dia? Dia masih macam dulu. Selalu kelam kabut" Saakinah ketawa kecil teringatkan perkara yang berlaku di stesen lrt tadi. Berjumpa selepas 5 tahun tidak pernah terlintas di fikirannya.
Saakinah terpandang ke arah jam dinding yang tersangkut dibiliknya itu, Saakinah terkejut melihat jam yang menunjukkan sudah pukul 5.30 petang. Baru dia teringat yang dia belum menunaikan Solat Asar. Dia pun bangkit dari pembaringannya lalu mencapai tuala dan terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Seusai mandi dia terus menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba-Nya dengan segera.
Saakinah berdoa agar perasaan yang timbul semula di hatinya itu dihilangkan. Dia tidak sepatutnya mengingati seorang lelaki ajnabi. Apalagi mungkin lelaki itu sudah berpunya. Saakinah menitiskan air mata di atas tikar sejadah di dalam biliknya.
YOU ARE READING
Lelaki Pilihan-Nya
RomantizmKadang-kadang kita terlalu mempercayai apa yang hati kita suka dan kita rasa itu yang terbaik. Kadang-kadang kita juga lupa Dia telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk hati kita. ***** Tidak pernah dia terfikir Shazwan iaitu rakan sekolahnya...