Walimatulurus kedua-dua belah pihak diadakan sekaligus di sebuah dewan. Ramai tetamu dijemput bagi memeriahkan lagi majlis.
Saakinah yang berada di dalam kereta berdebar-debar apabila kereta yang dipandu oleh adiknya semakin mendekati dewan di mana majlisnya dan Shazwan diadakan. Tiba-tiba dia berasa getaran daripada beg tangannya. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan melihat nama si pemanggil.
Shazwan.
"Assalamualaikum. Awak dekat mana ni?"
"Waalaikumussalam. Saya baru sahaja sampai. Firdaus tengah parking kereta ni"
"Saya dah sampai. Saya tunggu awak kat pintu masuk ok?"
"O..key.." Saakinah pun tidak tahu, kebelakangan suara lelaki ni sentiasa menggetarkan jiwanya. Lebih-lebih lagi lelaki ini sudah sah menjadi suaminya.
Saakinah melihat wajahnya pada cermin kecilnya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya dia berhati-hati melangkah keluar daripada kereta. Maklumlah dia tidak biasa memakai kasut tumit tinggi yang terlebih tinggi ni.
Bukan dia nak sangat pakai, tapi ramai yang menyuruhnya kerana mereka kata supaya sepadan bila berdiri sebelah Shazwan nanti. Suaminya itu memang seorang yang tinggi. Saakinah pun mungkin hanya paras bahu sahaja. Tapi tidak perlulah menyeksa diri seperti ini. Buat sakit kaki sahaja.
Adiknya Firdaus memimpinnya sehingga ke pintu depan dewan. Saakinah dapat melihat keluarganya dan keluarga suaminya sudah menunggu disitu. Tapi tidak pula dia melihat kelibat Shazwan.
Saakinah terus bersalaman dengan mertuanya. Sedang dia melihat sekeliling seperti mencari sesuatu tiba-tiba satu suara seperti berbisik di telinganya.
"Assalamualaikum"
Saakinah terus memusingkan badannya 180 darjah. Nasib baik tak tersungkur dek kasut tumit tinggi yang dipakainya.
"Waalaikumussalam. Awak dari mana? Tak nampak pun dari tadi."
"Cari saya ke? Saya pergi toilet tadi. Nervous lah katakan. Tak nervous ke?"
Gila tak nervous. Dahlah dia tak pandai nak catwalk bagai ni. Kena pulak depan orang ramai. Tambah pulak kasut yang dipakainya mungkin boleh bawa malapetaka nanti. Jalan pulak sebelah lelaki. Eh sekejap, kena pegang tangan ke nanti?
Saakinah bermonolog sendiri. Shazwan melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka isterinya. Boleh pulak mengelamun tengah hari macam ni.
Saakinah tersedar terus menundukkan mukanya. Mana tak malu, orang tanya sikit dia boleh mengelamun ke lain pulak.
Shazwan geli hati melihat gelagat isterinya. Baru sehari jadi isterinya dah buat dia gembira. Tidak sabar dia menunggu hari-hari seterusnya.
"Laki bini dua orang tuh tak reti nak ready ke? Tetamu semua dah tunggu bilalah pengantin nak sampai. Dia pulak boleh buat drama kat situ." Bebel Kak Shaza.
Shazwan menghulurkan tanggannya kepada isterinya. Teragak-agak Sakinah untuk menyambutnya. Melihat senyuman yang terlakar di bibir suaminya itu menyenangkan lagi hatinya.
Saakinah memaut lengan suaminya. Dia menjengketkan sedikit kakinya supaya dapat berbisik di telinga Shazwan.
"Awak, sebenarnya saya tak pandai pakai kasut tumit tinggi yang lebih-lebih macam ni. Apa-apa jadi awak tolong saya tau. Awak faham kan?"
Shazwan tergelak mendengar kata-kata isterinya. Saakinah masih menunggu jawapan Shazwan tetapi apa yang dia dapat adalah kenyitan mata.
Selepas diarahkan untuk masuk kedalam dewan, Shazwan dan Saakinah masuk kedalam dewan diiringi dengan paluan kompang. Mereka menjadi tumpuan para tetamu yang hadir. Kedua-duanya memakai baju sedondon bertemakan warna pink lembut.
YOU ARE READING
Lelaki Pilihan-Nya
RomanceKadang-kadang kita terlalu mempercayai apa yang hati kita suka dan kita rasa itu yang terbaik. Kadang-kadang kita juga lupa Dia telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk hati kita. ***** Tidak pernah dia terfikir Shazwan iaitu rakan sekolahnya...