Bab 11

100 7 0
                                    

"Pilih sahaja lah mana-mana handbag yang awak suka" Kata Shazwan.

Daripada tadi mereka berada di kedai tersebut tetapi satu handbag pun belum dipilihnya.

"Semua handbag dalam ni mahal lah. Buat apa nak membazir duit untuk hantaran saya sahaja? Kita pergi tempat lain lah"

Saakinah sudah melangkah ke luar kedai tersebut. Kalau ikutkan hati memang dia mahu sahaja memilih mana-mana yang disukainya daripada kedai tersebut. Semuanya cantik-cantik belaka. Perempuan mana yang tak terliur melihat semua itu. Tetapi memikirkan harganya yang hampir mencecah RM 500, biarlah dia menelan air liur sahaja. Banyak lagi perkara yang lebih penting yang menggunakan wang yang banyak.

Shazwan sudah pening melayan kerenah tunangnya. Suruh pilih pun susah. Bukan suruh bayar pun.

"Saakinah!" Jerit Shazwan perlahan.

Saakinah memusingkan kepalanya apabila mendengar Shazwan memanggilnya.

Shazwan menghulurkan botol air kepada Saakinah.

"Awak pegang hujung botol air tu. Jangan lepas, kalau tidak saya tinggalkan awak" Ugut Shazwan.

Tanpa berfikir Saakinah terus memegang hujung botol yang dihulur Shazwan.

Shazwan pula memegang bahagian hujung lagi satu botol tersebut. Lalu dia melangkah semula ke kedai tersebut. Secara tidak lansung Saakinah juga tertarik sama.

Sebelum tunangnya itu lari kemana-mana lebih baik dia tarik balik masuk ke kedai itu semula. Ikutkan hatinya mahu sahaja menarik tangan wanita itu tetapi halal dan haram harus diutamakan.

Masuk sahaja ke dalam kedai tersebut, Shazwan terus duduk dia atas bangku yang disediakan.

"Kalau awak tak pilih, kita tak balik" Ugut Shazwan.

Terkejut Saakinah mendengar ugutan Shazwan. Takkan lah mereka mahu tidur di shopping complex itu pula?

Sedang Saakinah berfikir, tiba-tiba seseorang menyentuh bahunya daripada belakang.

"Dah pilih dah?" Tanya Shaza.

"Belum" Jawab Shazwan memotong kata-kata Saakinah sambil membuang muka ke tempat lain.

"Eh kenapa tak pilih lagi? Banyak lagi yang tak beli ni" Ngomel Shaza.

"Bakal adik ipar akak ni lah memilih sangat."

Saakinah sudah mengetap bibir mendengar kata-kata Shazwan. Aku pulak yang kena? Aku cuma taknak membazir.

"Akak, harga dekat sini mahal-mahal lah. Kinah rasa better kita cari tempat lain" Kata Saakinah sedikit berbisik takut didengari oleh Shazwan. Membebel lagi nanti.

"Alahai Shazwan tak bagitahu kamu ke? Shazwan dapat diskaun beli sini sebab kedai ni salah satu kedai kawan dia. Jadi, kamu jangan risau."

Kawan? Hebat juga bakal suami aku ini. Mana tak hebat, di usia muda dia telah memiliki syarikat sendiri. Kalau nak dibandingkan dengan aku ni, apa pun tak ada. Belajar pun tak habis lagi. Macam enggang dengan pipit. Kalau ikut pepatah melayu, enggang dengan pipit mana boleh terbang sama. Mungkin kah aku pun sama macam pipit itu? Tidak layak terbang bersama enggang.

"Awak nak yang mana?" Suara Shazwan mematikan lamunannya. 

Saakinah menunjukkan satu handbag yang berharga RM399. Itu sahaja lah antara yang paling murah dan berkenan di hatinya.

"Okay, saya nak yang itu"Kata Shazwan kepada pekerja disitu.

Selesai membeli semua hantaran, mereka berhenti sebentar di Restoran Ketam iaitu restoran stemboat kegemaran Shazwan dan Shaza.

Lelaki Pilihan-NyaWhere stories live. Discover now