Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Saakinah hanya mendiamkan diri. Puan Erna juga tidak berani untuk menegur anak perempuannya itu. Dia tahu anaknya itu masih terkejut dengan perbincangan di rumah Encik Johari sebentar tadi.
Saakinah tanpa berkata apa-apa terus naik ke biliknya. Dia membuka shawlnya dan menukar pakaian kepada pakaian yang lebih selesa untuk tidur lalu menuju ke bilik air untuk membasuh muka. Dia berasa sangat bercelaru ketika itu.
Saakinah sudah menarik selimut. Dia cuba berpusing ke kiri ke kanan tetapi dia masih tidak boleh melelapkan mata. Tiba-tiba pintunya di ketuk daripada luar.
"Angah, boleh mama masuk?" Tanya Puan Erna.
"Masuklah ma" Saakinah terus bangkit daripada pembaringannya.
Puan Erna melabuhkan punggung dia atas katil anaknya.
"Angah okay?" Saakinah tersenyum nipis.
"Kenapa mama tak bagitau angah awal-awal? Mama tau kan angah masih terkejut dengan pertunangan ni. Kenapa mama tak bagitau kitorang bernikah tahun depan. Semua ni berlaku sangat cepat bagi angah"
Puan Erna mengusap kepala anak perempuannya itu. Dia dapat melihat anaknya menitiskan air mata. Ibu mana yang tidak susah hati melihat anaknya sedih. Dia juga rasa bersalah kerana tidak memberitahu Saakinah perkara ini daripada awal. Jika tidak pasti anaknya tidak tertekan seperti ini.
"Mama minta maaf. Mama memang nak bagitau angah. Tapi mama tak tahu macam mana nak bagitau. Lagipun kitorang bincang semua ni masa buat persiapan majlis pertunangan angah dengan Shazwan. Mula-mula mama tak setuju juga sebab angah tak habis belajar lagi. Tapi Shazwan bagitau dia tak nak bertunang lama-lama. 2 tahun tu lama. Apa-apa boleh jadi, dia dah janji akan jaga angah sebaiknya"
Saakinah hanya berdiam diri semasa ibunya menjelaskan kepadanya.
"Angah okay ma. Angah cuma perlukan masa untuk terima semua ni" Saakinah tahu tiada siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini. Dia salah juga kerana endah tidak endah dengan persiapan mereka.
"Takpelah, mama keluar dulu. Angah berehatlah" Dicium dahi anak perempuannya itu lalu berlalu keluar.
Saakinah tidak terus tidur. Dia bangkit semula daripada katilnya dan menuju ke bilik air. Pada saat seperti ini, hanya kepada-Nya dia mampu mengadu nasib. Hanya kepada-Nya dia mampu minta pertolongan.
Malam itu, seorang lagi hamba-Nya menangis di tikar sejadah meminta pertolongan daripada yang Maha Kuasa.
*****
Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Seluruh ahli di dalam rumah tersebut kepenatan kerana membuat persiapan untuk majlis pada esok hari.
Saakinah bermalas-malasan di bilik. Semuanya telah siap. Dia hanya perlu menyiapkan dirinya untuk hari esok.
"Angah! Ni Syafika dengan Hafiza dah sampai" Jerit Puan Erna daripada tingkat bawah.
"Syafika, Hafiza naik jelah atas. Saakinah ada kat bilik tu"
"Okay makcik!" Kedua-dua mereka menunjukkan tabik hormat. Mereka memang sudah mesra dengan ibu Saakinah.
"Makcik oi. Bukak lah pintu. Berangan jadi bini orang lah tu"
Saakinah terkejut mendengar pintu biliknya diketuk. Dia mencabut earphonenya daripada telinga. Memanglah dia tidak dengar ibunya menjerit daripada bawah, telinga disumbat rupanya.
"Lah korang rupanya. Kenapa tak bagitau dah sampai?"
"Habis suara makcik Erna jerit tadi kau boleh tak dengar? Ni mesti dengar lagu kan?" Tahu benar mereka perangai rakan mereka yang sorang ni. Kalau dah semua tak dengar tuh pasti tengah dengar lagu.
Sedang mereka bertiga berbual-bual, Puan Erna memanggil untuk makan malam. Malam itu, Syafika dan Hafiza akan tidur di rumah Saakinah. Saakinah yang mengajak mereka. Nak menghilangkan nervous katanya.
"Angah dah sedia untuk esok?" Soal Encik Imam.
"In Shaa Allah ayah" Saakinah menguntumkan senyuman.
Encik Imam dan Puan Erna lega melihat anaknya sudah tidak tertekan lagi dan dapat menerima semuanya. Mereka sentiasa berharap agar Shazwan ialah jodoh yang terbaik bagi puteri kedua mereka itu.
*****
"Nervous ke?" Soal Syafika.
"Siapa tak nervous"
Pada hari pertunangan tersebut Saakinah mengenakan dress putih labuh dipadankan dengan wide-shawl juga berwarna putih. Make-up yang dikenakan hanya sekadar menyerikan mukanya.
Tidak sampai 15 minit, rombongan sudah sampai. Saakinah hanya duduk di dalam biliknya dan Puan Maria yang datang untuk menyarungkan cincin.
Suci iaitu kakak sulung Saakinah mengurut belakang adiknya itu. Dia tahu perasaan adiknya ketika itu, dia pernah mengalaminya sebelum ini.
Beberapa minit selepas itu, Puan Maria masuk ke dalam bilik dan mengambil tempat di sebelah Saakinah di atas katil.
Saakinah menghulurkan tangannya dan Puan Maria menyarungkan cincin ke jari manis tangan kanannya. Dalam beberapa saat dia sah menjadi tunang kepada Shazwan. Selesai cincin disarungkan, Saakinah menyalam Puan Maria tanda hormat.
Selepas itu, ada majlis makan kecil-kecilan sahaja. Puan Maria memohon maaf kerana Shazwan tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana ada hal yang sangat penting yang tidak dapat dielakkan.
Saakinah faham sebagai seorang pemilik syarikat, Shazwan pasti sibuk mengurukan perniagannya. Lagipun majlis pertunangan, lelaki tidak wajib hadir pun.
Hari semakin petang, ramai juga tetamu yang sudah pulang, Syafika dan Hafiza juga ingin pulang kerana mereka perlu kerja pada esok hari.
*****
"2 hari lagi dah nak balik, dah siapkan barang?" Soal Puan Erna kepada Saakinah semasa mereka sedang menonton televisyen di ruang tamu.
"Dah ma, tapi angah lupa nak beli tiket bas, esok angah pegi beli"
Belum sempat Puan Erna ingin bercakap, tiba-tiba telefonnya berbunyi.
"Waalaikumussalam, Shazwan ye?"
Saakinah yang sedang leka menonton televisyen mengalihkan perhatiannya apabila mendengar nama Shazwan.
"Yelah, nanti mama bagitau Saakinah. Hati-hati ye. Assalamualaikum"
Puan Erna meletakkan kembali ganggang telefon ke tempatnya. Saakinah segera mengalihkan perhatiannya ke televisyen semula. Takut ibunya tahu yang dia curi-curi dengan perbualan sebentar tadi.
"Angah, Shazwan telefon tadi"
"Ya" Jawabnya sepatah seperti tidak berminat, tapi dalam hati berkobar-kobar ingin tahu apa yang diperbualkan ibunya dan Shazwan sebentar tadi.
"Angah tak payah beli tiket bas. Shazwan hantar"
"Ha? Ma, Kelantan tu jauh lah. Takkan mama nak angah berdua-duaan dengan dia selama 8 jam. Apa-apa jadi nanti. Bukan angah nak cakap dia jahat ke apa. Tapi mana kita tahu kan,"
Puan Erna mencubit lengan anaknya.
"Haish, ada ke cakap macam tu? Mama tak habis cakap lagi lah. Bukan berdua, tapi bertiga. Kakak dia ada sekali lah. Jangan risau lah. Dia tau lah hukum hakam jangan risau,"
Saakinah dah mengusap-usap lengannya yang baru dicubit ibunya tadi. Kalau begitu, dia pun sudah tidak boleh buat apa. Kalau Kak Shaza ada sekali, keselamatannya mungkin lah terjamin. Tapi dia tidak mahu menyusahkan orang lain. Kelantan bukan lah macam Negeri Sembilan. 1 jam dah sampai. Kenapa lah perlulah menyusahkan diri.
Sakinah melepaskan keluhannya.
YOU ARE READING
Lelaki Pilihan-Nya
RomanceKadang-kadang kita terlalu mempercayai apa yang hati kita suka dan kita rasa itu yang terbaik. Kadang-kadang kita juga lupa Dia telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk hati kita. ***** Tidak pernah dia terfikir Shazwan iaitu rakan sekolahnya...