Bab 12

112 4 0
                                    

Majlis pernikahan diadakan di rumah keluarga Saakinah. Hanya keluarga terdekat sahaja yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis.

Dress labuh berwarna putih dipadankan dengan wide shawl berwarna putih ditambah dengan make-up nipis menaikkan lagi seri pengantin di wajahnya.

Saakinah mengerling sekilas jam di dinding. Jam sudah menunjukan pukul 3.00 petang. Walaubagaimanapun Shazwan masih belum tiba, risau dibuatnya. Tuk kadi akan tiba setengah jam lagi.

"Angah, duduk lah dulu. Nanti sampai lah Shazwan tu. Nanti habis make-up tu semua" Kata alongnya. Dia faham perasaan adiknya sekarang. Pasti berdebar-debar kerana sebentar sahaja lagi akan menjadi isteri orang. Ditambah pula pengantin lelakinya yang tidak muncul-mucul.

"Tapi along, dah pukul 3 lebih ni" Ditunjuknya jam tergantung pada dinding biliknya.

"Angah! Angah! Angah!" Seseorang menjerit daripada luar. Rupa-rupanya adiknya Firdaus yang kelihatan termengah-mengah.

"Kenapa ni? Tarik nafas dulu" Saakinah cuba menenangkan adik lelakinya yang nampak tidak cukup nafas.

Firdaus menarik nafas dalam-dalam lalu melepaskannya. Dia mengulanginya untuk beberapa kali.

"Okay, cakap sekarang" Kata Saakinah apabila melihat adiknya sudah reda.

"Abang Shazwan dah sampai. Dia ada dekat bawah."

Jantung Saakinah terus menjadi laju apabila mendengar nama Shazwan.Dia terus memukul lengan adiknya.

"Kenapa lambat sangat cakap"

"Angah yang suruh tarik nafas dulu semua" Firdaus membela dirinya.

Saakinah tidak mengendahkan bebelan adiknya. Dia yang perlu tarik nafas dalam-dalam sekarang.

"Angah, kadi pun dah sampai. Angah boleh turun lah." Tiba-tiba mamanya muncul daripada luar bilik.

Saakinah menuruni tangga sambil memegang tangan ibunya. Dia terlalu berdebar sekarang ini. Takut-takut ada tangga yang dia skip terus buat free show dekat situ.

Dia terus mengambil tempat duduk yang disediakan. Dia menyalam ibu mentuanya dah kakak iparnya.

Shazwan yang sedang berbincang dengan kadi tidak perasaan bahawa Saakinah berada tidak jauh di belakangnya.

"Okay, semua sudah ada. Saya rasa boleh mula sekarang"

Mendengar suara bakal bapa mertuanya membuatkannya menoleh ke belakang untuk mencari seseorang.

Terpegun dia melihat seorang wanita yang sangat ayu pada pandangannya.

"Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu" Terdetik di dalam hatinya.

"Bro, lepas ni kau boleh tengok puas-puas. Iya pun salam lah tangan bakal ayah mertua kau tu dulu" Kata-kata Fareez di sebelah mengejutkan Shazwan daripada lamunannya.

"Aku nikah akan dikau dengan puteriku Erni Nur Saakinah Binti Imam Sunaryo dengan mas kahwin seratus sebelas ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Erni Nur Saakinah Binti Imam Sunaryo dengan mas kahwin seratus sebelas ringgit tunai"

Dengan sekali nafas sahaja Saakinah telah sah menjadi isteri kepada Shazwan.

Mengalir air matanya saat ijab kabul selesai diucapkan. Terus dia memeluk ibunya di sebelah yang juga sudah lencun dengan air mata.

Puan Erna mencium dahi anaknya. Kini anak perempuannya yang satu lagi sudah sah menjadi isteri orang. Berat hatinya melepaskan anak yang sudah ditatang bagai minyak yang penuh sejak lahir. Ibu mana yang tidak sedih menyerahkan anak perempuannya kepada orang lain.

Lelaki Pilihan-NyaWhere stories live. Discover now