Bab 15

99 2 0
                                    

Saakinah mengaminkan doa yang dibaca oleh suaminya sebentar tadi. Sedikit sebanyak hatinya tersentuh dengan doa tersebut. Lebih-lebih lagi itu kali pertama dia solat jemaah berimamkan seorang lelaki bernama suami.

Shazwan dapat merasakan tangannya basah semasa isterinya menyalaminya. Seterusnya dia mencium lama dahi isterinya itu. Semakin laju jantung Saakinah bagai baru lepas marathon sahaja lajunya.

Saakinah terus bangun lalu melipat telekungnya. Takut-takut Shazwan perasan matanya yang sudah berair itu. Dia terus berlalu ke bilik air meninggalkan suaminya yang masih duduk di tikar sejadah.

"Aduh, macam mana nak keluar nih?"

Saakinah tiba-tiba teringatkan kata-kata kakaknya tengah hari tadi.

"Nampaknya tak tidur lah angah malam ni" kata kakaknya sambil tersengih.

"Kenapa pulak? " soal Saakinah kehairanan.

"Buat - buat tanya pulak dia nih. Remember, tonight is your first night" kata kakaknya sambil menggoyangkan jari telunjuknya didepan muka Saakinah.

"Apa angah nak buat? " Saakinah sudah berdebar-debar.

"Bila husband angah bagi salam jawab je salam dia. Jawab salam kan wajib" Semakin galak kakaknya itu ketawa. Semakn terpinga-pinga dia dibuatnya.

Saakinah yang berada di dalam bilik air teragak-agak untuk keluar sehingga dia tidak sedar sudah lebih 20 minit dia di dalam bilik air.

Tiba-tiba dia terdengar ketukan daripada luar.

"Awak okay tak kat dalam tuh? Kenapa lama sangat? Ada apa-apa jadi ke?" Bertubi-tubi soalan yang diberikan Shazwan daripada luar.

"Saya okay. Sekejap lagi saya keluar. Jangan risau, sekejap je lagi saya keluar"

Saakinah mencari kelibat Shazwan, mana lah tau dia tiada di dalam bilik, tenang sikit hatinya.

"Buat apa tuh? Meh duk sini" Shazwan yang sedang bersila di atas katil menepuk-nepuk tempat di sebelahnya.

Dengan hati yang berdebar-debar, perlahan-perlahan Saakinah menuju ke katil lalu melabuhkan punggungnya di hujung katil.

"Kenapa jauh sangat? Macam duduk tak duduk je. Meh sini, empuk tau katil nih" kata Shazwan lalu menarik tangan isterinya untuk mendekatinya. Dia terkejut sebenarnya apabila dia merasa tangan isterinya itu sangat sejuk ketika itu.

Jarak antara Saakinah dan Shazwan agak rapat sehingga Saakinah tidak mampu mengangkat muka kerana terlalu segan.

"Kenalkan, nama saya Shazwan bin Johari" Kata Shazwan sambil menghulurkan tangannya kepada isterinya.

Saakinah terus mengangkat kepalanya dan membuat muka pelik. Dah kenapa dengan suami aku ni? Macam aku tak kenal je siapa dia.

Shazwan ketawa melihat muka isterinya yang kehairanan itu.

"Jangan lah buat muka pelik sangat. Tak boleh ke kalau saya kenalkan diri balik? Mana tau awak lupa kan"

"Ha? " Saakinah semakin tak faham apa yang dimaksudkan suaminya.

"Okay macam nilah, kita berkenalan dari awal boleh? Saya tau, awak tau nama saya, saya tau nama awak, kita sekolah sama dulu tapi saya tak rasa saya cukup mengenali isteri saya"

Saakinah sedikit-sebanyak faham apa yang cuba disampaikan oleh suaminya itu.

"Tapi kita kan ada masa sepanjang hayat untuk mengenali satu sama lain. Kan? " Saakinah cuba memberikan pendapatnya.

Shazwan merenung Saakinah lama, tidak sangka isterinya akan mengeluarkan kata-kata seperti itu. Tetapi dalam diam dia setuju dengan kata-kata isterinya. Dia juga rasa sangat gembira sebab isterinya sudah bersedia untuk hidup dengannya.

Lelaki Pilihan-NyaWhere stories live. Discover now