Saakinah berjalan-jalan di kedai buku MPH sendirian. Selalunya dia akan pergi bersama rakan-rakannya tapi pada hari itu mereka masing-masing sibuk.
Dia menuju ke arah rak kegemarannya, apalagi kalau bukan rak di mana novel-novel ditempatkan. Kebanyakan tajuk-tajuk yang ada di situ sudah di bacanya.
Tiba-tiba dia ternampak sebuah novel yang bertajuk 'Andai itu takdirnya 2'. Novel yang pertama sudah berada dalam koleksinya. Semasa dia ingin mencapai novel tersebut, tiba-tiba seorang lelaki juga ingin mencapai novel tersebut.
Saakinah terus menarik tangannya dan ingin melangkah daripada situ. Mungkin bukan rezekinya di kedai ini.
"Saakinah?"
Langkahnya terhenti apabila mendengar namanya dipanggil. Dia teragak-agak untuk menoleh kebelakang kerana suara yang memanggilnya itu suara seorang lelaki.
Tapi kalau tak pandang dikatakan sombong pula nanti. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya. Terkejut dia melihat pemilik suara yang memanggilnya tadi.
"Nah. Awak nak beli buku ini kan? Ambiklah" Najhi menghulurkan novel itu kepadanya.
"Eh takpe, saya cari dekat kedai lain. Mungkin ini rezeki awak. Maaf, saya minta diri dulu"
Saakinah terus beredar daripada situ. Dia tidak rasa yang dia ada hati mahu mencari novel pada masa sepeti ini. Jalan terbaik dia harus keluar daripada kedai buku tersebut.
Memandangkan waktu asar sudah hampir masuk, dia terus pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan fikirannya bercelaru memikirkan pinangan Shazwan.
Kenapalah kau mesti muncul saat aku dah buat keputusan untuk terima pinangan itu. Malam ni aku perlu bagi keputusan dekat mama dengan ayah. Tapi sekarang aku sendiri tak tahu apa yang aku keputusan aku.
Saakinah melepaskan keluhannya.
Lampu isyarat menunjukkan lampu merah tanda berhenti. Saakinah melihat seorang lelaki membantu seorang nenek tua melintas. Susahnya nak tengok lelaki muda seperti itu sekarang. Tanpa sedar dia terus memerhati lelaki tersebut.
Lelaki tersebut membantu nenek sehingga nenek itu mendapat teksi. Saakinah juga dapat melihat yang lelaki itu tolong membayar tambang teksi untuk nenek tersebut.
Apabila teksi itu bergerak pergi, lelaki itu bersedia untuk melintas semula.
Sedari tadi baru ini Saakinah dapat melihat dengan jelas muka lelaki tersebut kerana dari tadi lelaki itu membelakanginya.
Ya Allah, petunjuk apa lagi yang engkau berikan kepadaku ini. Tidak sangka lelaki baik yang aku perhatikan daripada tadi ialah Shazwan, orang yang aku berkira-kira untuk menerima pinangannya atau tidak. Dari tadi jugak aku tidak habis-habis memuji kebaikan lelaki itu.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi hon daripada belakang.
Sudah lampu hijau rupanya. Dia menukar gear dan meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah.
*****
"Angah, lepas makan ni kita bincang pasal tu ye"
Tersedak Saakinah mendengar arahan ayahnya. Nasib baik air yang diminumnya itu tidak tersembur keluar.
"Ye ayah" Tiada apa lagi yang dia boleh buat, tiada tempat lagi dia boleh lari. Dia harus menentukannya sebentar sahaja lagi.
Selesai sahaja makan, mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu rumah mereka. Adik-adik yang lain sedang sibuk melayan Running Man dan tidak ambil kisah akan perbincangkan kakak kedua mereka dengan ibu bapa mereka.
YOU ARE READING
Lelaki Pilihan-Nya
RomanceKadang-kadang kita terlalu mempercayai apa yang hati kita suka dan kita rasa itu yang terbaik. Kadang-kadang kita juga lupa Dia telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk hati kita. ***** Tidak pernah dia terfikir Shazwan iaitu rakan sekolahnya...