Bab 3

110 4 0
                                    

"Kau betul-betul dah buat keputusan lah ni?" Soal Fareez. Shazwan mengangguk sekali lalu menyambung semula kerjanya.

"Aku sebagai kawan mampu sokong kau dari belakang jelah. Kau kena ingat sekali kau pegang tangunggjawab ni, selamanya kau akan pegang," Sekali lagi Fareez mengingatkan rakannya.

"Aku dah bersedia. Tapi aku takut semuanya tak macam yang aku harapkan" Shazwan mengeluh perlahan.

"Kau serah semuanya kepada Allah"

Shazwan tersenyum. Ya, dia hanya mampu merancang dan segalanya Allah yang tentukan. Apa yang paling penting ialah usahanya.

*****

"Woi tunggulah! Nama pun joging. Slow-slow lah sikit" Tercungap-cungap Saakinah mengejar Syafika dan Hafiza yang telah jauh meninggalkannya di depan.

"Lembaplah kau nih. Lajulah sikit, baru berkesan nak bakar lemak-lemak kau tuh" Kata Syafika sambil menoleh ke belakang.

"Aku dah lama tak joging lah. Kat U tu mana ada masa aku nak jogging bagai-bagai ni" Dia membebel sendiri dalam masa yang sama masih cuba untuk mengejar rakan-rakannya itu.

Gedebuk!

Syafika dan Hafiza terkejut mendengar seperti seseorang jatuh dan menoleh ke belakang.

"Saakinah! Kau okay tak ni?"

Saakinah rupanya yang jatuh.

"Korang lah ni laju sangat" Jawabnya sambil mengurut lutut kiri. Tiba-tiba..

"Bye korang! Hahahaha Tipu macam tu pun dah percaya. Tulah tinggalkan aku lagi" Jerit Saakinah daripada jauh. Rupanya dia hanya berpura-pura jatuh untuk mengambil perhatian rakan-rakannya.

"Kau memang nak kenakan? Kau tunggu! Woi Tunggu kau!" Hafiza sudah menunjukkan buku limanya ditambah lagi dengan mukanya yang sebijik seperti singa yang ingin menerkam mangsanya.

Lari berkejaran lah tiga sahabat itu,

"Huh penatnya"

Ketiga-tiga mereka sudah terduduk di atas rumput, di bawah pokok-pokok yang rendang. Penat. Mana taknya, berkejaran macam budak-budak sampai tak ingat yang umur masing -masing sudah menginjak 22 tahun. Semuanya gara-gara Saakinah yang mengenakan rakan-rakannya.

"Ingat lagi tak janji kita nak naik pelamin sama-sama? Fiza biru, Fika putih lepas tu aku purple," Terimbau ketika mereka di bangku sekolah, mereka merancang untuk berkahwin pada masa yang sama.

"Tapi semua boyfriend pun takde lagi, masing-masing sibuk." Kedengaran Syafika mengeluh kecil.

"Eh apa boyfriend-boyfriend ni?. Aku nak suami terus," Jawab Saakinah sambil membetulkan tudungnya yang sedikit senget.

"Tak habis-habis dengan suami kau tu. Entah-entah doktor jugak kan?" Hafiza mengenyitkan matanya.

Habislah anak-anak aku nanti mama dengan papa dua-dua doktor. Dua-dua sibuk memanjang. Saakinah berkhayal sendiri.

"Jom lah balik. Aku dah kebulur ni" Suara Hafiza mengejutkan Saakinah daripada lamunannya.

Saakinah tiba di rumah pada pukul 1 petang. Alang-alang Hafiza nak belanja makan takkan dia mahu menolak. Peluang bukan selalu ada. Lepas makan boleh pulak bergosip sakan sampai tak ingat dunia.

*****

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam. Angah ni ada boyfriend bukan nak bagitau. Senyap-senyap je, lepas tu buat kejutan macam ni."

Saakinah terpinga-pinga, tidak faham yang dimaksudkan oleh adiknya, Firdaus. Habis dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Apa-apa boyfriend-boyfriend ni tak elok lah" Selepas berbicara, dia terus mendaki tangga meninggalkan adiknya. Lebih baik dia pergi sebelum adiknya itu melalut lebih panjang lagi.

Dia terus menuju ke meja belajarnya dan duduk dia atas kerusi.

Kat sini rupanya kau phone. Nasib baik aku tak gelabah mana tadi. Kalau tak mesti dah kena gelak dengan diorang.

Eh banyaknya misscall?

Sweet Home? Eh siapalah pulak yang call banyak kali ni? Mesti mama, kalau tak ayah tapi takkan lah alang kot.

"Mama! Mama!"

"Mama kat dapur ni ha"

"Mama ke yang call angah banyak kali tadi?" Saakinah menunjukkan log panggilan di handphonenya.

Ibunya terus terdiam.

"Mama yang telefon tadi. Angah pergi mandi dulu, solat lepas tu turun bawah. Mama dengan ayah ada sesuatu nak tanya angah" kata ibunya setelah diam seketika.

"Okey ma" Jawab Saakinah terpaksa.

Dia tahu kalau dia suruh ibunya menerangkan pada masa itu jugak, pasti ibunya akan mengulangi arahan yang sama. Lebih baik dia ikutkan sahaja.

Seusai solat Saakinah terus berlari menuruni tangga menuju ke ruang tamu rumahnya. Pelik dia melihat seluruh ahli keluarganya ada di situ kecuali alongnya kerana alongnya sudah berkahwin dan tinggal bersama suaminya.

Saakinah perlahan-lahan melabuhkan punggungnya di sebelahnya adik perempuannya, Wani yang sedang sibuk dengan handphonenya.

"Apa yang mama dengan ayah nak tanya?" Muka ibu dan ayahnya di pandang silih berganti.

"Angah ada teman istimewa ke?" Ayahnya memulakan bicara. Pelik Saakinah mendengar soalan ayahnya.

"Teman istimewa macam mana? Kawan baik? Kawan baik mestilah ada" Jawapan yang diberikannya diikuti dengan ketawa yang dibuat-dibuat. Sedangkan di dalam hatinya tidak keruan kerana tiba-tiba soalan seperti ini ditujukan kepadanya.

Tidakkah ibu bapanya mengenali dirinya? Prinsip hidupnya, dia tidak akan memilki hubungan istimewa dengan seorang lelaki melainkan lelaki itu suaminya.

"Angah ni tak faham ke apa? Ayah tengah cakap pasal boyfriend angah," Adiknya di sebelah berbisik perlahan lalu kembali menumpukan perhatian kepada handphonenya.

Tadi adik lelakinya. Sekarang adik perempuannya pulak. Ada apa sebenarnya ni? Dia mengingat kembali adakah dia ada keluar dengan mana-mana lelaki. Ada, tapi bukan berdua tapi ramai-ramai. Gila apa keluar berdua-duan dengan lelaki.

Melihat ibu bapanya berdiam diri, Saakinah berbicara semula.

"Angah takde teman istimewa, boyfriend atau seiring dengan tu"

"Tipu" Kata adik lelakinya yang kedua, Amir.

"Achik jangan menyampuk" Terdiam Amir mendengar suara tegas ayahnya.

"Macam nilah angah, tadi ada orang datang. Maksud mama diorang datang nak meminang angah. Katanya kawan sekolah angah"

"Apa?!"



Lelaki Pilihan-NyaWhere stories live. Discover now