Bab 1

21.5K 402 10
                                    


Langkah kakinya dipanjangkan ke arah kafeteria. Melihat barisan yang panjang untuk menempah makanan, Haura hanya mampu lepaskan satu keluhan yang berat. Mahu tidak mahu, dia harus juga beratur.

Setelah makanan siap ditempah, Haura menunggu lebih kurang 10 minit lalu pergi untuk mendapatkan maknannya.

"Ehh , tak reti nak beratur ke pastu tunggu giliran? " tanya Haura dengan nada yang sedikit marah.

"Suka hati akulah, kau sibuk apahal. Siapa cepat dia dapat. " kata Danish Iskandar dengan senyuman yang sinis.

"Cantik bahasa awak. Ni saya punya." Dengan pantas Haura mengambil makan yang ditempahnya tadi.

Dengan menggunakan kudrat lelakinya, Danish cuba merampas dulang yang dipegang oleh Haura. Bukan dia tidak mahu beratur, tetapi malas kerana melihat barisan yang begitu panjang.

'Plukkk' makanan yang elok terhidang sebentar tadi sudah jatuh ke lantai dek kerana pergaduhan mereka.

"Ni semua salah kau, eh perempuan kenapa kau menyusahkan har? Dah lah miskin, tak layaklah nak belajar kat sini. Tengok sekarang habis baju aku kotor, kau mampu bayar ke?" Hentak Danish tanpa memikirkan orang yang ada disekelilingnya.

"Jadi sekarang semua salah saya? Kalau tu yang awak rasa, saya mintak maaflah." Kata Haura berlalu pergi dengan air mata yang membasahi pipi.

Hina sangat ke aku, bukan aku minta hidup susah dan aku sedar aku disini hanya kerana biasiswa. Tapi perlu ke hina aku?

Wardah tergamam melihat kejadian yang berlaku sebentar tadi, dia hanya mampu mengikut langkah Haura tanpa sebarang kata. Kesian melihat sahabat baiknya itu.

"Wehhh, kau buat apa tu Danish? Kesian kot dekat perempuan tu,kejam sangatlah kau ni" Adam yang datang dari belakang menyapa.

"Kau rasa aku kejam sangat ke?" Mula timbul rasa bersalah dalam dirinya.

Kejam sangat ke aku? Hemm, kesian jugak dekat dia pergi macam tu je makan pon tak lagi. Kata hatinya.

Adam menggelengkan kepala, faham benar dia dengan si Danish ni, kuat betul mengelamun. Mengalahkan perempuan.

Tanpa berfikir panjang, Danish turut beratur di belakang barisan yang hanya tinggal tiga orang. Setiba gilirannya, dia menempah sebungkus mee goreng.

Setelah siap membayar mee goreng, Danish berlalu pergi ke arah Adam.

"Jom ikut aku."kata Danish membuatkan Adam terlopong.

Dah kenapa dengan mamat ni, tadi tengking perempuan tu macam tu aje. Ni ajak aku temankan, tapi garang macam singa. Nak cakap datang bulan, lelaki. Omel Adam sendirian.

"Wehhh tunggulah kejap." Berlari anak Adam mengejar Danish yang sudah jauh meninggalkannya.

"Kau kenal perempuan tu?"tanya Danish.

"Perempuan mana?" tanya Adam untuk kepastian.

"Ala, perempuan yang tumpahkan makan atas baju aku tu." Kata Danish tampa rasa bersalah.

Adam membuatkan mimik muka yang kurang menyenangkan. Salah kau, kau cakap salah perempuan tu pulak, desis hati kecilnya.

"Yela, perempuan yang aku tumpahkan makanan dia tu." Kata Danish, dengan memek muka yang seperti dapat membaca fikiran Adam.

"Kenal, Haura Insyirah. Gadis yang boleh dikatakan cantik di kampus ni." Kata Adam dengan pastinya.

"Dia duduk hostel kan?"tanya Danish lagi.

"A'ar duduk hostel." kata Adam

"Kau tahu bilik dia kat mana?" Adam terdiam seketika dengan pertanyaan Danish.

"Danish,kalau kau nak sakitkan hati dia lagi tak payahlah. Kesian dia tu. Tak puas lagi ke kau malukan dia tadi." Kata Adam membuatkan muka Danish bertukar merah.

"Ehhh bodoh,kalau kau nak bebel kat sini blah. Aku datang sini nak mintak maaf dengan dia." Tengking Danish.

Adam hanya mampu tersenyum menahan malu, ada juga terasa pelik dengan sikap sahabatnya itu. Sebelum ini sudah ramai perempuan yang Danish sakitkan hatinya,tapi tidak pula dia rasa bersalah dan apatah lagi mahu memohon maaf.

"Kenapa kau tak tanya je kawan-kawan perempuan kau tu?" Cadang Adam.

Handphone I-phone 6 plus dikeluarkan lalu Danish mendail satu nombor. Terpancar senyuman disebalik wajahnya.

"Block A, tingkat 2. Nombor dua dari tangga." Kata Danish kepada Adam

Kakinya dilangkah ke arah hostel perempuan. Melilau Adam dan Danish mencari block A. Maklumlah, student lelaki sebenarnya tidak dibenarkan masuk ke hostel perempuan.

"Hahh,tu har." Tunjuk Adam.

Tangga dilangkah satu demi satu, akhirnya sampai juga ke tinggkat dua.

"Aku rasa inilah bilik dia." Ujar Danish

"Ye, aku pon rasa ni bilik dia. Tapi kasut dia tak ada, mungkin dia belum balik lagi." Kata Adam membuatkan Danish mengiyakan kata-katanya.

Mee goreng yang dibelinya sebentar tadi diletakkan didepan pintu. Satu note diselitkan bersama.

Suasana yang tenang dan aman membuatkan Haura terasa sungguh tenang. Disinilah tempat Haura menghabiskan masanya jika mempunyai banyak masalah dan untuk tenangkan fikiran.

Wardah meghampiri Haura lalu duduk disebelah Haura. Puas dia mencari Haura, rupanya disini anak gadis ini pergi selepas keluar dari kafeteria tengah hari tadi.

"Haura, kau okey?" Tanya Wardah yang mula memeluk erat bahu Haura.

"Aku okey aje Wardah." Hanya itu yang Haura mampu katakan.

Satu pelukan di hadiahkan kepada Haura. Dia tahu Haura kuat, cuma mungkin dia ada masalah. Dia juga sudah cukup masak dengan perangai Haura kerana mereka sudah berkawan dari sekolah rendah.

"Kita balik ye Haura, hari sudah nak senja."ujar Wardah lalu berdiri.

Di tolongnya Haura untuk berdiri,lalu mencapai beg sandangnya. Haura dan Wardah berlalu pulang ke hostel.

Setelah sampai di depan pintu bilik mereka, Haura dan Wardah memandang antara satu sama lain. Bungkusan? Milik siapa bungkusan ini, nak cakap yang aku memang tak lah sebab dah jatuh tadi. Desis hati Haura.

Wardah masih di depan pintu melihat Haura masuk tampa mengambil bungkusan itu.

"Haura,takkan nak dibiarkan aje diluar." Jerit Wardah dari luar.

"Kau ni,entah yang siapalah kau ambil tu. Entah-entah dah di bomohkan." Kata Haura membuatkan Wardah memarahinya kerana mulut celoparnya itu.

"Tak baiklah kau cakap macam tu." Kata Wardah lalu masuk kedalam rumah.

Bungkusan yang dibawa masuk sebentar tadi dibuka.Sekeping nota dikeluarkan dari plastik tersebut. Haura hanya melihat gelagat kawannya itu.

"Haura, ada nota."kata Wardah lalu melambai -lambai nota itu di udara.

Tidak dihiraukan Haura dengan kata-kata Wardah tadi.

" Saya mintak maaf sebab tumpahkan makanan awak." Sengaja Wardah baca agak kuat supaya Haura mendengar.

Belum sempat Wardah memanggil Haura untuk kali ke dua, Haura sudah berada di tepinya.

"Bak sini aku baca."kata Haura yang masih dengan egonya. Padahal hati tu meronta-ronta untuk membaca nota tersebut.

Wajahnya di cebikkan.

"Eleh, saja dia je tu. Entah-entah bukan dia yang hantar. Kau tahukan dia tu ramai kawan perempuan, agak-agak kawan dia yang saja nak kenakan kita." Kata Haura panjang lebar.

"Sorry sikit ye Cik Haura Insyirah, bukan kita tapi awak." Sambil berjalan ke arah biliknya.

Selepas selesai solat maghrib, mereka berdua membaringkan tubuh di atas katil. Terlalu penat mungkin. Suasana malam yang begitu nyaman di tambah pula dengan penghawa dingin membuat mereka lena dibuai mimpi.

Cinta HauraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang