Hi all, jumpa lagi kita ye. Pada mulanya saya memang nak complete kan cerita ni pada bab yang lepas tapi disebabkan ada orang ni siap whatsapp saya dan cakap kenapa pendek sangat ada juga yang cakap tak puas lagi baca. Jadi saya buat keputusan akan sambung balik. Back to story
--------------------------------------------
Wajah mama kelihat berseri-seri, katanya tak sabar mahu menimang cucu pertama. Ya aku juga gembira, tipulah aku sebagai seorang wanita tidak rasa gembira apabila dapat tahu yang aku sedang megandung. Berita ini jugaku kongsikan pada mak, abah dan Wardah kampung. Alhamdulillah mereka kedengaran sungguh gembira.
"Kesihatan u kena jaga Haura. Kalau Danish ni usik u ke pukul u ke just tell me ok." Aku hanya tersenyum. Ish ber i u lah pula Adam ni.
"Hello, ni u kalau nak mengata suami dia pun tengoklah suami dia ni ada kat mana." Ketawa aku melihat gelagat adik beradik ini.
"Eh u kat sini ke? I tak perasaan la. Kalau i tahu u kat sini i mengata lebih-lebih sikit tadi." Ketawa Adam meletus, puas dia dapat kenakan adiknya.
Mama dan Mak Esah pula sibuk siapkan makan didapur. Macam-macam dimasak mereka. Papa kata hari gembira perlu dirai. Aku hanya itukan saja. Sempat juga aku kedapur tadi untuk menolong Mak Esah, belum Datin Liana marah Mak Esah terlebih dahulu melarang. Kenapalah manjakan aku sangat. Berdiri lama pun marah, tak faham lah aku macam ni.
"Sekarangkan Haura dah mengandung, jadi kamu berdua tak payahlah pindah dulu ye. Nanti kalau kamu pergi kerja siapa yang mahu tengokkan Haura ni, kalau disini ada mama dan Mak Esah kamu tu." Kata Dato Rizuan.
Selepas habis pantang Datin Liana, Mak Esahlah yang banyak menghabiskan masa menjaga Adam dan Danish kerana Datin Liana sibuk dengan persatuannya. Dengan Mak Esahlah mereka selalu bercerita tentang apa yang terjadi disekolah dan apa yang terkubu di hati.
"Mak Esah, tadikan masa kat sekolah Danish buli budak perempuan."
"Kenapa buat macam tu, perempuan ni kita perlu belai, bagi kasih sayang bukan berkasar dengan dia." Kata Mak Esah suatu ketika dahulu.
"Betul juga tu. Tunggu lepas-lepas semuanya selesai baru kita pindah ye yunk." Kata Danish. Aku hanya mengiyakan.
"Dari tadi duk bersembang, ni mari makan mama dah hidang." Panggil Datin Liana.
Nasi arab dan nasi tomato dihidangkan atas meja, sungguh perutnya lapar kini. Mama dan Mak Esah memang pandai masak. Semuanya kelihat enak belaka.
"Abang suapkan ye?"
"Arrrrrr. Buka mulut luas-luas." Sudu dilayangkan diudara.
Lama menunggu makan masih belum mendarat dimulut Haura.
"Ish abang ni main-mainlah." Bahu Danish dicubit geram.
" Danish ni satu, kesian Haura tu. Dibuatnya macam budak-budak." Marah Datin Liana.
"Isteri abang ni always jadi kebudak-budakkan dimata abang." Wajahnya kutatap lama. Segan pula aku didepan mama, Adam, papa dan Mak Esah.
**********************
Kotak berbentuk hati yang cuba kuambil dulu dibawa keluar oleh Danish dari bilik. Aku masih tertanya-tanya apa yang dia mahu buat dengan kotak itu.
"Abang nak pergi mana?" Tanya aku.
"Abang nak buang semua ni."
"Tapi kenapa?" Bagiku biarlah ia menjadi kenangan.
"Cukup abang ada sayang, semua ni hanya masa lalu dan kenangan buat abang. Buat apa abang nak kenangkan lagi." Matanya kutenung. Pipiku usap dengan jari jemariku.
"Sayang tak marah dan tak halang untuk abang simpan semua ini. Cuba sayang nak abang setia pada sayang. Kisah silam kita jadikan pengajaran dan kekuatan kita."
"Biarlah, abang buat semua ni demi sayang." Jari jemari ku dipegangnya. Aku bersyukur dimemahi aku.
"Terima kasih abang."
"For?" Wajah ku dipandangnya.
"Sebab sudi kahwin dengan Haura, sudi jadi iman dan ayah kepada anak-anak Haura nanti." Pipinya ku kucup.
"Anak-anak, amboi sayang, macam nak ramai je." Ada patut aku disakatnya si Danish ni.
Satu cubitan melekat dipeha Danish. Jangan sangka selembut-lembut aku tidak ganas ye.
"Aduhh, sakitlah sayang." Jerit Danish.
"Yeke abang, ala sorry." Rasa bersalah pula.
"Kalau nak abang maafkan sayang kena teman abang mandi nanti." Matanya dikecilkan. Satu senyum nakal terukir dibibirnya.
"Abang ni, malas lah kawan."
"Alolo, dia pula yang merajuk." Bahu Haura ditepuk manja.
Tubuhku baringkan pada katil. Terasa penat hari ini, mahu kata aku lakukan pelbagai kerja hari ini aku hanya duduk berehat.
"Tweet-tweet" telefon ku capai.
"Assalamualaikum Haura, abang rindu Haura" aku bagaikan terkejut. Siapa gerangan yang menghantar mesej padaku malam-malam macam ni.
Teks tadi kupadam, takut juga jika Danish bacanya. Nanti dia fikir aku curang padanya.
"Sayang are u ok?" Tanya Danish. Mungkin dia nampak perubahan pada wajahku.
Aku hanya angguk lalu kusenyum. Keresahan cuba ku kawal. Mahu aku katakan bekas teman lelaki aku, kau tidak pernah bercinta. Tapi siapa gerangannya? Otak ku ligat berfikir, cuba memainkan memori lama supaya aku mendaapt jawapannya.
Perkara ini harus ku rahsiakan dari pengetahuan Danish takut ianya menganggu pemikiran Danish kelak.
Aku berlalu ketandas untuk mengambil wuduk, sedang asyik bersembang dengan Danish tadi aku lupa aku belum menunaikan solat Isyak. Telekung diatas meja kuambil lalu aku sarungkan dikepala.
Selesai sahaja solat, aku berdoa semoga Allah permudahkan urusan ku.
"Amin." Telekung ketanggalkan lalu dilipatkan.
Tubuh yang penat tadi kubaringkan disebelah Danish. Kupeluknya erat.
"Good night abang. Love u." Bisik ku lembut ditelinganya lalu mencium pipi suamiku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Haura
RomanceHanya kerana perkara yang tak disengajakan perlu berkahwin? "Awak ingat saya nak kahwin dengan awak?" - Haura Insyirah "Kalau tak nak kenapa terima?" - Danish Iskandar Jika hati sudah bertaut, benda yang masam akan terasa manis begitu juga dengan pe...