Bab 6

8.5K 255 6
                                    

Sudah dua minggu Danish pulang ke rumahnya. Dia berharap yang Haura akan datang melawatnya lagi tapi Adam ada bagi tahu yang mereka sudah pulang ke kampungnya.

"Danish, mama berkenan sungguh dengan Haura tu. Baik budaknya, sesuai jadi menantu mama." Ujar Datin Liana sewaktu di meja makan tadi. Danish hanya mampu tersenyum sahaja, malu mungkin.

"Mama nak merisik dia kalau kamu tak kisah." Ujar Datin Liana lagi.

Mahu tercekik si Danish di buatnya. Haishhh mama ni, ada-ada sahaja.

"Apa awak ni, nak tercekik Danish tu. Nanti tak pasal-pasal pulak masuk hospital. Susah-susah pulak Haura datang dari jauh." Kata Dato Rizuan lalu ketawa Adam dan Datin Liana dibuatnya. Danish dari tadi menahan malu, dia pula di jadikan bahan ketawa mereka.

"Diam tanda setuju." Seloroh Adam

"Mahu ke Haura tu dekat Danish." Ujar Danish rendah diri. Bukan rendah diri sebenarnya tapi sedar diri.

"Aik, macam setuju aje." Soal Dato Rizuan.

"Apa salahnya." Danish berlalu pergi.

Setelah deringan demi deringan yang di terima Adam, dia pun mula mengemas pakaiannya. Danish terasa hairan dengan tingkah laku Adam sejak akhir-akhir ini. Mahu di katakan sudah ada girlfriend tidak pulak dia bagi tahu Danish. Biasanya semua cerita mereka kongsi bersama.

"Kau nak ke mana?" Tanya Danish.

"Dah jom, kemas lah pakaian kau tu ikut aku." Kata Adam.

"Nak ke rumah ibu ke?" Soal Danish hairan. Biasanya kalau mahu ke rumah ibu Adam akan memberitahunya terlebih dahulu.

Ibu merupakan emak saudara pada Danish dan kakak kepada Datin Liana.

"Dah cepat, aku dah lewat ni. Jangan risau mama dah tahu." Adam mula melangkah keluar dari bilik.

Danish pada mulanya tidak mahu ikut. Tapi selepas di pujuk oleh Adam akhirnya dia pergi. Risau jugak mahu biarkan Adam sendirian.

Dua beg baju di masukkan ke dalam bonet kereta milik Danish. Kali ini Adam yang memandu. Kata Adam Danish hanya perlu duduk dan menjadi pemandu arah apabila di perlukan sahaja.

"Kau sebenarnya nak ke mana? Setahu aku ibu duduk di Ipoh, aku tak tahu pulak ibu dah pindah ke utara." Danish mula keliru setelah dari tadi melihat papan tanda yang menyatakan, Kedah, Kedah dan Kedah. Hanya itu yang jelas kelihatan.

"Ada aku cakap nak ke rumah ibu ke?" Soal Adam.

"Rumah Wardah." Kata Adam sambil tetumpu pada jalan raya lalu mula memecut. Maklumlah hari sudah semakin malam. Kalau sesat susah pulak mereka nanti.

Danish dari tadi tidak habis-habis mengusik Adam. Di katanya Adam bercinta dengan Wardah lah, dikatanya Adam sudah pandai berahsia darinya. Adam hanya mampu ketawa dan melayan kerenah si Danish.

Setelah sampai di Kedah Danish membuka wave lalu mencari alamat yang di berikan oleh Adam sebentar tadi.

"Ni haha, aku rasa betullah ni alamatnya. Tapi kenapa ramai orang. Mak ayah dia meninggal ke?" Soal Danish.

Geram pulak Adam dengan mulut yang takde insurans  itu. Adam parking kereta mereka tidak jauh dari rumah tersebut.

"Weh tu bukan..." belum sempat Danish menghabiskan kata-katanya Adam terlebih dahulu menarik tangan Danish.

'Hadoi matilah nak, apa aku nak jawab dengan Danish nanti.' Adam mula takut, bukan sekali dia kena kan Adam sebegini. Masa ulang tahun kelahirannya tahun lepas pun Adam juga kenakannya.

Cinta HauraWhere stories live. Discover now