Bab 11

7.3K 215 7
                                    

Kereta Bmw X6 meluncur laju melintasi Lebuh Raya Sg. Besi lalu mereka menuju ke arah Serdang. Kereta itu memasuki sebuah shopping mall yang cukup terkenal di Selangor iaitu The Mines Shopping Mall. Selepas breakfast pagi tadi Adam mengajak Haura dan Danish temankannya dan Wardah untuk berjalan-jalan. Kata Wardah, segan pula kalau mahu berjalan berdua-duaan aje. Maklumlah mereka belum kahwin ataupun kenal sepenuhnya. Aik, Wardah nak kahwin dengan Adam ke?

Pada mulanya aku menolak dan suruh Danish sahaja yang temankan mereka.

"Saya tak nak pergi kalau awak tak pergi." Kata Danish. Ish, mengada pula dia ni. Lagipun tak sanggup juga aku nak biarkan Wardah ditemani oleh dua lelaki itu. Bukan dia tak percaya, tapi dunia zaman sekarang manalah boleh percaya sangat. Haura hanya akur.

Blous hitam dibetulkan Haura didepan cermin keretaa lalu aku berjalan dibelakang Danish. Manakala Wardah pula sudah tidak nampak kelibatnya dek ramai orang di pusat belah belah ini.

"Kenapa jalan belakang saya ni?" Tanya Danish kehairanan.

Aku hanya mampu tersengih.

"Marilah, saya tak pernah pun makan orang. Lagi pun saya tak ada rekod jenayah pernah pukul orang." Danish ni kalau dah berseloroh ada-ada sahaja yang merapu.

Tangan aku dicapainya. Eh sedap-sedap aje pegang tangan aku.

"Siapa suruh awak pegang tangan saya?" Bukan aku marah cuma tanya, nada ku dikawal agar tiada siapa yang dengar. Nanti mereka ingat kami bertekak pula.

"Hari tu awak cakap saya tak boleh pegang tangan awak selagi saya tak pegang tangan tok kadi, saya dah pun pegang kan?" Danish mula mengukir senyuman dibibir kecilnya itu. Aku hanya mengangguk.

Seksi juga bibir dia, merah. Apalah kau ni Haura, bibir juga yang kau pandang.

"Awak, boleh lepas tangan saya?" Segan pula aku bila ada saja mata yang asyik memandang. Bukan apa, Danish ni kacak orangnya, malahan masa tidurpun tetap kacak, comel pulak tu. Nak aje aku tarik pipi dia, sampai kadang-kadang tergugat iman aku bila pandang lama-lama.

"Bagi saya 10 sebab kenapa saya kena lepas?" Hadoi ni yang malas ni, nak bersebab-sebab pulak.

"Errr, pertama saya malu, kedua or.. orang tengok, ke..." belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, jari telunjuk Danish sudah berada dibibirku tanda menyuruh aku diam.

"Untuk pegang tangan awak saya ada seribu satu sebab, tapi untuk lepas tangan awak saya hanya ada satu sebab kenapa tak nak lepaskan." Matanya memandang tepat kearah anak mataku, terpancar satu keikhlasan diwajahnya. Tapi betul ke dia ikhlas?

"Apa sebabnya?"ish saja ajekan kau pergi tanya, entah-entah jawapan yang menempah maut untuk kau Haura.

"Sebab saya taknak kehilangan awak." Betul ke apa yang aku dengar dari mulutnya sebentar tadi? Sebenarnya apa yang bermain difikiran lelaki itu.

Bahu aku peluknya erat sambil jalan beriringan dengannya. Arghh, terasa bahagia pula kalau terus begini. Jujur aku kata, mustahil kalau tiada perasaan cinta pada suami sendiri, dan tak mustahil untuk mencintai orang yang baru kita kenal.

"Jom masuk kedai ni sekejap." Tangan aku ditariknya kedalam kedai emas Poh Kong

"Awak nak buat apa?"

"Saya nak belikan rantai untik girlfriend saya." Kata Danish. Aku hanya mengukir senyuman dan kali ini senyuman ku sedikit tawar.
Nampak sangat kata-kata kau pada aku tadi tak ikhlaskan.

Aku hanya melihat dia membuat pilih. Ada juga dia bertanya pada aku yang mana cantik dan aku hanya mengiyakan sahaja.

Aku biarkan Danish membuat pembayaran dan aku berlalu keluar, kaki ku mengorak langkah ke arah tangga. Tidak lama kemudian langkah ku disusuli oleh Danish. Terasa sakit pula hati ini, aku hanya biarkan.

"Awak nak kemana pula lepas ni." Soalan itu kubiarkan tanpa jawapan. Danish mungkin dapat menangkap perubahanku.

"Danish." Panggil satu suara yang entah dari mana. Aku dan Danish mencari kelibat empunya suara. Mahu dikatakan Adam mustahil kerana suaranya agak garau sedikit.

"Ikhwan." Danish bagaikan tidak percaya perubahan terhadap gangster yang menikamnya tempoh hari, begitu jauh bezanya. Apa yang buatkan dia begitu berubah? Itu menjadi tanda tanya? Tapi dia tetap bersyukur sekurang-kurangnya Ikhwan sudah tidak menjadi gengster lagi.

"Assalamualaikum" ujar Ikhwan. Salam itu disambut oleh Danish dan Haura.

"Aku dah lama cari kau Danish." Mata Ikhwan dari tadi tidak lekang memandang Haura. Jadi serba salah pula gadis itu.

Haura yang duduk jauh dari Danish dan Ikhwan melemparkan pandangannya didepan tasik. Di dalam shopping mall ada tasik? Korang mesti tak percayakan? Melihat ikan yang berenang-renang, terasa sungguh tenang. Bagaikan aku lupa masalah yang menganggu perasaanku sebentar tadi.

"Kau berdua aje dengan gadis tu." Danish mula pelik dengan Ikhwan, dari tadi bertanyakan tentang Haura.

"Tadi kau cakap dah lama cari aku, sebab apa?"

"Aku sebenarnya suka kawan kau tu." Terkejut Danish dibuatnya. Kenapa? Kenapa isteri aku?

"Kau cakap dia teman kampus kau, aku nak kau tolong aku ejaskan dia boleh?" Danish kelu. Entah apa yang mahu dikatakan pada Ikhwan.

Danish terfikir sejenak, mungkin inilah sebab perubahannya. Satu keluhan dilepaskan.

Takkan aku nak berbohong pada Ikhwan yang Haura tu bukan isteri aku, tak ke aku ni akan nampak dayus. Lagi pun berdosa juga kalau aku tak bagi tahu hal yang sebenar kerana dia pasti akan terus menyimpan perasaan pada Haura.

"Dia sebenarnya isteri aku." Wajah Ikhwan berubah, terkejut mungkin.

"A...aku mintak maaf." Kata Ikhwan, mungkin rasa bersalah dalam dirinya muncul, tapi Danish tahu ini bukan salah Ikhwan.

"Jagalah dia sebaik mungkin." Kata Ikhwan lalu berlalu pergi. Mungkin sedih. Tapi dia redha.

Melihat kelibat Adam, aku terus mendapatkannya. Aku tengok Wardah sungguh gembira, banyak yang dibeli mereka. Aku? Hemm, tak ada mood nak membeli belah.

Aku mengajak mereka pulang. Bosan pula duduk disini dengan perasaan yang bercelaru begini. Tempat yang sesuai untuk aku waktu begini adalah didepan sejadah dengan sebuah
al-Quran ditangan, dan bukannya di shopping mall.

Cinta HauraWhere stories live. Discover now