Bab 7

8.4K 242 3
                                    

Mata dikedipkan ke atas ke bawah. Di tolehnya ke kiri dan kanan. Arghhh kalau dah terjaga beginilah jadinya. Memang susah nak sambung tidur balik. Cuba lagi dipejamkan mata, bukan tak mahu tidur tapi tidak boleh tidur. Laungan azan yang jelas kedengaran membuatkan niat Haura untuk sambung tidur terbantut.

Usai mandi, Haura menunaikan kewajiban sebagai umat Islam dengan menunaikan solat. Selepas solat dia turun ke dapur untuk membantu Puan Aminah apa yang patut, maklumlah ada tetamu. Awal sikit dapur berasap.

"Harr tu pun kamu, awal bangun." Kata Puan Aminah.

Haura hanya tersenyum, ditanya emaknya apa yang harus ditolong. Haura rajin orangnya, pantang disuruh sikit, terus buat.

"Aminah, buat apa tu? Susah-susah aje" Tanya Datin Liana.

"Ye kak, ni nak buat nasi lemak sikit." Puan Aminah menyuruh Haura ke kedai di simpang jalan untuk membeli santan.

"Ehh apa suruh Hauranya, tu hah Danish ada kat luar. Kejap mama panggil ye Haura, suruh dia aje." Datin Liana naik ke atas lalu di panggilnya Danish ke dapur.

"Ye mak, nak Danish beli apa?" Haura terkejut bila mendegar Danish panggil Puan Aminah dengan panggilan emak. Eleh, nak tunjuk baiklah tu, jadi menantu pun belum.

"Belikan mak santan. Empat ringgit." Kata Puan Aminah.

"Haura temankan abang ye?" Lagi terkejut si Haura bila Danish membahaskan dirinya abang.

"Arghhhh" jerit Haura apabila ibu jarinya tersepit pada peti ais. Hah, tulah padahnya kalau kau asyik mengelamun Haura. Kata hatinya.

"Cepatlah Haura, Danish dah tunggu tu." Puan Aminah memarahinya.

Berlari Haura ke bilik lalu mengambil tudung yang tersangkut di belakang pintu. Tak perlulah nak berbelit-belit kerana mereka mahu cepat.

Seluar jeans biru, dengan t-shirt polo waran biru muda di padankan pada tubuh sasa lelaki itu. Rambut yang di sikap rapi membuatkan Danish jauh lebih kacak dari biasa. Terpaku Haura.

"Jangan pandang lama-lama nanti jatuh cinta susah." Kata Danish berlalu pergi meninggalkan Haura yang masih terpinga-pinga. Haura juga pelik dengan sikapnya sejak akhir-akhir ini. Mengelamun sahaja.

Asal mamat ni perasaan, ada aku pandang dia ke. Tu, aku pandang dinding rumah aku. Sejak bila abah cat, tak perasan pulak aku.

"Awak ingat saya nak kahwin ke dengan awak?" Tempik Haura, geram barangkali.

"Kalau tak nak kenapa terima?" Tanya Danish.

Haura terdiam, tak akanlah dia nak cakap pada Danish sebab aku .... ish tak mungkin. Tergelak mamat tu nanti, dan pasti aku yang malu.

Danish berjalan menghampiri Haura, di tenung mata Haura. Tangannya memegang jari jemari Haura.

"Saya tak akan terima kalau tak cinta, dan biarlah awak tak tanya pun. Saya nak bagi tahu." Haura terkejut, betul ke apa dia dengar tadi. Jadi dia cinta aku lah? Sebab tu dia terima? Eleh, yelah tu.

Pandangan matanya di larikan dari renungan Danish lalu dia menarik tangannya lembut.

" Jangan berani pegang tangan saya selagi awak tak pegang tangan tok kadi." Kata Haura lalu berlalu meninggalkan Danish sendirian.

" Amboi jual mahal ye. Tunggulah nanti."

Santan yang dibeli tadi di letakkan atas meja, telur yang sudah di rebus di kopek Haura. Tampa sebarang kata begitu cekap di melakukan kerja sebegitu. Pinggan di susun diatas meja lalu berlalu ke ruang tamu. Punggungnya di labuhkan pada sofa, entah apa yang di fikirnya dari tadi hanya diam membisu.

Cinta HauraWhere stories live. Discover now