Bab 15

6.7K 186 36
                                    

Bubur Pedas Sarawak sudah siap terhidang diatas meja. Itulah makanan kegemaranku. Hari ni aku menjadi chef yang tak bergaji buat keluarga Datin Liana. Bukan susahpun, Mak Esah ada untuk membantu aku. Alah sekali-sekala turun dapur. Rasa teringin sangat nak makan, maklumlah kalau duduk kampung senang aje aku nak masuk dapur tapi ni duduk rumah orang susah sikit, Mak Esah selalu larang aku untuk menolongnya. Katanya dia boleh buat sendiri, tapi tak sampai hati pula aku nak biarkan dia buat sendirian, kemas rumahpun dia. Mujurlah hal-hal tanaman Pak Mail yang uruskan.

Tangan yang berbalut plaster tadi kupandang. Tajam juga pisau yang Mak Esah asahkan setajam buluh berduri. Harap-harap cepat sembuh, susah nak buat kerja kalau tangan berbalut ni, rimas rasanya.

Aku berlalu ke ruang tamu untuk memanggil mama dan papa. Kelihatan kelibat Danish juga turut disitu, setahu aku tadi dia keluar dengan Adam. Entah bila balikpun aku tak tahu.

"Jom, dah siap." Panggilku seraya tersenyum kearah mereka.

"Ni kira first time abang rasa masakan sayanglah kan?" Tanya Danish. Aku hanya mengangguk. Harap dia suka apa yang aku suka, kalau dah tak suka tu aku redha je.

"Jadi abang nak sayang suapkan." Aku bagaikan tak percaya dia boleh kata sedemikian didepan Datin Liana dan Dato Rizuan. Arghhh memalukan. Nak bermanja tu biarlah bertempat cik abang oii.

"Abang ni mengadelah." Bahu Danish ku cubit manja.

"Untunglah boleh bersweet- sweet." Ujar Adam dengan nada yang sedikit cemburu.

"Dah kamu tu tak nak kahwin ke? Wardah tu, baik, manis orangnya. Bukan sapa-sapa pun kawan baik Haura jugak." Adam mula tesipu malu , wajahnya ditundukkan kebawah. Dah macam anak dara.

Aku memandang Danish yang dari tadi menyudukan makanan ke mulutnya. Dengan lahapnya dia menelan.

'Mamat ni dah kenapa.'

"Kalau ye pun sedap sangat, makanlah elok-elok Danish." Kali ini suara Dato Rizuan pula menyindir anak bongsunya.

"Pandai Haura masak. Tak sampai sebulan gemuklah Danish nanti." Puji Datin Liana. Aku hanya tersipu malu. Tak sangka mereka akan suka.

Sejak keluarga aku berpindah ke Sarawak masa aku berusia 11 tahun  dahulu, makan Sarawak menjadi makan kegemaran aku, mee kolok? Sudah pasti. Senang juga nak pikat hati keluarga Danish ni, lepas ni bolehlah aku buatkan umai ikan tenggiri pula.

Abah bersara masa aku berusia 15 tahun, abah membuat keputusan untuk pulang ke kampung. Katanya merantau hanya untuk mencari rezeki. Abah bersara muda, jadi tidak hairanlah untuk aku. Hasil tanaman yang diuruskan abah kepada pembekal sudah memadai untuk menampung kami sekeluarga.

                  *******************

Cuaca yang elok membuatkan kami sekeluarga berkumpul dilaman untuk minum petang. Aku membantu Mak Esah menghidangkan kuih dan minuman buat mama dan papa.

Air teh'o panas ku tuangkan lalu ku hulurkan pada mereka.

"Esah, marilah minum sekali." Panggil Dato Rizuan.

"Tak apalah Dato, banyak lagi kerja kat dapur tu." Tolak Mak Esah.

"Dah, dapur tu biarkan. Duduk dulu, kalau kira kerja tu memang tak pernah habis." Ujar Dato Rizuan lagi. Dia sebenarnya kesian juga pada wanita yang separuh usia itu, tidak tahu penat lelah. Kalau dah buat kerja tu memang tidak ingat dunialah jawabnya.

"Danish, papa ada sesuatu untuk kamu dan Haura. Ni kira hadiah perkahwinan kamu dari mama dan papa." Sampul putih dihulurkan pada anaknya itu. Semua terpinga-pinga.

Wajah Adam begitu teruja untuk tahu apa isinya. Cek berjumlah 10k kah? Ataupun percutian ke Paris. Ish tak boleh Paris, rusuhan.

Sepucuk surat dikeluarkan dari sampul tersebut, dan itu adalah geran rumah.

Dato Rizuan dan Datin Liana menghadiahkan sebuah rumah untuk anak dan menantunya. Itulah yang dijanjikan pada anak teruna mereka dahulu.

"Siapa kahwin dulu, papa dan mama akan hadiahkan sebuah rumah." Kata Dato Rizuan tahun lalu.

"Ma, pa apa ni?" Tanya Danish untuk kepastian.

"Alahai, dah dapat rumah tak akanlah tiba-tiba jadi tak pandai membaca pulak ni." Sindir Adam buatkan mereka sekeluarga ketawa. Danish faham sindiran itu hanyalah gurauan. Dia cukup masak dengan dengan perangai abang itu.

"Terima kasih papa, mama." Ujarku lalu memeluk erat Datin Liana. Tiada apa yang mampu aku ucapkan selain dari syukur.

"Bila nak pindah?" Tanya Dato Rizuan.

"Amboi, dah macam taknak bagi Danish duduk sini aje." Danish mencebikkan bibirnya.

"Bukan tu maksud papa. Carilah kerja dulu. Biar stabil."

"Ye Danish tahu, ingat nak cari jugak." Kata Danish.

"Apa kata abang ambik je Danish dengan Adam kerja dengan abang. Abang tu bukan larat sangat kehulu-kehilir." Cadang Datin Liana. Dato Rizuan hanya bersetuju.

Cuaca yang cerah sebentar tadi bertukar hujan. Semua berlalu kedalam rumah kecuali Haura. Dia duduk dibawah payung di depan kolam ikan yang menampakkan berpuluh-puluh ikan koi didalamnya. Dingin, tapi nikmat.

Terasa hangat tubuh seseorang datang memeluk aku dari belakang. Siapa lagi kalau bukan Danish. Aku menoleh kearahnya lalu di tersenyum. Muka Danish yang basah dek hujan aku lap dengan lengan bajuku.

'Kesian dia kena hujan sebab nak datang dekat aku.' Bisik hati kecilku.

Wajah aku ditenung lama olehnya. Mungkin dia faham apa yang bermain difikiran aku sekarang ini.

Tudung yang kusarung sebelum ke luar runah tadi dibetulkan Danish. Pipiku diusapnya lembut. Jari jemari dia sungguh hangat. Mahu sahaja aku memeluknya sekarang, maklumlah hujan. Sejuk hingga ke tulang sum-sum.

"Sayang." Panggilnya lembut. Wajahku dongakkan sedekit kearahnya.

"Abang tahu sayang pasti akan rasa sunyi bila abang dah start kerja nanti." Mulut Danish kututup dengan jari jemari ku. Aku tahu dia masih mahu meneruskan kata-katanya.

"Shhhh." Kataku.

"Sayang tahu tu dah tanggungjawab abang. Sayang faham. Tapi satu aje sayang mintak, jaga hati dan mata abang untuk sayang." Kataku lalu dipipinyaku kucup. Aku berlalu kedalam rumah meninggalkan Danish sendirian. Biarlah aku meredahi hujan yang lebat dikala ini dari aku menjatuhkan air mataku dihadapannya. Aku tak sanggup tunjukkan kesedihan aku depannya, aku tak mahu dia tak fokus pada pekerjaannya itu nanti.

Langkahku panjangkan kearah kamar. Aku menapak ke tandas untuk mengambil wuduk, baru aku ingat aku belum solat asar lagipun kalau sedih-sedih elok ambil wuduk.

Selesai aku solat asar, aku berdoa semoga Allah permudahkan hari-hari kami sebagai suami isteri, dan permudahkan segala urusan kerjanya nanti.

"Amin". Telekung aku buang laluku lipat dan letakkan diatas sejad. Sejadah aku letakkan diatas meja.

Nota kecil berwarna kuning aku ambil. Entah siapa yang bagi.

"Walaupun dimana saya berada awak tetap dihati saya." Your husband.

Hati aku rasa sayu, salah aku juga kerana fikir yang bukan-bukan. Walaupun ayatnya simple tapi cukup buat aku rasa tenang sekarang.

Sungguh aku cintakannya kini, hanya ajal mampu pisahkan kami.

Cinta HauraWhere stories live. Discover now