Bab 8

7.9K 250 9
                                    

"Aku terima nikahnya Haura Insyirah Binti Ghazali dengan mas kahwinnya lima ribu lima ratus ringgit tunai."

Selepas akad nikah, Haura dan Danish sibuk melayan perasaan masing-masing di pelamin. Foto yang di ambil juru gambar bagaikan sekeping gambar yang tiada perasaan tapi manis apabila ditatap. Mereka hanya mengikut sahaja kemahuan juru gambar, malas pula mahu berbahas dengannya nanti apa kata para tetamu yang dari tadi tidak habis-habis melihat mereka. Kedengaran ada juga yang mengatakan bahawa mereka sangat serasi bagaikan
' pinang di belah dua'. Hadoi. Haura dan Danish hanya mampu melayan kerenah dan telatah ahli keluarga yang tidak habis-habis menyakat mereka. Manakala Wardah dan Adam pula merupakan pengapit mereka.

Usai bergambar dan melayan ahli keluarga serta sahabat handai mereka di jemput ke meja makan pengantin untuk makan beradab. Ni yang lemah bagi Haura, kalau dah makan beradab ni hah mesti ada adegan suap-menyuap.' Eiii, tak mahu.' Jerit hatinya.

Melihat meja makan yang penuh dengan makan, mahu sahaja Haura menelan semuanya sendiri. Bukan dia tak mahu makan pagi tadi, biasalah raja sehari katakan, nak makanpun tak lalu.

Semua jenis makanan ke ambil lalu letakkan kedalam pinggan sedikit demi sedikit. Sungguh sedap melihatnya walaupun belum merasa.

"Ok cepat, Danish suap Haura." Ujar seorang juru gambar yang sudah bersiap sedia untuk mengambil gambar.

"Eh tak apa, saya boleh makan sendiri."

Danish hanya tersenyum melihat perwatakn Haura. 'Gelabah sungguh dia. Tapi cantik.'

"Tapi sayang,ni dah kira dalam set pengambaran yang kita ambik. Mari saya suap awak." Lalu Danish menyuap Haura tanpa sebarang kata. Sayang? Mungkin dah cair dengan kata-kata Danish tadi. Eh tak boleh, kau tak boleh cair sangat dengan dia haura. Bentak hati kecilnya.


********************


Masih terngiang-ngiang suara Danish di telingaku. Jantungku berdebar- debar saat dia melafazkan akad. Air mata yang bergenang di ruang mata pula jatuh berlinangan di pipi. Perasaan aku? Entahlah, aku sendiri tidak pasti. Desis hati Haura.

Puan Aminah memeluk dan mengucup lembut pipi Haura selepas anaknya itu bersalaman dengannya tadi. Begitu juga dengan Wardah yang memeluk erat sebaik sahaja sahabatnya selesai di nikahkan. Debaran di dada menjadi lebih laju apabila Danish yang kacak berbaju Melayu putih menghampiri Haura dan menyarungkan cincin. Di saat Haura mencium tangannya, Haura berjanji dia akan setia kepada Danish sampai bila-bila walaupun Haura tidak tahu apa sebenarnya perasaan Danish terhadap dirinya. Selagi Haura tidak dengar dari mulut suaminya itu sendiri.

Haura membetulakan kain batik yang di sarungnya selepas majlis tadi. Inai di tangan di renung lagi. Dahulu semasa kecil, Haura adalah orang yang paling gembira apabila menghadiri kenduri kahwin di kampung. Mana tidaknya, dia memang suka melihat inai yang merah di jari pengantin dan kini inai itu juga terletak pada jarinya.

Haishhh! Kenapa pula tiba-tiba aku terbayang wajah Danish ni? Debaran di dada semakin laju apabila mata Danish merenung wajah ku setelah aku bergelar isterinya tadi.

Daun pintu di kuak dari luar, satu susuk tubah yang cukup aku kenal menghampiri ku. Lelaki itu adalah Danish. Mukanya kelihat sungguh penat melayan tetamu hari ini. Kesian pula aku melihatnya.

"Awak pergilah mandi, tukar pakaian tu. Saya nampak awak macam dah serabai. Kata Haura lalu menghulurkan tuala yang dipegangnya tadi.

"Awak dah mandi ke?" Tanya Danish yang menyambut huluran isterinya itu.

"Belom."

"Jom temankan saya mandi. Boleh mandi sekali." Ujar Danish.

Haura yang cuba memejamkan matanya sebentar tadi terus membuntangkan mata. Mahu taknya terkejut, permintaan Danish tu pelik-pelik aje.

"Eh, awak dengar tak mak panggil saya, kejap ye." Haura berlari meninggalkan Danish. Sebenarnya Puan Aminah tidak panggil pun si Haura, dia sengaja kata begitu supaya dapat lari dari permintaan Danish.

Tergelak Danish di buatnya, dia tahu Haura belum bersedia untuk segala-galanya. Danish sengaja menyakat Haura untuk melihat reaksi isterinya itu.

*****************************

Haura mengambil beberapa bantal lalu di letakkan diatas lantai. Dia alasnya sedikit kain kerana takut sakit belakang sewaktu tidur.

"Awak buat apa?" Danish mula bingun.

Haura hanya tersenyum. Dia faham Danishkan anak orang kaya, mesti tidak biasa tidur di lantai. 'Biar aku sahaja.' Omelnya sendirian.

"Saya tidur disini aje." Tubuhnya dibaringkan.

"Kenapa?" Haura mula geram. Ishhh Danish ni, buat-buat tak faham pula. Dah memang tak fahamlah kalau kau pun tak bagi tahu dia Haura. Bentak hatinya.

"Saya tahu awak tak selesa, jadi biar saya tidur dibawah."

"Saya nak awak tidur atas, sebelah saya" Danish mula memuncungkan mulutnya ke arah tempat yang kosong di sebelahnya.

Haura hanya akur, malas pula dia mahu bertekak dengan Danish, nanti kalau keluarganya dengar susah pula.

"Jangan risau, saya tak akan apa-apakan awak." Ujar Danish yang seperti faham apa yang Haura rasakan.

Bantal peluk dibawa bersama, mana boleh si Haura ni tidur tanpa bantal peluk disisinya. Selimut ditarikkan separuh agar menutup sedikit badannya. Tudung yang masih tersarung di kepala dibuka lalu letakkan di meja berhampiran katil.

"Awak." Haura terkejut. Dia ingatkan Danish sudah tidur, tapi masih terjaga mamat ni rupanya.

Haura mendiamkan diri. Sengaja tidak mahu melayan Danish. Mata ditutup rapat, cuba untuk tidur tapi sukar sekali.

Rambut Haura paras dada di tarik lembut oleh Danish. Sesekali dia menciumnya. Arghhh sungguh segar baunya. Naluri kelelakiannya cukup tercabar.

Ish kenapa lah mamat ni, rambut aku jugak di tariknya. ' Tak suka lah.' Mahu sahaja dia kata sebegitu, tapi tak mampu pula ayat itu keluar dari kerongkong mulutnya. Itulah kau Haura, lembut sangat.

"Maaf ye, awak tak ada rambut ke main rambut saya ni?" Bersahaja ayat itu keluar dari bibir munggil Haura, kadang-kadang geram jugakkan?

"Rambut awak cantik."

"Saya tahu rambut saya cantik, tapi tak payahlah main ye." Adoi perasan pulak aku ni. Tapi aku bersyukur dengan ciptaan Tuhan kepada aku.

Suasana kembali sunyi, hanya kedengaran bunyi cengkerik di luar rumah.

"Tak baik tau tidur membelakangkan suami."

Ishhh, apa masalah mamat ni semua tak kena. Aku seganlah, kau tu kacak sangat, nanti kalau aku jatuh cinta macam mana? Tapi tak salahkan, suami aku sendiri.

Tubuhnya dipusingkan ke arah Danish lalu mata dipejamkan kembali. Hembusan nafas semakin dekat denga Haura, dia pasti itu Danish. Pipinya disentuh oleh jari- jemari lelaki itu. ' Aduh tangannya sungguh lembut, dia pasti ingat aku sudah tidur.'

'Cantik, awak sangat cantik. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa tergugatnya iman saya melihat awak sayang.' Kata-kata itu hanya mampu diluahkan di dalam hati Danish sahaja. Lagi pun dia tidak tahu apa perasaan Haura terhadapnya.

Tidak mampu lagi untuk mempertikaikan ciptaan Tuhan. Haura sangat cantik, pemurah dengan senyum dan mungkin itulah sebab Dato dan Datin amat senang dengannya.

Terfikir sejenak, mungkin betul kata arwah Nahan dahulu.

"Kalau kita tak ada jodoh, anggaplah pertemuan kita ini adalah sebahagian dari kenangan untuk kehidupan kita."

Sejak dari kematian Nahan, hanya dengan kata-kata itulah dia berpegang untuk kuatkan dirinya. Lagi pun dia berserah pada Allah.

Aku sudah merelakan kepergian Nahan, dan sekarang aku sudah ada si dia. Walupun belum sempat aku kenal dia sepenuhnya tapi aku percaya dengan jodoh Allah kepada aku.

Pinggang Haura ditarik kedalam pelukannya. Satu kucupan hangat hinggap di dahi isterinya. Terasa cukup bahagia kini.

Cinta HauraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang