Bab 22

12.1K 265 73
                                    

Setelah sampai di Terminal Bersepadu Selatan di Sungai Besi Haura mengambil teksi untuk pulang ke Tiara Height. Sebenarnya boleh sahaja dia menelefon Danish untuk mengambilnya tapi disebabkan tidak mahu susahkan suaminya yang sedang bekerja dia lebih rela pulang sendiri.

"Berapa pakcik?" Tanya Haura setelah tiba di depan perkarangan Dato Rizuan.

"16.80 sahaja." Kata pemandu yang separuh usia itu.

Not 20 dihulurkan.

"Baki pakcik simpan saja." Kata Haura lalu pintu teksi ditutupnya.

Loceng ditekan berkali-kali agar Mak Esah membuka pagar untuk di masuk ke dalam. Mak Esah ni pun satu, kalau duduk didapur alamatnya berjanggutlah dia menunggu.

Belum sempat pintu dibuka Haura kelibat Datin Liana sudah muncul di depan pintu.

"Mama." Berlari Haura dapatkan Datin Laian. Air mata yang mula berkaca tadi mula jatuh ke lantai.

"Kenapa Haura tinggalkan mama, tinggalkan kami, kami rindu Haura." Sungguh hiba suara Datin Liana. Dia faham akan perasaan wanita separuh abad itu.

"Maafkan Haura ma, Haura menantu yang terukkan."

"Dah-dah, bukan salah kamu. Mari masuk sayang." Pelawa Datin Liana. Dia ucapkan syukur kerana menantunya akhirnya pulang jua.

"A...abang" aku mula gagap setelah wajah orang yang aku sayang ada didepan ku kini. Aku sangkakan dia sudah ke tempat kerja.

Sungguh raub wajah ini yang amat aku rindu, yang amat aku kasihi.

'Ya Allah terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk bersamanya.' Bisik hati kecil Haura.

Tangisan yang mula berhenti tadi makin kuat jadinya. Aku tak mampu tahan perasaan sedih ini

Danish menarik Haura kedalam pelukannya. Dahi isterinya dikucup bertalu-talu. Sekarang sudah tidak ada rasa segan silu didepan mamanya. Hatinya sudah tidak mampu menahan rindu yang membuak-buak setelah seminggu Haura menghilang.

Danish sengaja mengambil cuti hari ini kerana keluarga mertuanya sudah menelefonnya terlebih dahulu yang mengatakan Haura akan pulang kesini.

Puan Aminah dan suaminya juga meminta maaf atas penipuan mereka. Ye, Danish faham itu adalah permintaan isternya.

"Kenapa sayang tinggalkan abang? Sayang dah tak sayang abang ke?" Tanya Danish, mata ku direnungnya.

Wajah ku tundukkan pada lantai, tak mampu untuk memandang wajahnya kini.

******************

Kegusaran jelas terpacar di wajah Danish setelah Haura dimasukkan keruang bedah. Langkah kakinya tidak berhenti mengorat langkah. Sudag tidak tahu berapa ribu langkah yang dilakukan oleh Danish.

Untuk membakar satu kalori memerlukan 25 langkah. Kalau dah ribu langkah tu tak tahulah berapa kalori yang terbakar pada tubuh sasa lelaki itu.

"Danish tolong jangan macam ni." Pujuk Datin Liana.

Hatinya bagaikan jatuh ke lantai setelah doktor muda datang dan bagi tahu Haura mengalami pendarahan yang teruk akibat jatuh dari tangga sewaktu dia mahu ke dapur tadi.

Kelibat Puan Aminah serta suaminya baru tiba di Colombia Asia Hospital.

"Ina, macam mana Haura?" Tanya Puan Aminah risau.

Setelah lama menunggu akhirnya doktor keluar dari wad bedah. Danish berlari anak mnedapatkan doktor.

"Suami Puan Haura?" Tanya doktor yang berkaca mata itu. Wajahnya seperti orang cina tapi mustahil kerana nama yang tertera pada teg adalah Doktor Fuad.

"Ye saya suami dia. Isteri saya macam mana? Anak saya macam mana?" Kesabaran Dansih sudah hilang. Bahu doktor muda itu digoncangnya.

"Maaf, kami sudah cuba sedaya upaya untuk selamatkan isteri Encik. Tapi apakan daya Allah lebih sayangkan dia."

Danish yang tadinya berdiri akhirnya jatuh terduduk. Dia menagis semahu yang mungkin. Dia sudah tidak kesah akan apa kata orang tentang dirinya kini.


*******************


Hadiah al-fatihah dihadiahkan Danish pada arwah isterinya. Batu nisan yang menampakkan nama Haura dikucup lalu air disiram diatas kubur milik isterinya itu.

"Haira sayang. Mari cium mama." Panggil Danish pada anak kecil yang berusia lingkungan 3 tahun. Kini dirinya hanya bertemankan anak hadiah peninggalaan Haura padanya. Lambang cintanya dan Haura.

'Semoga sayang tenang disana. Walaupun sayang tiada disisi abang cinta abang pada sayang tetap seperti dahulu malah semakin mekar. Hanya sayang yang bertahta di hati abang dulu dan kini.' Bisik hati Danish.

Langkah kakinya berlalu meninggalkan kawasan perkubur.





Tamat.

Maaf jika ada kekurangan pada cerita ini. Terima kasih atas sokongan dan nasihat dari anda. Kepada readers yang vote tq dan pada yg baca tapi tak vote pun tq. Pada yang komen amat saya hargai.

Sekali lagi saya memohon maaf jika segala salah silap dan tutur kata yang telah saya humbankan pada cerita ini ada menguris hati mana-mana pembaca.

Cinta HauraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang