Bab 5

8.8K 261 18
                                    

Pagi yang indah dengan kicauan burung di dada langit membuatkan hari terasa sungguh tenang. Nikmat pagi dengan matahari yang jelas terpancar, kita sebagai hamba harus mengucapkan syukur atas kurniaan Nya.

Wardah dan Haura besiap-siap untuk ke hospital melawat si Danish. Kata Wardah, Danish masih belum di benarkan pulang selagi belum sembuh sepenuhnya.

"Dah jom" kata Haura yang sudah terpacak di hadapan pintu. Pagi ini semangat Haura lain macam sikit.

Wardah terasa pelik dengan sikap sahabatnya itu, biasa waktu sebegini masih berada di katilnya. Kalau tidak di kejutkannya tidak akan bagunlah gadis itu,tapi hari ini lain. Tak payah di kejutkan sudah bagun. Malahan lebih cergah dan cepat dari Wardah.

Teksi yang membawa mereka dari kampusnya ke Hospital Kuala Lumpur di bayar oleh Haura. Lalu mereka masuk ke dalam hospital.

"Macam mana kita nak tahu biliknya?" Tanya Haura.

"Kejap biar aku ke kaunter pertanyaan, kau pergilah mana-mana dahulu." Jawab Wardah lalu ke kaunter pertanyaan.

Haura mengelilingi setiap sudut di kawasan hospital lalu dia pergi di tempat menunggu.

"Haura Insyirah."panggil seseorang yang cukup Haura kenal.

Di tolehnya ke belakang, melihat dari sudut yang agak tidak jauh darinya. Ustaz Amri, guru di sekolah lamanya  yang merangkap Ustaznya sewaktu tingkatan 5. Seingat Haura, kali terakhir dia berjumpa dengan Ustaz Amri adalah pada jamuan akhir tahun tingkatan 5. Sempat juga ustaznya itu meminta nombor talifonnya dahulu.

Selepas tamat persekolahan, ada juga dia berhubung dengan ustaznya itu. Tapi selepas Ustaz Amri cuba meluahkan perasaannya pada Haura, Haura cuba melarikan diri dari ustaz Amri. Dia menggagap Ustaz Amri hanya sebagai seorang guru dan sebagai abang sahaja, malahan tidak lebih dari itu.

"Apa ustaz buat disini?" Tanya Haura.

"Abang datang ke sini temankan adik abang." Ujar Ustaz Amri. Jadi kekok pula mereka setelah lama tidak berjumpa.

"Ustaz sihat?" Tanya Haura lagi,tidak tahu apa yang mahu di bualkan bersama gurunya itu. Dia berasa segan apabila Ustaz Amri bahaskan dirinya abang.

"Sihat aje,kamu buat apa di sini?" Tanya Ustaz Amir hairan melihat Haura di sini.

"Saya datang melawat kawan bersama  Wardah." Jawab Haura.

"Owhhh, baguslah. Kirimkan salam abang padanya." Kata Ustaz Amri.

"Haura, haura dah kahwin?" Ujar Usatz Amri.

Hanya gelengan yang Haura lakukan. Haura rasakan seperti ada sesuatu yang tak kena akan berlaku.

"Abang rindukan Haura, lama abang tunggu Haura." Kata Ustaz Amri.

Haura jadi tak keruan dengan kata-kata ustaznya itu.

"Macam mana, Haura dah ada keputusan untuk pinang abang hari itu?"  Tanya Ustaz Amri tampa segan silu.

Mengapa soalan ini di ajukan lagi kepadanya, tidak fahamkah ustaz bahawa dia tidak boleh menerima Ustaz Amri.

"Maaf Ustaz, saya harus pergi. Wardah sudah mencari saya. Assalamualaikum." Kata Haura lalu meninggalkan Ustaz Amri sendirian.

Terkejut Wardah melihat Ustaz Amri dari jauh. Wardah yang melihat perubahan terhadap Haura semejak berjumpa Ustaz Amri tadi hanya mampu diam.

"Kau tak sihat ke"? Tanya Wardah.

"Aku sihat aje,penat mungkin." Kata Haura. Cuba di sembunyikan dari riak wajahnya.

Cinta HauraWhere stories live. Discover now