Malam yang dingin lagi sejuk ini membuatkan Danish terasa lapar, maklumlah baru lepas hujan. Di ajaknya Adam untuk meneman dia ke kedai burger yang berdekatan dengan rumahnya. Mereka merupakan adik beradik yang lahir pada tahun sama, tapi bukan kembar. Si Danish lahir pada bulan satu manakala Adam pula pada bulan sebelas. Dulu Datin Liana menjangka yang mereka hanya mempunyai seorang anak, tapi siapa sangka rezeki yang Allah bagi.
"Guna kereta jelah, aku takut hujan pulak nanti." Kata Adam.
"Ye aku tahu kau tak boleh kena hujan." Perli Danish yang membuatkan Adam menjeling tajam ke arahnya.
Adam memang tidak boleh kena hujan. Maklumlah kulitnya agak sensitif sikit kerana dia mudah demam.
Dalam perjalanan ke kedai, hujan turun dengan lebatnya. Mahu di katakan musim tengkujuh belum lagi, tapi hujan mengalahkan musim tengkujuh.
Bagus juga kalau hujan, sekurang-kurangnya pokok tidaklah terlalu kering tanpa air. Lagi pun sebelum ini Selangor sering tiada air di sebabkan terlalu panas.
"Burger daging special dua." Kata Danish lalu pergi ke bawah khemah kerana kesejukan. Kadang-kadang hujan datang sekali dengan angin, itu yang membuatkan Danish terasa amat sejuk.
Dansih hanya melihat Adam yang sudah masuk ke dalam 7eleven yang berada di belakang kedai burger.
Datang tiga orang lelaki yang berbadan 'sado' menujuk ke arah kedai burger lalu di tengking penjual burger tersebut.
"Mana duit aku?" Tanya seorang lelaki yang kelihatan ketua kepada dua orang lelaki di sebelahnya.
"Saya tak cukup duit lagi bang." Kata penjual burger yang mula ketakutan.
"Aku tak kira, semalam aku datang kau cakap nak langsaikan hari ini." Kata lelaki itu lalu di keluarkan pisau dari poket seluarnya.
Danish yang hanya melihat dari jauh terngamam. Tidak pulak dia sangka akan melihat satu pergaduhan pada malam ini.
"Bang tolonglah, saya tak ada duit lagi. Tolonglah saya ada anak dan isteri." Rayu penjual burger tersebut.
Rasa kesian muncul dalam diri Danish lalu menghampiri samseng-samseng itu.
"Abang biar saya bayarkan hutang dia." Lalu Danish mengeluarkan kad kredit dan di hulurkan kepada ketua samseng itu.
"Ehhh budak mentah, kalau kau tak mahu aku apa-apakan kau baik kau blahhh." Ujar salah seorang daripada mereka.
Di cuba samseng itu untuk menikam penjual burger tersebut lalu Danish cuba menghalang lelaki itu. Di tolaknya penjual burger itu ketepi.
"Arghhh" jerit Danish kesakitan apabila dia di tikam di perutnya.
"Kan aku dah cakap jangan masuk campur." Kata samseng itu lalu memberi amaran kepada penjual burger itu.
Adam yang baru sahaja keluar dari 7eleven terkejut melihat Danish di tikam lalu dengan pantas Adam pergi mendapatkan Danish.
"Woiii, aku telefon polis." Jerit Adam membuatkan samseng itu lari.
"Abang tolong call ambulans." Pinta Adam kepada penjual burger itu
"Kalau nyawa aku sampai di sini aje, bagi tahu mama dan papa yang aku sayang mereka." Danish yang mula mengalirkan air mata. Dia cuba untuk menahan sakit, tetapi apakan daya dia tidak kuat kerana banyak darah yang keluar.
"Ehhh gila, jangan cakap macam tulah." Raung Adam. Takut jugak dia jika apa-apa terjadi pada abangnya itu.
Setelah ambulans sampai, Danish sudah di gegaskan ke Hospital Kuala Lumpur. Adam hanya mengikut dari belakang dengan keretanya.
Di ambil handphonenya lalu mendail number Dato Rizuan.
Setelah sampai di Hospital, Danish di masukkan di wad kecemasan.
************************
"Wehhh, bangun-bangun. Solat subuh." Kejut Wardah.
Wardah sudah seperti ibu, kakak, dan abah kepada Haura. Semua benda tentang dirinya kebanyakan di uruskan oleh Wardah. Al maklumlah, Wardah terlalu rajin orangnya.
"Weiiii, tak dengar ke Haura." Tempik Wardah lagi.
"Iye lah, aku dengar. Nak bangun la ni. Duk pok pek pok pek pok pek." Ejek Haura.
"Kalau aku tak pok pek pok pek mana kau nak bangun." Kata Wardah yang mula mengemas katilnya.
Setelah selesai mandi, Haura mengerjakan solatnya terlebih dahulu lalu bersiap-siap untuk ke kelas.
"Wardah jom." Ajak Haura yang sudah menunggu di pintu biliknya.
Selesai sahaja kelas, Haura dan Wardah ke kafeteria. Tergelak sorang-sorang Haura mengenangkan kejadian yang menimpanya tempoh hari. Tidak dia sangka pula akan kenal lelaki yang boleh di katakan baiklah jugak. Tapi tak boleh puji di depan dia, nanti kembang jadinya hidung yang mancung itu.
"Haura kau tak risau ke?" Tanya Wardah yang hanya melihat Haura tersenyum dari tadi.
"Nak risau apa, final exam sudahkan. Minggu depan pun kita sudah nak kemas barang-barang untuk balik." Kata Haura.
Hanya gelengan yang Wardah lakukan. Asal blurrr sangat kawan aku ni. Desis Wardah.
"Pasal Danish." Kata Wardah
"Kenapa dengan Danish?" Tanya Haura.
Ehhh sejak bila aku risau pasal lelaki ini dan kenapa aku nak tahu pasal dia ni marah hati kecilnya.
"Danish ada dekat hospital sekarang, dia kena tikam semalam masa keluar." Kata Wardah lalu di ajaknya Haura ke sana.
"Macam mana kau boleh tahu?" Haura yang hairan, ke mereka ada apa-apa.
"Tu lah kau, group whatsapp fakulti jarang buka kan?" Perli Wardah
"Nanti-nanti lah pergi jumpa dia, aku penat." Jawab Haura.
"Nak kemas barang-barang lagi, aku ingat nak bali hujung minggu ini ajelah." Tambah Haura lagi.
Wardah hanya mengiyakan lalu pulang ke hostel. Hari ini merupakan kelas terakhir mereka dan tamatlah pembelajaran Wardah dan Haura.
YOU ARE READING
Cinta Haura
RomanceHanya kerana perkara yang tak disengajakan perlu berkahwin? "Awak ingat saya nak kahwin dengan awak?" - Haura Insyirah "Kalau tak nak kenapa terima?" - Danish Iskandar Jika hati sudah bertaut, benda yang masam akan terasa manis begitu juga dengan pe...