Danish duduk berteleku di dalam biliknya. Almari baju yang menempatkan baju Haura itu kosong.
"Haura awak kat mana sayang?" Danish merintih sendiri. Dia seolah-olah menemui jalan buntu. Haura sudah mematikan talian telefonnya, Wardah yang dihubunginya juga tidak tahu ke mana Haura pergi kerana kawan baiknya itu masih belum menghubunginya. Not kecil diambil diatas kotak hati merah jambu.
Saya mintak maaf sebab pergi tanpa pengetahuan awak. Awak tak perlulah cari saya, saya tak ke mana-mana cuma perlukan masa untuk berfikir. Saya sentiasa doakan kebahgiaan awak dengan si dia.
Your wife.
"Haura pesan pada kami dia terpaksa pergi buat sementara waktu, dia cakap jangan salahkan kamu. Apa masalah sebenarnya Danish?" Ayah Haura menyoal sebaik Danish menelefonnya petang tadi.
Danish menggelengkan kepala, matanya berkaca.
"Saya pun tak tahu kenapa dia pergi abah."
"Mesti ada masalah. Kalau tak takkanlah Haura sampai keluar dari rumah tu." Danish mendiamkan dirinya.
"Sudahlah Danish. Biarkan Haura bertenang dulu. InsyaAllah bila dia dah okey dia pasti akan balik. Kamu banyakkan berdoa supaya dia kembali pada kamu ye." Kata bapa mertuanya itu.
"Haura ada bagi tahu abah tak dia ke mana?" Encik Ghazali menggeleng laju.
"Dia cuma bagi tahu dia okey, nanti dia telefon lagi." Danish mengeluh lagi.
"Kalau Haura telefon abah, abah tolong tanyakan dia dimana ye. Saya betul-betul perlu berjumpa dengan dia."
"Haah, yelah."
"Danish kena pergi. Assalamualaikum." Kata Danish.
"Waalaikumusalam."
Sebaik pegangan telefon diletakkan. Encik Ghazali bersuara
"Kesian saya pada di bang," Encik Ghazali mengeluh.
"Terpaksalah Minah, anak kamu yang tak bagi beritahu."
"Tapi bang Danish tu kan suami dia." Encim Ghazali merenung isterinya.
"Kamu bincanglah dengan Haura, cakap elok-elok. Biar dia sedar apa yang dia buat ni salah." Puan Aminah mengangguk perlahan sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.
"Kesian dia rindukan kamu." Haura mengetap bibir.
Sekarang baru nak fikir pasal aku, masa kau dengan sundal tu kau tak fikir aku. Bentak Haura.
"Cuba cerita pada mak, apa masalah kamu dan Danish tu. Kalau kamu tak bergaduh dengan Danish mesti ada sebab lain kan?" Haura diam seribu bahasa. Tidak pasti harus diceritakkan pada maknya atau tidak.
*******************
"Kamukan tengah mengandung, kamu sepatutnya kembali pada Danish. Tak elok buat dia tenanti-nanti macam ni." Puan Aminah menasihati Haura ketika mereka sedang duduk melipat baju. Haura tersenyum tawar.
"Bukan Haura tak nak balik mak. Tapi Haura...."
"Assalamualaikum." Suara yang amat dikenalinya itu membuatkan Haura tersentak. Dengan pantas dia berlari ke biliknya risau kalau-kalau Danish akan menyedari kewujudannya dirumah ini.
Puan Aminah meneggeleng apabila memerhati Haura yang sudah lesap masuk ke bilik. Puan Aminah membawa langkah ke depan, melihat tetamu yang datang.
"Mak..." Danish yang kelihatan sigul menyalami Puan Aminah.
"Ada apa Danish kemari nak?"
"Ada apa-apa berita dari Haura tak mak?" Puan Aminah menggeleng.
"Dia cuma telefon tanya khabar sahaja."
"Ada dia bagi tahu dia di mana?" Puan Aminah menggeleng lagi.
"Sudahlah Danish, tak apayah kamu susah hati. Nanti kalau dia dah tenang dia akan pulang dengan sendirinya." Danish kelihatan menggelengkan kepala, jiwanya tidak tenang.
"Tak boleh mak, saya kena juga jumpa Haura. Mama kat rumah dah jatuh sakit sebab rindukan dia. Semua orang risaukan dia mak."
"Mama sakit kerana aku?" Haura memasang telinga dari belakang dinding.
"Mama kamu sakit Danish?"
"Haah mak, sejak Haura pergi dia dah tak lalu makan. Hari-hari panggil nama Haura, kesihatan dia pun dah terjejas. Mama nak sangat jumpa Haura, Danish tetap kena cari dia." Danish bernada sayu.
Puan Aminah berasa serba salah kerana menipu menantunya itu.
"Sabarlah Danish. Kalau Haura telefon mak akan paksa dia pulang. Kamu jangan bimbang ye, insyaAllah dia balik nanti." Danish mengangguk laju.
"Terima kasih mak. Danish balik dulu. Assalamualaikum."
Haura keluar sebaik sahaja mendengar bunyi enjin kereta Danish menderu laju. Hatinya terasa sebak kerana dia terlalu rindu hendak menatap wajah suaminya itu.
"Haura..." Haura tersenyum tawar.
"Kamu dah dengarkan? Sekarang mak rasa dah sampai masanya untuk kamu pulang. Semua risaukan kamu Haura." Puan Aminah menepuk bahu anaknya.
Air mata Haura berlinangan, dia tidak tahu kepulangannya itu adalah keputusan yang tepat atau tidak, tetapi Haura begitu meruntun untuk pulang.
"Biarlah apapun yang akan terjadi nanti aku kena hadapinya jugak. Mama dah tunggu aku, Danish juga sedang menanti. Kita pulang ye nak." Haura mengusap perutnya.
Hi, dear readers Cinta Haura.. Cinta Haura tinggal 1 bab saja lagi. Thanks pada yang sudi baca, vote and tinggalkan komen. Love u all.
See u on last chapter of Cinta Haura.
YOU ARE READING
Cinta Haura
RomanceHanya kerana perkara yang tak disengajakan perlu berkahwin? "Awak ingat saya nak kahwin dengan awak?" - Haura Insyirah "Kalau tak nak kenapa terima?" - Danish Iskandar Jika hati sudah bertaut, benda yang masam akan terasa manis begitu juga dengan pe...